Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian mengejut Cheslie Kryst yang terjun dari bangunan kediaman 60 tingkat yang didiaminya. Pemenang pertandingan Miss USA 2019 itu merupakan seorang peguam, pengacara dan juga wartawan.

Tindakannya yang membunuh diri memberi tamparan hebat kepada keluarga, sahabat terdekat dan juga pencinta dunia ratu cantik. Siapa sangka, sosok wanita yang begitu petah berbicara dan ikhlas dalam membantu orang di sekelilingnya bertindak sedemikian rupa.

Cantik Tak Bererti Bahagia, Ini 4 Ratu Cantik Yang ‘Mencabut’ Nyawa Sendiri Ekoran Tekanan Mental
Kematian Cheslie mengejutkan ramai pihak

Namun begitu, bukan hak kita untuk menilai dan menghakimi tindakan ini. Tahukah anda, Cheslie bukanlah ratu cantik pertama yang membunuh diri. Terdapat beberapa lagi kes bunuh diri akibat tekanan mental yang menyerupai kes ini melibatkan peserta pertandingan ratu cantik.

Jom kita lihat siapakah mereka.

NAFISA JOSEPH

Cantik Tak Bererti Bahagia, Ini 4 Ratu Cantik Yang ‘Mencabut’ Nyawa Sendiri Ekoran Tekanan Mental
Kredit foto: Academic

Merupakan antara figura ratu cantik yang popular, Nafisa Joseph mewakili India dalam pertandingan Miss Universe 1997. Dia berjaya menempatkan diri sebagai 10 peserta terbaik dalam pertandingan tersebut. Pada tahun 2004 dia menggantung diri sehingga mati di kediamannya di Mumbai, India. Menurut sumber, dia membunuh diri ekoran perkahwinannya dibatalkan kerana sang kekasih masih lagi berstatus suami orang dan tidak bercerai seperti yang dikatakan kepada Nafisa.

IKLAN

VIVEKA BABAJEE

Cantik Tak Bererti Bahagia, Ini 4 Ratu Cantik Yang ‘Mencabut’ Nyawa Sendiri Ekoran Tekanan Mental

Mewakili negaranya dalam pertandingan Miss World 1993 dan Miss Universe 1994, ratu cantik asal Mauritus ini membunuh diri pada 2010 ekoran tekanan perasaan apabila berpisah dengan kekasihnya, Vautam Gohra. Dia dijumpai menggantung diri pada kipas siling di kediamannya yang terletak di Bandra Residence, Mumbai. Penulisan terakhir di dalam diari yang ditemui di sebelah mayatnya tertera mesej, ‘you killed me, Gautam Vohra’. Berbulan sebelum kematiannya, dia ada menyatakan kepada ibunya yang dia akan pergi jauh.

IKLAN

AMBER LEE FRIIS

Cantik Tak Bererti Bahagia, Ini 4 Ratu Cantik Yang ‘Mencabut’ Nyawa Sendiri Ekoran Tekanan Mental
Amber (dua dari kiri) bersama finalis Miss Universe NZ 2018 yang lain

Amber antara individu yang tewas akibat tekanan kehidupan dan kemurungan saat mengharungi pandemik Covid-19. Dia ditemui mati pada 18 Mei 2020. Menurut sumber, finalis pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 ini dikatakan tertekan kerana perniagaan yang baru dimulakan gagal gara-gara pandemik dan dalam tempoh itu juga dia kehilangan orang tersayang yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

BACA JUGA: Ratu-Ratu Sedunia Ratapi Pemergian Miss USA 2019 Dengan Rasa Terkejut

IKLAN
Cantik Tak Bererti Bahagia, Ini 4 Ratu Cantik Yang ‘Mencabut’ Nyawa Sendiri Ekoran Tekanan Mental
Csilla saat menjadi juara Miss Hungary 1985. Kredit foto: Archyworldys

CSILLA MOLNAR

Csilla Molnar antara pemenang ratu cantik termuda di dunia, ketika dia donobatkan sebagai Miss Hungary 1985 ketika itu usianya baru sahaja menginjak 16 tahun. Pada tahun 1986 dia mewakili negaranya dalam pertandingan Miss Europe dan dia berjaya menduduki tempat ketiga. Dia membunuh dirinya pada 10 Julai 1986 dengan cara mengambil lidocaine secara melebihi dos dibenarkan. Gadis muda ini dikatakan tertekan apabila banyak pihak menganggunya dengan pertanyaan-pertanyaan yang menyakitkan hati.

Kematian mereka menjadi simbol bahawa kesihatan mental bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masalah tekanan mental yang dihadapi menjadikan seseorang tidak boleh berfikir dengan waras.

Jika anda mengalami masalah tekanan berkaitan kesihatan mental, hubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk mendapatkan pertolongan.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI