YG Entertainment ‘Padam’ Wajah & Nama Seungri Pada Merchandise Rasmi Big Bang

Share

 

Cepat betul YG Entertainment buat kerja..

 

Setelah anggota Big Bang, Seungri dihadapkan dengan sesi soal siasat polis bermula 22 Mac lalu, bekas majikan dan agensinya iaitu YG Entertainment telah mengambil keputusan untuk memadamkan sebanyak mungkin memori Seungri di syarikat mereka.

Lebih 13 tahun Seungri bersama Big Bang, jadi agak mustahil untuk mereka ‘melenyapkan’ sejarah yang pernah dicipta Seungri bersama grup itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh YG sekarang  hanyalah untuk tidak lagi menjual sebarang merchandise

yang memaparkan imej Seungri. Keputusan itu dibuat selepas YG dikritik masih menyokong Seungri melalui barang yang dijual, walaupun penyanyi itu terpalit skandal Burning Sun dan telah meninggalkan Big Bang.

Melalui laman web kedai online rasmi YG Entertainment iaitu YG Select, korang dapat melihat perubahan yang telah mereka lakukan. Hanya tinggal beberapa merchandise saja yang mengekalkan kewujudan Seungri (lihat, baju T MADE) tetapi REMAJA rasakan itu pun bukan untuk tempoh masa lama.

 

Action figure.

 

Kalendar dengan muka blur Seungri.

 

Ballpen.

 

Poskad.

 

Poster Pameran A To Z

 

Shower curtain.

 

Key ring.

 

Masakan tidak, foto Seungri pada poster dan kalendar kebanyakannya telah di-blur-kan. Menurut sumber di YG Select, “Para pekerja laman web kami sedang dalam proses menyunting. Sila bersabar.”

Aigoo..

Buat masa ini, Seungri sedang membantu proses penyiasatan dan belum disahkan bersalah atas tuduhan penawaran khidmat pelacur dan lain-lain isu yang berkaitan kelab Burning Sun. Dia juga sedang disiasat atas penglibatan group chat

selebriti lelaki Korea yang merekod serta mengedarkan video perlakuan seksual Jung Joon Young.

Begitulah akibatnya jika selebriti melakukan kesalahan di mata masyarakat.

Dalam perkembangan lain, foto Jung Joon Young juga baru saja dipadamkan daripada poster promosi rancangan 4 Wheeled Restaurant oleh saluran TVN.

Sumber: Soompi

BACA: “Why Seungri, Why?” Video Ramalan Big Bang Tahun 2017 Bertukar Realiti

 

IKLAN