Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Malah, ia juga sudah menjadi sebagai satu kerjaya kerana hampir seluruh masyarakat menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, ramai anak muda berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Di China, seorang YouTuber popular yang dikenali sebagai Li Ziqi telah mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records kerana berjaya mencapai 14.2 juta subscribers pada bulan lalu.
Menurut South China Morning Post, The Guinness World Records membuat pengumuman itu melalui aplikasi Weibo. Li Ziqi mencatatkan rekod pada bulan Julai dengan 11.4 juta langganan dan meningkat kepada 14.1 juta pada akhir Januari 2021.
Gaya hidup dan budaya tradisional Cina yang dipaparkan melalui videonya telah berjaya menarik peminat dari seluruh dunia dan ramai YouTuber turut memberikan komen pujian kepada wanita berusia 30 tahun itu.
Li Ziqi sering menyiarkan video kehidupannya di Sichuan, China di mana dia akan menuai hasil dan menunjukkan kepada penonton bagaimana dia memasak, menyediakan bahan seperti kicap atau membuat perabot sendiri menggunakan buluh.
Dia melancarkan saluran YouTubenya pada tahun 2017 dengan video membuat gaun daripada kulit anggur.
Wanita ini telah mengubah videonya menjadi sebuah bisnes yang berjaya dengan memiliki lebih daripada lima juta pengikut di kedai dalam talian menerusi platform e-commerce Taobao.
Ads
Apa yang menariknya, YouTuber ini juga mempunyai peminat di Malaysia.
Ads
Ads
Pada Januari lalu, Li Ziqi telah mencetuskan kontroversi selepas videonya membuat makanan popular masyarakat Korea, Kimchi dengan tanda pagar #ChineseFood hingga membangkitkan kemarahan netizen mendakwa bahawa Li Ziqi telah menyalahgunakan hidangan tradisional Korea tersebut.
Aigo, masih belum habis ya isu China dan Korea rebut makanan Kimchi ni. Hiks!
Jadi untuk korang yang mempunyai minat dalam pengisian video, mungkin korang boleh fikirkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi di laman YouTube. Dah ramai yang menjadikan YouTube sebagai side income dan buktinya, memang mereka berjaya.
Video masak yang ‘bodo-bodo’ di YouTube pun dapat tontonan tau. So, why not kita cuba kan?
Jika korang merupakan peminat patung mainan Barbie, inilah masanya untuk menikmati pengalaman bercuti di kamar hotel yang menawarkan hiasan dalaman bertemakan Barbie PERTAMA di Malaysia.
Bertempat di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, mereka kini menawarkan 14 unit bilik hotel yang menghadap pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur. Setiap satu daripadanya dihiasi dengan tema berbeza seperti Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.
Bukan hanya ruang bilik yang dihiasi tema warna merah jambu dengan pelbagai aksesori bertemakan Barbie, pengalaman staycation di sini juga tambah menarik apabila korang berpeluang untuk menjamu selera di Barbie Café.
Lihat sahajalah foto-foto yang REMAJA kongsikan ini. Pasti ramai peminat Barbie khususnya gadis remaja yang meminati warna merah jambu akan menyimpan rasa ingin bermalam di sini sekurang-kurangnya untuk tempoh semalam.
Fuh, agak-agak berapa harganya untuk semalam ya? Ada yang berminat ke?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terperangkap di tempat yang sempit dan penuh dengan penumpang lain sudah cukup memeningkan kepala. Namun apakan daya? Ini sahaja kaedah perjalanan yang paling ideal bagi seseorang untuk menuju ke sesuatu destinasi, terutama lokasi yang berada di luar negara.
Namun sebaik sahaja mahu melelapkan mata di tempat duduk, terdengar teriakan bayi secara tiba-tiba dari seat hadapan. Aduh, memang spoil habis mood…...
Ini antara senario yang sering berlaku dan tiada pihak yang dapat dipersalahkan. Bukan mudah untuk menenangkan bayi yang menangis ketika dalam penerbangan di awan biru.
AirAsia kini menawarkan Zon Senyap pada penerbangan AirAsia X; bahagian ini bebas kanak-kanak, jadi anda boleh terbang dengan tenang!
Zon Senyap menjanjikan sedikit atau tiada bunyi bising, sifar gangguan dan pencahayaan persekitaran yang lembut. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun juga tidak dibenarkan masuk ke zon ini dan makanan akan dihidangkan lebih awal. Wow……
Zon ini tersedia secara eksklusif pada pesawat AirAsia X A330 yang menawarkan servis penerbangan ke negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Australia dan Taiwan.
Anda boleh menempah tempat duduk pilihan anda di Zon Senyap dengan membuat bayaran apabila menempah penerbangan anda, melalui pembelian semasa daftar masuk web atau di kaunter daftar masuk lapangan terbang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Air Asia X
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah ditutup sejak 2019 untuk kerja-kerja menaik taraf, Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14, Shah Alam bakal dibuka semula mulai awal Februari ini.
Pembukaan semula muzium yang digelar sebagai Muzium Negeri itu adalah bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 dan cuti persekolahan yang akan menjelang.
Muzium Sultan Alam Shah terletak bersebelahan Perpustakaan Shah Alam dan Tasik Shah Alam.
Selain daripada sudut pameran popular dalam kalangan pengunjungnya seperti ‘Alam Kubur 3 dimensi (3D)’, Balai Alam (berunsur alam semula jadi dan spesimen haiwan yang telah diawetkan), Balai Islam dan pameran warung era 1960-an yang masing-masing diberikan nafas baharu, terdapat sekitar 18 segmen pameran lain akan korang lalui.
Setiap segmen berkenaan juga menggunakan sistem kod respons pantas (QR) sebagai sentuhan teknologi baharu agar pengunjung mudah mengakses maklumat.
Ditambah pula dengan kesan pencahayaan dan bunyi yang lebih segar demi memberi pengalaman yang lebih unik, Muzium Sultan Alam Shah adalah lokasi sempurna untuk korang luangkan masa dan menambah pengetahuan baharu.
Tak sabarnya nak pergi!
Untuk pengetahuan, Muzium Sultan Alam Shah setinggi lima tingkat ini dirasmikan pada 2 September 1989 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ia dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.