YouTuber China Catat Guinness World Records, Papar Kehidupan Tradisional Di Kampung

Share

Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Malah, ia juga sudah menjadi sebagai satu kerjaya kerana hampir seluruh masyarakat menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, ramai anak muda berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Di China, seorang YouTuber popular yang dikenali sebagai Li Ziqi telah mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records kerana berjaya mencapai 14.2 juta subscribers pada bulan lalu.

Foto: South China Morning Post

Menurut South China Morning Post, The Guinness World Records membuat pengumuman itu melalui aplikasi Weibo. Li Ziqi mencatatkan rekod pada bulan Julai dengan 11.4 juta langganan dan meningkat kepada 14.1 juta pada akhir Januari 2021.

Gaya hidup dan budaya tradisional Cina yang dipaparkan melalui videonya telah berjaya menarik peminat dari seluruh dunia dan ramai YouTuber turut memberikan komen pujian kepada wanita berusia 30 tahun itu.

Li Ziqi sering menyiarkan video kehidupannya di Sichuan, China di mana dia akan menuai hasil dan menunjukkan kepada penonton bagaimana dia memasak, menyediakan bahan seperti kicap atau membuat perabot sendiri menggunakan buluh.

Dia melancarkan saluran YouTubenya pada tahun 2017 dengan video membuat gaun daripada kulit anggur.

Wanita ini telah mengubah videonya menjadi sebuah bisnes yang berjaya dengan memiliki lebih daripada lima juta pengikut di kedai dalam talian menerusi platform e-commerce Taobao.

Apa yang menariknya, YouTuber ini juga mempunyai peminat di Malaysia.

 

 

Pada Januari lalu, Li Ziqi telah mencetuskan kontroversi selepas videonya membuat makanan popular masyarakat Korea, Kimchi dengan tanda pagar #ChineseFood hingga membangkitkan kemarahan netizen mendakwa bahawa Li Ziqi telah menyalahgunakan hidangan tradisional Korea tersebut.

Aigo, masih belum habis ya isu China dan Korea rebut makanan Kimchi ni. Hiks!

Jadi untuk korang yang mempunyai minat dalam pengisian video, mungkin korang boleh fikirkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi di laman YouTube. Dah ramai yang menjadikan YouTube sebagai side income dan buktinya, memang mereka berjaya.

Video masak yang ‘bodo-bodo’ di YouTube pun dapat tontonan tau. So, why not kita cuba kan?

Sumber: South China Morning Post

IKLAN