Pelakon popular Korea, Yeo Jin Goo baru-baru ini dilaporkan telah terpilih untuk menyertai program Korean Augmentation to the United States Army (KATUSA) dan dijadualkan akan memulakan khidmat wajib militernya pada bulan Disember ini.
Perkara tersebut disahkan oleh wakil agensinya pada 3 November menerusi satu kenyataan rasmi yang memaklumkan bahawa Yeo Jin Goo akan menyertai divisi tentera KATUSA dan berkhidmat selama kira-kira 18 bulan bermula pada 15 Disember ini.
“Yeo Jin Goo telah terpilih untuk menyertai divisi tentera KATUSA dan akan berkhidmat selama kira-kira 18 bulan bermula pada 15 Disember,” tulis kenyataan tersebut.
Mohon Hormati Privasi Yeo Jin Goo
Dalam kenyataan sama, pihak agensi turut memohon kerjasama orang ramai untuk menghormati privasi pelakon berusia 28 tahun itu dengan tidak hadir ke lokasi upacara pendaftarannya di pusat latihan, memandangkan acara berkenaan turut dihadiri oleh ramai anggota tentera serta keluarga mereka.
“Memandangkan upacara pendaftaran di pusat latihan merupakan acara yang dihadiri oleh ramai anggota tentera dan keluarga mereka, kami tidak akan mendedahkan lokasi atau masa spesifiknya. Kami dengan rendah hati memohon agar anda tidak mengunjungi lokasi tersebut pada hari berkenaan,” ujar kenyataan itu lagi.
Pada masa yang sama, pihak agensi turut menzahirkan penghargaan kepada para peminat atas sokongan berterusan terhadap Yeo Jin Goo sepanjang kerjayanya sebagai anak seni, serta berharap agar mereka terus memberikan dorongan positif sepanjang tempoh pelakon itu menunaikan tanggungjawab kepada negara.
“Kami amat berterima kasih atas perhatian dan sokongan yang telah diberikan kepada pelakon Yeo Jin Goo selama ini. Kami memohon agar anda terus memberikan sokongan dan dorongan sehingga beliau kembali dengan kesihatan yang baik dan kematangan yang lebih selepas menamatkan tugas wajib militernya. Terima kasih,” jelas kenyataan berkenaan.
Terdahulu pada bulan Oktober lalu, Yeo Jin Goo telah mengumumkan berita mengenai khidmat wajib militernya secara peribadi dengan berkongsi sepucuk surat tulisan tangan kepada para peminat semasa siri jelajah ‘Blank Space’ bersempena ulang tahun ke-20 yang berlangsung di beberapa negara Asia.
Pelakon yang dikenali melalui drama terkenal seperti Hotel Del Luna dan The Crowned Clown itu kini bersedia menunaikan tanggungjawabnya sebagai warganegara Korea Selatan dengan penuh dedikasi. Keputusan beliau untuk menyertai KATUSA menunjukkan semangat patriotik dan disiplin tinggi yang menjadi inspirasi kepada ramai peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tabiat mengunyah ais ni memang dah tak pelik dalam masyarakat kita. Kalau di kedai makan, habis minuman yang di order, mesti dah jadi habit nak kunyah ais tu sampai habis.
Malah, ada individu yang lebih teruk sehinggakan membawa habit ini di rumah. Mengunyah ais sambil menonton tv. Mesti korang pernah jumpa orang macam ni kan?
Menurut Medical Mythbusters Malaysia, sekiranya korang seorang ‘pengunyah’ ais, korang sebenarnya sedang menjahanamkan gigi tanpa sedar. Sedikit demi sedikit gigi korang akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak korang kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ha, baru tahu kan?
Menurut mereka lagi, proses ini dinamakan abfraction yang membawa maksud gogi korang akan berlubang, tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu, tapi akan ‘berlekuk’ terutamanya di bahagian leher gigi.
Ini adalah disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi akibat daripada kerap mengunyah benda yang keras seperti ais.
Lama-kelamaan gigi akan menjadi sensitive, boleh patah dan pecah kerana banyak struktur gigi yang hilang tanpa sedar.
Urgh, seramnya!
Kisah benar
Dr Muhamad Iqbal juga turut berkongsi tentang kisah seorang pesakitnya yang mengadu gigi geraham sudah pecah. Bila diperiksa, mulutnya bersih, gigi semua tak ada yang rosak kecuali yang pecah tu, satu gigi saja.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais selepas makan di kedai. Sambil berborak, dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Ha, mesti korang selalu nampak situasi macam ni kan?
Keadaan gigi pecah tersebut sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Jawabnya, tak! Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, momen Harry Styles berada di atas pentas anugerah Grammy sebagai seorang pemenang tiba juga.
Kemenangan Grammy’s pertama bekas ahli One Direction itu adalah menerusi kategori Persembahan Solo Pop Terbaik yang menyenaraikan calon yang bukan calang-calang namanya dan sukar untuk sesiapa meramal pemenangnya.
Harry menerima saingan sengit daripada Justin Bieber (Yummy), Doja Cat (Say So), Billie Eilish (Everything I Wanted), Dua Lipa (Don’t Start Now) dan Taylor Swift (Cardigan). Biarpun begitu, Harry dilihat lebih menyerlah menerusi lagu Watermelon Sugar yang bukan saja popular tetapi juga sedap didengar.
Harry dilihat sedikit terkejut namun tetap teruja apabila diumumkan sebagai pemenang.
Penulis tertarik dengan reaksi calon lain dalam kategori tersebut. Masing-masing berdiri bagi memberikan penghormatan kepada Harry yang dilihat layak membawa pulang anugerah Grammy pertamanya.
Dan nampaknya, segala khabar angin mengenai perbalahan di antara Harry dan Taylor Swift yang pernah digosipkan sebagai pasangan kekasih sebelum ini juga telah dilupakan apabila Taylor turut memberikan reaksi positif terhadap kemenangan tersebut semasa kamera dipaling kepadanya.
Mereka juga sempat dirakam berborak bersama!
Terima Kasih Peminat
Kata Harry, “Saya hendak berterima kasih kepada peminat saya kerana memberikan saya kebebasan untuk mencipta muzik mengikut keinginan saya. Merekalah yang menyokong saya sejak 10 tahun lalu.
“Terima kasih kepada semua orang yang telah menyiapkan rekod ini bersama saya; label dan para pengurus saya. Kesemuanya, terima kasih. Saya merasa amat-amat bertuah pada malam ini,” katanya dalam sidang media secara virtual di Grammy’s.
Bagi Swifties pula, jangan risau kerana penyanyi dan penulis lirik kegemaran korang itu juga tidak pulang dengan tangan kosong. Taylor yang memperolehi sejumlah 6 pencalonan telah memenangi kategori Album Tahunan menerusi Folklore (as she should!).
Dua Lipa dan Billie Eilish juga bergelar pemenang pada tahun ini, masing-masing menerusi kategori Rekod Tahunan untuk Everything I Wanted dan Vokal Terbaik Dalam Album Pop menerusi Future Nostalgia.
Billie juga berjaya membawa pulang kategori Lagu Terbaik Untuk Media Visual menerusi lagu tema filem James Bond, No Time To Die.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama bergenre romantik komedi, From Saga With Love baru-baru ini asyik diperkatakan oleh peminat drama seni tanah air.
Bahkan drama terbitan Red Communication ini kerap muncul di laman For You Page akaun TikTok warganet dek kerana momen-momen kelakar dan ‘melting’ yang dipamerkan di dalam drama tersebut.
Pelakon utama drama tersebut, Siti Khadijah Halim yang memainkan watak Karma turut mengekspresikan rasa bersyukurnya atas penerimaan yang cukup hangat dari para penonton terhadap drama lakonannyai itu.
“Alhamdulillah berkat kesungguhan barisan pelakon dan team produksi yang sangat best, drama From Saga With Love berjaya mendapat tempat di hati para penonton sehinggakan kerap tular di TikTok.
“Semestinya Siti amat teruja dan bersyukur kerana kami, barisan para pelakon telah memberikan komitmen 100 peratus dalam karya ini,” jelasnya ketika ditemui di pelancaran koleksi Mayang by Anntsya di Starhill Gallery baru-baru ini.
Lakonan pelakon berusia 26 tahun tersebut turut dipuji ramai dek kerana kelihatan cukup ‘natural’ di mata penonton.
“Memang ramai cakap yang Siti nampak natural bila bawak watak Karma dan sejujurnya memang ada sedikit sebanyak persamaan watak tersebut dengan diri Siti sendiri.
“Siti amat happy kerana menerusi pujian tersebut telah membuktikan bahawa Siti berjaya membawakan watak Karma itu,” jelasnya lagi.
Bekas juara Gadis Panca NR ini turut berkesempatan berkongsi kenangan manis beliau ketika menjalani penggambaran drama tersebut.
“Kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila kitaorang masak nasi lemak bersama-sama. Haaaaa…adegan nasi lemak yang kalian saksikan itu adalah hasil penat lelah kami, barisan pelakon juga.
“Kami bersama-sama kopek ikan bilis, rebus telur dan masak nasi tersebut,” selorohnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Siti Khadijah Halim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupa menghantar anak ke pengasuh, seorang kanak-kanak maut dalam kereta selepas hampir sembilan jam ditinggalkan, mencetuskan kebimbangan keselamatan kanak-kanak.