Okay, semua grup K-Pop mempunyai fandom atau kelab peminat mereka sendiri. Semuanya hebat, tetapi…
..korang tak boleh menidakkan betapa fanatiknya peminat grup BTS!
Warga ARMY (gelaran kepada peminat BTS) ini memang tidak pernah berhenti menyokong kesemua ahli BTS, and to be honest, kami kagum dengan semangat mereka itu.
Namun, lain pula ceritanya dengan syarikat naungan BTS, Big Hit Entertainment yang merasakan sokongan ARMY telah melampaui batas tertentu dan sedikit – err -menjengkelkan.
Ini berikutan rutin harian peminat BTS untuk datang dan berkumpul di ibu pejabat mereka di Seoul semata-mata untuk mencuba nasib sekiranya dapat bertemu dengan anggota BTS. Dapat terserempak dari jauh pun, dah kira bertuah!
Pintu masuk bangunan Big Hit Entertainment.
Syarikat tersebut kelmarin telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui akaun Twitter untuk meminta mereka berhenti datang ke ibu pejabat mereka.
Ads
“Bangunan Big Hit juga merupakan ibu pejabat kepada beberapa syarikat lain dan mereka juga datang ke sini untuk bekerja seperti kami. Jadi, dengan mengambil foto orang ramai atau memasuki bangunan tanpa kebenaran adalah ‘distracting’.
“Kunjungan peminat (fans visit) adalah dilarang sama sekali. Sekiranya kamu melanggar peraturan tersebut, besar kemungkinan kamu akan dihalau oleh petugas keselamatan.”
Err – takut!
Ads
Iyalah, peminat K-Pop kan gemar untuk menghabiskan masa seharian untuk berkunjung ke luar bangunan syarikat naungan K-Pop seperti Big Hit, SM Entertainment, YG Entertainment dan lain-lain semasa mereka bercuti di Seoul, Korea Selatan.
Kami faham peminat pasti ingin mengambil gambar kenangan di sana. Pada masa yang sama, kami juga faham tanggungjawab petugas keselamatan mereka yang sentiasa perlu ‘bersusah-payah’ menghalau peminat yang keluar masuk di bangunan itu. Banyak lagi kerja mereka tau!
Beberapa orang ARMY di Twitter juga nampaknya memahami permintaan Big Hit Entertainment ini.
Ada yang berkata, “Peminat cuba masuk ke bangunan BH….apa yang kamu harapkan? Dijemput masuk oleh BTS?? Baliklah rumah.”
Oops!
Boleh je rasanya nak melawat tetapi berdiri dari jauh sajalah okay. Tak perlu nak cuba masuk. Untuk ke sana, ambil laluan keretapi ke Stesen Hak-Dong (Exit 2)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut soal rokok, orang lelaki tak kisah tentang harganya. Ketagihan pada candu ini membuatkan mereka cuma bising seketika bila kerajaan menaikkkan harganya. Tak dapat rokok mahal, rokok seludup yang dijual bawah RM5 menjadi taruhan asal puas.
Tinjauan di pasaran mendapati, jenama Pall Mall dijual pada hargaRM15.00 sekotak untuk 20 batang. Jenama lain lebih tinggi, sekurangnya RM17 sekotak.
Kalau sehari membelanjakan, RM15.00, jika kali dalam sebulan, bersamaan RM450. Mungkin masih murah bagi perokok tegar. Hisap lagi tanpa henti untuk 10 tahun berturut sehinggalah disahkan mengidap Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD). Bila disahkan mengidap COPD yang merupakan pembunuh ketiga tertinggi di negara ini, bersedialah keluarkan RM20,000 setahun untuk biaya perubatan termasuk ubat-ubatan, rawatan, kos hospital, pengangkutan, oksigen dan lain-lain lagi.
Paling mudah kiraannya, bersamaan RM1666 sebulan selama hidup. Banyakkan tapi mungkin tak gentarkan perokok tegar lagi. Kalau bekerja, pengidapnya mungkin mampu membayar sebanyak itu.
