Youtuber Murah Hati, Buat ‘Content’ Taja 1000 Orang Buta Lakukan Pembedahan

Share

Seorang youtuber mendapat inspirasi untuk membantu orang ramai melakukan pembedahan katarak selepas menjalani pembedahan itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Si Oyen Curi Perhatian Dengan Mata Unik ‘Berlian’, Bawa Tuah Pada Pemilik?

Begitulah begitu murni dan murah hati Youtuber terkenal warga Amerika Syarikat yang dikenali sebagai MrBeast dilaporkan bermurah hati membiayai pembedahan 1,000 orang buta atau hampir buta untuk memulihkan penglihatan mereka, lapor CNN

.

MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson berkongsi mengenai perkara itu dalam sebuah rakaman video pada Sabtu yang mencapai lebih 54 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

“Kami akan membantu menyembuhkan seribu orang buta,” kata MrBeast dalam video tersebut.

Video itu memaparkan keadaan pesakit ‘sebelum dan selepas’ menerima pembedahan penglihatan dan turut menerima sumbangan wang tunai serta hadiah lain daripada MrBeast.

 

Pakar oftalmologi dan pakar bedah, Jeff Levenson yang melakukan pembedahan tersebut telah menjadi penyelaras bagi program Gift of Sight selama lebih 20 tahun, yang menyediakan pembedahan katarak percuma untuk pesakit buta akibat mengalami masalah katarak.

“Separuh daripada orang buta di dunia ini memerlukan pembedahan selama 10 minit,” ujar Levenson dalam video itu merujuk kepada pembedahan pembuangan katarak.

Wah bagus juga ‘content’ membantu orang yang memerlukan sebegini kan?

BACA LAGI :

Salah Guna Eyedrops Boleh Jadi Punca Buta, Doktor Ini Jelas Bahaya Beli Ubat Sendiri Di Farmasi

Sumber: CNN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN