Terbaru, YG Entertainment telah mencuri perhatian peminat K-pop apabila mengumumkan kemunculan semula BLACKPINK, BABYMONSTER, TREASURE dalam industri hiburan serta kejutan mengenai debut kumpulan-kumpulan baru yang sedang mereka rancang.
Menerusi sebuah video pengumuman rasmi yang menampilkan pengasas syarikat itu sendiri, Yang Hyun Suk membuka bicara dengan kemas kini tentang BLACKPINK.
Menurutnya, kumpulan sensasi, BLACKPINK kini sedang membuat persiapan rapi untuk siri jelajah dunia mereka yang bakal diadakan tidak lama lagi. Walaupun tarikh sebenar belum diumumkan, beliau memberi bayangan bahawa lagu baharu daripada kumpulan sensasi itu akan dilancarkan.
“Meskipun kami belum memiliki tarikh pelancaran, saya fikir kami akan dapat umumkan tentang lagu baru BLACKPINK dengan segera,” katanya.
Kredit: YG Entertainment
Dalam pada itu, BABYMONSTER pula akan kembali menyerlah dengan lagu baru berjudul ‘HOT SAUCE’ yang akan dilancarkan pada 1 Julai ini. Lagu ini difahamkan hanya permulaan kerana kumpulan berkenaan turut merancang untuk mengeluarkan single pre-release kedua sekitar bulan September dan sebuah mini album baharu pada 1 Oktober.
Mini album terbaru BABYMONSTER itu juga bakal memuatkan empat buah lagu secara keseluruhan, termasuk ‘HOT SAUCE’ dan juga single kedua yang dijangka menjadi bualan hangat peminat sekitar bulan September nanti.
Ads
Manakala, bagi TREASURE juga tidak ketinggalan. Yang Hyun Suk mengesahkan bahawa kumpulan lelaki popular ini sedang dalam fasa akhir menyiapkan mini album baharu yang dijangka akan dilancarkan pada 1 September akan datang.
Selain dari itu, mereka akan terus memulakan siri jelajah dunia yang baharu bermula bulan Oktober, menyambung momentum populariti mereka yang semakin terus meningkat.
Ads
Sementara itu, agensi YG juga sedang dalam proses menilai potensi dua kumpulan trainee lelaki dan dua kumpulan trainee perempuan yang kini masih di dalam perancangan untuk debut.
Menurut Hyun Suk, syarikat itu turut merancang untuk melancarkan salah satu boy group tersebut pada tahun hadapan. Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan hasrat untuk memperkenalkan satu girl group terbaru yang hanya terdiri daripada empat ahli.
Ads
Bermula 28 Mei ini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat, menggunakan konsep sama seperti yang dilakukan semasa perkenalan ahli BABYMONSTER sebelum ini. Ahli pertama akan didedahkan pada jam 12 tengah malam waktu Korea Selatan.
Intihanya, Yang Hyun Suk menambah kenyataan bahawa mereka juga merancang untuk menghasilkan lagu solo untuk setiap ahli kumpulan gadis baharu ini, sekaligus memberikan ruang untuk menonjolkan bakat individu mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Saleha, telah tercalon menerusi Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang bakal berlangsung Rabu ini di Seoul, Korea Selatan.
Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 34 tahun yang tercalon menerusi naskhah siri asal tonton berjudul SeOfis itu memaklumkan, nama mendapat pencalonan pun sudah umpama kemenangan buat dirinya.
“Pengurus beritahu TV3 dan tonton calonkan nama saya untuk anugerah ini beberapa bulan lalu. Selain saya, ada juga beberapa nama pelakon lain yang turut dicalonkan.
“Masa mula-mula diberitahu, saya susah juga nak percaya. Tapi selepas membuat kaji selidik, barulah saya tahu yang anugerah ini sudah lama wujud.
“Sangat menakjubkan bila nama saya tercalon dalam acara anugerah bertaraf antarabangsa seperti ini. Pemenang berdasarkan undian global peminat menerusi aplikasi Idol Champ,” katanya.
Menerusi kategori yang sama, barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura turut dicalonkan.
Kata pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, dia sentiasa menghargai pencapaian di peringkat luar negara dan menyifatkan peluang sebegitu membuka jalan buatnya terus melebarkan nama pada peringkat antarabangsa.
“Saya melihat pencalonan ini sebagai satu peluang yang besar untuk saya kembangkan lagi bakat lakonan. Walaupun sekadar finalis itu sudah memadai.
“Saya tidak sabar berjumpa dengan semua yang hadir dan beramah mesra serta bergambar kenangan dengan calon dari negara serantau lain,” ujarnya lagi.
Selain SeOfis, filem Doh lakonan bekas Hero Remaja, Syafiq Kyle juga antara drama yang dihantar untuk pencalonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak salah jika Remaja katakan semua orang terutamanya bila di peringkat usia muda akan berdepan dengan perasaan jatuh cinta. You know, the kind of feeling when you have crush to someone. Mungkin kamu kenal atau tidak si dia itu perkara nombor dua. We all somehow will have a crush with somebody special. Dan bila dah suka tengok orang tu, some of you especially girls akan lakukan perkara-perkara tak terduga dan tak masuk akal? Tak percaya? Check this out.
1. Kamu stalk Facebook/Instagram
Setiap hari tidak sah kalau tak buka akaunnya. Selain untuk tahu apa si dia buat pada hari itu, kamu tertanya-tanya bagaimanakah kehidupannya seharian. Dan mungkin tak sengaja kamu ter-like fotonya yang 15 minggu lepas. NOOOO!
2. Berangan-angan tentang masa depan bersamanya
Jangan tipu, kamu mesti pernah berangan-angan begini, bukan? Disebabkan itu juga kamu mula suka menonton filem romantik terutama yang ada babak perkahwinan gilang gemilang.
3. Kenal semua ahli keluarga, kenalan malah kucingnya
Selain itu kamu juga tahu apa aktiviti, makanan serta rancangan TV kegemaran. Ini semua penangan perkara nombor 1 yang kamu lakukan dengan cukup gigih. Tapi bila berdepannya, kamu hanya mampu ungkap 3 patah perkataan sahaja, “hai, apa khabar”.
4. Kamu sengaja lepak di lokasi si dia selalu ada
Kamu tak suka sukan bola sepak? Itu kamu ketepikan semata-mata kerana si dia hari-hari turun padang main bola. Walaupun panas, sanggup tahan sebab dia.
5. Kamu & BFF ada nama kod khas untuk si dia
Ini mungkin pekara yang hanya gadis-gadis sahaja yang faham. Bayangkan kamu bersama BFF berselisih dengan si dia, takkanlah nak sebut nama dia pula. Kantoilah nanti!
6. Kamu selalu merenung telefon menantikan sesuatu
Setiap kali telefon kamu bunyi, kamu pasti menggelabah dan berdoa ia daripada si dia.
7. Mula berjinak dengan permainan dan kuiz online cinta
Akuilah, kamu sebearnya mahukan sesuatu yang memberikan confirmation terhadap perasaan kamu kepadanya.
8. Stalk media sosial gadis yang kamu nampak bersamanya
Cemburu? Mana ada! Girl, you are in denial. Apa cara sekalipun kamu mesti tahu siapa perempuan itu.
9.Berimaginasi berbual secara lebih dekat
Bukan apa, kamu ingin lebih bersiap sedia bila suatu hari nanti perbualan intimate begitu akan jadi kenyataan.
10. Hari terbaik kamu ialah hari di mana si dia memberikan senyuman
Mempunyai crush tiada apa yang lebih berharga melainkan si dia perasan akan kewujudan kamu. Notice me senpai!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini setiap kali ke pawagam kami memang tertarik dengan trailer Cats yang ditayang sebelum tayangan bermula. Memainkan lagu Memory sebagai background music, ternyata gimik itu menjadi dan membuatkan kami rasa tak sabar nak menonton filem muzikal ini.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti James Corden, Judi Dench, Jason Derulo, Idris Elba, Jennifer Hudson, Ian McKellen, Taylor Swift dan Rebel Wilson, filem Cats mengisahkan tentang sekumpulan kucing yang dikenali sebagai Jellicles perlu membuat 'The Jellicle Choice', iaitu kucing mana yang akan dipilih untuk naik ke Heaviside Layer dan pulang ke kehidupan Jellicle baru.
Remaja berpeluang menonton tayangan perdana Cats dan apa yang boleh kami katakan, mungkin expectation kami terlalu tinggi untuk filem muzikal ini kerana selesai sahaja menonton, ia tidak seperti yang kami harapkan.
Nah, tunggu dulu. Bukanlah kami kata filem ini teruk, tapi kelemahannya hanya pada jalan cerita.
Jalan cerita yang terlalu biasa, simple dan boleh diagak.
Kami mengharapkan jalan cerita yang lebih menarik dan mungkin boleh kalau nak selitkan unsur-unsur komedi sikit, namun sepanjang durasi 1 jam 50 minit, ianya mendatar dan hanya diselangi dengan lagu.
Namun begitu, secara keseluruhan filem ini harus dipuji. Lagu-lagu yang digunakan dalam filem ini dan teknik CGI yang digunakan memang superb!
Dan yang menariknya, kalau korang memang sejenis yang suka kucing, pasti terhibur dibuatnya melihat aksi kucing-kucing comel yang menari. Ada kucing cantik, gemuk dan jahat, pendek kata semua jenis kucing ada dipaparkan menerusi filem ini.
Terubat la juga hati kami bila melihat aksi-aksi hebat kucing tersebut. Hiks!
Bab lagu Memory yang dilantunkan oleh Jeniffer Hudson tu memang mantap. Meremang bulu roma macam tengah tengok persembahan Broadway.
Overall, filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Mungkin pendapat korang lain pula kan? So, jangan lupa saksikan Cats yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.