Lagi pun mereka sendiri tidak kisah membakar RM450 sebulan. Tetapi kalau sudah sampai mengheret tong oksigen yang melekat 24 jam sehari di mulut, nak susahkan siapa dalam hal ini?. Mujur kalau isteri masih sayang, anak masih simpati, tetapi kalau memegang konsep abang sayang, abang melayang, mungkin kena fikir-fikir sendiri.
COPD mengakibatkan paru-paru mengalami penyempitan
Untuk makluman, hari ini, 15 November 2017 seluruh dunia menyambut Hari Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD). Kira-kira 383 juta penduduk dunia disahkan mengidap COPD dengan 3 juta kematian setiap tahun. Mungkin fakta ini belum menggentarkan lagi kerana alasannya belum jatuh sakit.
Apa yang dimaksudkan dengan COPD? Ia merupakan penyakit paru-paru progresif yang membuat seseorang itu semakin sukar untuk bernafas. COPD biasanya disebabkan pendedahan jangka panjang kepada perengsa paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran pernafasan.
Dalam bahasa mudah, asap rokok membakar paru-paru perokok yang lama kelamaan mengakibatkan paru-paru gagal mengeluarkan udara kembali. Penderitanya akan merasai suasana begini. Cuba kita tarik nafas dalam-dalam, hentikan seketika tanpa membuangnya. Kemudian tarik kembali nafas tanpa membuang yang lama. Kita pasti akan merasai kesukaran untuk bernafas dan itulah yang dialami oleh mereka yang mengidap COPD ini. Seksa bukan?
20 batang sehari selama 10 tahun, perokok berisiko mengidap COPD – Dato Dr Zainudin
Dalam satu sidang akbbar sempena sambutan Hari COPD sedunia, Pakar Perunding Perubatan Umum Dan Pernafasan, Dato’ Dr Zainudin bin Md Zin dari Hospital Pakar KPJ Damansara merangkap Presiden Persatuan Yayasan Paru-Paru Malaysia berkata, golongan remaja yang aktif menghisap rokok setakat ini belum didignose mengidap penyakit ini.
“Biasanya perokok tegar yang menghisap tanpa henti selama 10 tahun jauh berisiko. Jadi kalau remaja mula menghisap rokok pada usia 15 tahun tanpa henti selama 10 tahun denngan jumlah bilangan 20 batang sehari, pada usianya 25 tahun dia berisiko mengidap COPD.
“Selain rokok, persekitaran luar seperti penggunaan dapur kayu, isteri yang suaminya merokok, anak-anak yang turut terdedah lebih mudah dijangkiti. Tetapi keutamaannya adalah penghisap rokok itu sendiri,” katanya yang turut mempertontonkan video paru-paru yang hancur akibat COPD.
Bagi pengidap COPD kronik mereka akan sentiasa memerlukan mesin oksigen. Hendak membuat tiga langkah ke tandas pun sudah tercungap-cungap. Belum lagi dikira hendak keluar rumah. Pendek kata pengidapnya akan kehilangan melihat nikmat dunia kerana perlu berada di rumah sentiasa selain perlu berulang alik menjalani rawatan hospital.
Isteri dan anak-anak juga berisiko
Jika anda perokok tegar, risiko anda dijangkiti COPD sangat cerah. Tapi anda juga merisikokan anak isteri kerana mereka yang terdedah kepada asap dalam satu tempoh jangka panjang juga boleh terkena COPD. Kesiankan.
Berhenti merokok mulai sekarang bagi mengelak terkena COPD
Menurut Prof Madya Dr Pang Yong Kek yang juga Pakar Perunding Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Malaya, cara terbaik untuk mengecah COPD adalah dengan mengelakkan merokok berhenti merokok.
“Penyakit ini memang teruk jika dijangkiti. Ia menyebabkan kematian secara perlahan-lahan. Jika jantung menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia dan strok di tempat kedua, dari tahun 2015, COPD menjadi pembunuh nombor empat di negara, kini sudah melonjak ke tangga ke tiga kerana tiada penurunan dicatatkan sebaliknya terus menaik,” katanya yang juga Presiden Persatuan Toraksik Malaysia.
Dalam pada itu, Prof Madya Dr Pang berkata, jika seseorang sudah dijangkiti menghidap COPD terdapat cara-cara pihak perubatan boleh membantu melegakan gejala-gejala penuakit, menambah baik kualiti hidup pesakit dan mengurangkan risiko kematian.
Prof Madya Dr Pang, Ramil Burden & Dato Dr Zainudin dalam satu sidang akhbar mengenai COPD
Sempena sambutan Hari COPD Sedunia, syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan terkenal di dunia, GlaxoSmithKline yang diwakili oleh Naib Presiden dan Pengurus Besarnya, Ramil Burden menjelaskan, selama lebih 40 tahun GSK telah melabur dalam penyelidikan pernafasan, mencipta dan memperbaiki ubat-ubatan yang membawa tranformasi mengenai rawatan penyakit pernafasan seperti COPD.
“Kami dapati penyakit COPD mempunyai cabaran dan keperluan yang unik,”katanya dalam sidang akhbar tersebut.
Tonton Video pengalaman pesakit COPD yang merokok sejak usia muda
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aduhhh, rasa lapar pulak. Pekena nasi kandar dengan teh ais buih lebih macam padu je! Haa, jangan tipu lah kalau korang tak pernah makan nasi kandar langsung dalam hidup korang.
Come on, nasi kandar antara makanan paling popular di Malaysia kot. Bayangkan nasi putih, kuah bermacam-macam jenis, ayam goreng yang crunchy ditambah pula dengan papadom. Fuhh padu beb!
Tapi kalau korang nak rasa nasi kandar utara yang ‘pure’ kena la pergi Pulau Pinang.
Tapi korang tahu tak, baru-baru ini Restoran Hameediyah telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “restoran nasi kandar tertua” di negara ini!
Wow hebatnya,
Menurut Bernama, Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong berkata restoran nasi kandar itu yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa telah berusia lebih 100 tahun dan mula menjalankan perniagaan sejak tahun 1907.
Meskipun dah mencecah lebih 1 abad namun restoran itu masih kekal popular sehingga ke hari ini.
Malah restoran nasi kandar ini kini telah diwarisi generasi ketujuh keluarga berkenaan!
Sijil pengiktirafan MBR itu diserahkan kepada pemilik restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor.
Dalam pada itu, Ahamed melahirkan kesyukuran atas pengiktirafan MBR itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.
“Kami sangat gembira atas pengiktirafan ini dan kami berasa sangat istimewa dan dihormati,” katanya.
Menurutnya, restoran Hameediyah menerima ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.
“Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini,” katanya.
Sementara itu, Ahamed berkata restoran itu akan mewarisi resipi restoran keluarga itu kepada generasi seterusnya dan bercadang mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.
Kini cawangan Restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat di Butterworth dan Kota Damansara, Petaling Jaya dan dijangka bulan hadapan satu lagi cawangan baharu dibuka di Sungai Ara, Georgetown.
Wow, hebatnya restoran nasi kandar Hameediyah ni mampu bertahan lebih 100 tahun ye. Tapi no wonder la sebab nasi kandar ni boleh buat kira termimp-mimpi kan…hehe
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemuzik dan YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim telah mencuri perhatian ramai apabila mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.
Bukan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Daud Kim memberitahu dia mahu mendekatkan diri kepada yang Maha Esa selain menyifatkan Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.
“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan jiwa dan suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia.
“Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar. Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT. Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia menitipkan harapan agar dirinya dapat terus kekal terus istiqamah menjadi muslim yang sentiasa diredai Allah dalam perjalanan perubahan kerohaniannnya.
“Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati. Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim.
“Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, Insya-Allah. Semoga ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar.
“Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” coretnya panjang menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Bagi yang mengikuti perkembangannya, Daud Kim dilihat aktif berkongsi perjalanan perubahannya menerusi platform media sosial selepas pulang daripada menunaikan umrah buat pertama kali pada bulan April tahun lalu.
Terdahulu, youtuber itu pernah dihimpit kontroversi apabila dirinya mengaku menggunakan nama Islam untuk meraih populariti di media sosial. Bagaimanapun, Daud telah membuat permohonan maaf secara terbuka seluruh dunia kerana mempermainkan Islam demi keseronokannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno menegaskan air mata yang mengalir selepas selesai mempersembahkan lagu Tak Adil di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bukanlah...