Kelonggaran beberapa sektor seperti sektor pekerjaan dan pelancongan merupakan satu petanda baik untuk ekonomi negara. Keberkesanan vaksin dalam menurunkan kadar keberjangkitan pandemik dilihat berada dalam tahap yang baik.
Namun, masih ada golongan yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan. Memandang serius perkara ini, YouTube membuat tindakan tegas apabila bakal menyekat kandungan anti-vaksin dari seluruh dunia!
Foto : Getty Image
Langkah ini diambil dalam usaha platform popular itu bagi menghalang sebarang penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin Covid-19.
Ads
Antara contoh kandungan yang tidak dibenarkan disiarkan dalam YouTube termasuklah dakwaan yang mengatakan vaksin berkenaan menyebabkan kemandulan serta suntikan MMR yang melindungi individu daripada dijangkiti cacar, beguk dan rubella boleh menyebabkan autism.
Syarikat video atas talian milik Alphabet itu turut mengharamkan saluran-saluran yang dikaitkan dengan beberapa aktivis anti-vaksin ternama seperti Robert F. Kennedy Jr dan Joseph Mercola.
Ads
Robert F. Kennedy Jr.’s. Foto Kredit…Clemens Bilan/EPA, via Shutterstock
Dalam pada itu, Mercola dalam satu kenyataan berkata: “Kami di seluruh dunia akan terus bersatu, tidak akan hidup dalam ketakutan, berpegang teguh pada prinsip dan akan melindungi kebebasan kami.”
Keprihatinan Youtube ini terhadap isu penolakan vaksin ini seharusnya menjadi satu contoh dan semangat untuk syarikat gergasi di dunia untuk sama-sama memastikan kehidupan di dunia menjadi lebih baik apabila majoriti penduduk dunia sudah divaksin. Semoga dengan tindakan drastik Youtube ini menjentik hati kelompok antivaksin untuk memikirkan kembali keputusan mereka.
Sebelum ini seorang kanak-kanak di Kemboja telah viral dan mendapat perhatian dunia apabila dia berkebolehan bertutur lebih daripada 10 bahasa.
Video kanak-kanak tersebut telah pun diambil oleh seorang pelancong ketika dia sedang dipujuk oleh kanak-kanak tersebut untuk membeli barangan cenderamata berdekatan dengan kuil Phonm Penh.
Dikenali sebagai Thuch Salik, kanak-kanak lelaki ini telah menunjukkan bakatnya untuk bertutur dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar, Salik menjelaskan dia hanya mempelajarinya daripada pelancong yang berkunjung ke situ.
Pergh, memang hebat adik ni. Kita nak belajar bahasa kedua pun punyalah susah, apa lagi dia dapat menguasai lebih daripada 10 bahasa. Dah memang rezeki dia agaknya. Tambahan pula, kerja yang dibuatnya itu juga sedikit sebanyak beri kelebihan buat Salik.
Apa yang lebih menarik, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian daripada seorang ahli perniagaan, Khit Chhern yang ingin merealisasikan impian anak muda tersebut untuk menyambung pelajarannya ke China. Dia memilih melanjutkan pelajaran ke sana kerana minatnya yang mendapat terhadap budaya dan bahasa Cina.
Salik dan keluarganya berlepas ke Zhejiang, China, di mana dia akan bersekolah di Hailang Foreign Language School. Semasa di lapangan terbang, kelihatan Salik melutut kepada ahli perniagaan tersebut sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya keluar daripada kemiskinan.
Sayu pula hati bila melihat situasi ini. Hmm!
Kita patut bersyukur kerana berpeluang untuk belajar, maka janganlah pernah mensia-siakannya. Ada individu yang ingin ke sekolah tetapi tidak berkemampuan. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh untuk membalas semula jasa ibu dan bapa korang.
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian mengejut Cheslie Kryst yang terjun dari bangunan kediaman 60 tingkat yang didiaminya. Pemenang pertandingan Miss USA 2019 itu merupakan seorang peguam, pengacara dan juga wartawan.
