Sejak bergelar bapa hampir dua tahun lalu, penyanyi popular Yonnyboii mengakui dia kini lebih banyak bekerja di belakang tabir demi memberi tumpuan kepada anak tercinta.
Ketika ditemui REMAJA pada sesi sidang media Latihan Pestapora di The Campus, Ampang, Yonnyboii berkongsi bagaimana keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada keluarga, terutamanya anak lelakinya yang kini berusia setahun sembilan bulan.
“Selama setahun lebih ini, saya banyak memberikan fokus kepada anak saya.
“Dan dalam masa empat tahun, saya nak berikan fokus yang lebih kepada anak berbanding karier tapi tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya saya.
“Kalau sekarang dia dah besar sikit, adalah juga sedikit masa untuk saya berkarya. Pada saya buat masa ini saya nak ada lebih banyak masa bersama dengan dia sebab masa depan mungkin saya tak ada banyak masa sangat dengan dia. Orang kata momen beginilah yang kita sebagai ayah akan rindu,” katanya.
Pelantun lagu Salahku itu turut mengakui bahawa menjadi seorang ayah merupakan pengalaman yang benar-benar baharu baginya, namun tetap menyeronokkan dengan adanya sokongan daripada isteri dan ibu mentuanya.
Ads
“Ini satu pengalaman yang baharu buat saya walaupun sibuk semua benda disenangkan.
“Ianya menyeronokkan dan saya harap dapat tengok anak saya membesar dengan baik.
Ads
Walaupun sibuk saya ada isteri dan mak mentua yang banyak membantu saya,” ujarnya.
Apabila ditanya tentang penjagaan anak, Yonnyboii turut berkongsi bahawa dia dan isteri tidak menggunakan khidmat pengasuh memandangkan mereka lebih selesa menjaga anak sendiri.
“Kalau ada ‘show’ di luar saya akan bawa anak juga sebab saya dan isteri kurang sikit percayakan orang luar. Kami pun memang tak ada pengasuh, semuanya kami lakukan sendiri.
Ads
“Sebab banyak sangat isu yang tular macam kes culik, kes pukul dan kes orang yang jaga tak betul. Kalau sibuk macam mana pun, kami akan cuba juga untuk jaga anak sendiri,” jelasnya lagi.
Untuk info, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira Narriman pada 20 November 2021 selepas sebulan bertunang. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi berhijab.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi dua keping foto dalam keadaan tidak mengenakan tudung.
“Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran sama, pelakon naskhah popular Villa Kristal itu bagaimanapun dilihat menutup ruangan komen.
Sementara itu, dalam InstaStory miliknya pula, Mawar memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia.
“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang,” ujarnya.
Terdahulu, usahawan popular itu memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari Allah kita datang dan Kepada-Nya jua kita kembali
Aktres TV Wanita Popular, Anna Jobling dimaklumkan telah kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Abdul Rahman Jobling Abdullah akibat penyakit jantung di United Kingdom (UK), semalam.
Pemergian Allahyarham Abdul Rahman disahkan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir, malam tadi,” tulisnya.
Menurut Berita Harian, Anna turut memohon peminat menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya, sambil menyifatkan lelaki itu sebagai bapa yang baik kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, pengurus Anna, Shawn Amer berkata, Anna tidak dapat menatap jenazah arwah bapanya buat kali terakhir berikutan berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja.
“Allahyarham meninggal dunia di UK akibat penyakit jantung, semalam. Bagaimanapun, Anna tidak dapat bersama arwah buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.
Sekadar info, aktres berusia 23 tahun itu berada di Bali bagi menjalani penggambaran drama bersiri The One untuk sebuah platform penstriman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: Instagram Anna Jobling & Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sangka sudah setahun Nabil Aqil muncuk dalam Pencarian Herio Remaja pada tahun lalu. Pejam celik, dia kini sudah mula mengukir nama menjadi salah seorang aktor baru yang paling mendapat perhatian.
Ketika sesi uji bakat dahulu dia merupakan antara calon yang paling menarik perhatian REMAJA dan juga juri. Sehingga ada daripada kami yang menggelarnya, ‘Fattah Amin Junior’.
Dan baru-baru ini dia muncul sebagai antara salah seorang pelakon utama dalam drama ‘Striker Hati Ayah’ di samping pelakon komedi legenda Saiful Apek dan seorang lagi pelakon muda berbakat, Adam Lee.
Sepanjang pertandingan dijalankan dulu dia merupakan peserta paling popular di kalangan follower Instagram Pencarian Hero Remaja sehingga menobatkannya sebagai Hero Favourite. Dikenali ramai di kalangan follower sebagai seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan berjenaka bersama rakan-rakan, Nabil kini semakin serius dalam dunia lakonan.
“Saya bersyukur sangat kerana menyertai Hero Remaja dahulu. Platform yang disediakan kepada saya itu memang telah banyak membuka jalan untuk karier saya dalam industri seni. Setakat ini, Alhamdullilah tawaran berlakon memang tidak putus apatah lagi dengan pengurusan saya Rocketfuel Entertainment sentiasa berusaha mengembangkan karier saya,” jelas Nabil.
Transformasinya menjadi seorang pelakon yang semakin dikenali juga merupakan satu perubahan yang cukup besar dalam hidupnya. Jika dulu dia bebas untuk ke mana sahaja, kini setiap gerak-gerinya diperhatikan peminat. Disebabkan itu juga Nabil sekarang memilih untuk memakai topi bila keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya tidak kisah jika didekati oleh peminat. Mula-mula dulu rasa terkejut jugalah sebab ramai orang kenal. Tapi kini saya sudah biasakan diri. Tanpa peminat siapalah artis sebab itu saya kena pandai jaga hati mereka. Peminat saya pun ramai terdiri daripada remaja perempuan dan mereka mudah mendekati saya mungkin disebabkan personaliti saya yang happy go lucky dalam Instagram,” tambah Nabil lagi.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Nabil Aqil dalam majalah REMAJA isu JULAI yang kini berada di pasaran!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!