Tindakannya yang membunuh diri memberi tamparan hebat kepada keluarga, sahabat terdekat dan juga pencinta dunia ratu cantik. Siapa sangka, sosok wanita yang begitu petah berbicara dan ikhlas dalam membantu orang di sekelilingnya bertindak sedemikian rupa.
Kematian Cheslie mengejutkan ramai pihak
Namun begitu, bukan hak kita untuk menilai dan menghakimi tindakan ini. Tahukah anda, Cheslie bukanlah ratu cantik pertama yang membunuh diri. Terdapat beberapa lagi kes bunuh diri akibat tekanan mental yang menyerupai kes ini melibatkan peserta pertandingan ratu cantik.
Merupakan antara figura ratu cantik yang popular, Nafisa Joseph mewakili India dalam pertandingan Miss Universe 1997. Dia berjaya menempatkan diri sebagai 10 peserta terbaik dalam pertandingan tersebut. Pada tahun 2004 dia menggantung diri sehingga mati di kediamannya di Mumbai, India. Menurut sumber, dia membunuh diri ekoran perkahwinannya dibatalkan kerana sang kekasih masih lagi berstatus suami orang dan tidak bercerai seperti yang dikatakan kepada Nafisa.
VIVEKA BABAJEE
Mewakili negaranya dalam pertandingan Miss World 1993 dan Miss Universe 1994, ratu cantik asal Mauritus ini membunuh diri pada 2010 ekoran tekanan perasaan apabila berpisah dengan kekasihnya, Vautam Gohra. Dia dijumpai menggantung diri pada kipas siling di kediamannya yang terletak di Bandra Residence, Mumbai. Penulisan terakhir di dalam diari yang ditemui di sebelah mayatnya tertera mesej, ‘you killed me, Gautam Vohra’. Berbulan sebelum kematiannya, dia ada menyatakan kepada ibunya yang dia akan pergi jauh.
AMBER LEE FRIIS
Amber (dua dari kiri) bersama finalis Miss Universe NZ 2018 yang lain
Amber antara individu yang tewas akibat tekanan kehidupan dan kemurungan saat mengharungi pandemik Covid-19. Dia ditemui mati pada 18 Mei 2020. Menurut sumber, finalis pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 ini dikatakan tertekan kerana perniagaan yang baru dimulakan gagal gara-gara pandemik dan dalam tempoh itu juga dia kehilangan orang tersayang yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
Csilla saat menjadi juara Miss Hungary 1985. Kredit foto: Archyworldys
CSILLA MOLNAR
Csilla Molnar antara pemenang ratu cantik termuda di dunia, ketika dia donobatkan sebagai Miss Hungary 1985 ketika itu usianya baru sahaja menginjak 16 tahun. Pada tahun 1986 dia mewakili negaranya dalam pertandingan Miss Europe dan dia berjaya menduduki tempat ketiga. Dia membunuh dirinya pada 10 Julai 1986 dengan cara mengambil lidocaine secara melebihi dos dibenarkan. Gadis muda ini dikatakan tertekan apabila banyak pihak menganggunya dengan pertanyaan-pertanyaan yang menyakitkan hati.
Kematian mereka menjadi simbol bahawa kesihatan mental bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masalah tekanan mental yang dihadapi menjadikan seseorang tidak boleh berfikir dengan waras.
Jika anda mengalami masalah tekanan berkaitan kesihatan mental, hubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk mendapatkan pertolongan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peningkatan kes yang mendadak kebelakangan ini membimbangkan ramai pihak. Lebih membimbangkan, sejak seminggu lalu, masih wujud kes jangkitan COVID-19 di beberapa lokasi di seluruh negara.
Jadi jelas menunjukan Malaysia masih belum menang dan sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di empat daerah berkenaan yang kini diisytiharkan Zon Merah.
4 dearah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Jumaat ini ialah di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor.
“PKPB dilaksanakan bagi membendung jangkitan COVID-19 di kawasan itu serta melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dalam tempoh 14 hari,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Berikutan itu, katanya, pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPB itu tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu, termasuk kilang dan rantaian berkaitan perkhidmatan perlu.
Namun, rata-rata netizen keliru tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) berkenaan bahagian Klang yang dikenakan PKPB.
.
.
.
Apa-apa pun, stay safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...