Nampaknya, banyak syarikat penerbangan murah berebut-rebut menarik perhatian pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Kadang harga ditawarkan nampak “seperti tak masuk akal” tetapi bagi pelanggan memang sukalah sebab dapat terbang ke destinasi yang mereka suka pada harga terlampau murah dan masuk dek akal.
Permintaan penerbangan dan minat orang Malaysia yang suka terbang bagi pelbagai urusan selain mudah tertarik pada harga “murah”, wujudlah laman web seperti Traveloka yang menawarkan perkhidmatan “harga hotel dan tiket” lebih murah jika menempah dari mereka seperti mana yang selalu diiklankan di kaca tv.
Tapi apa yang disuarakan oleh lelaki yang mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Bunga Negara, Azmy bin Osman ini mungkin boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih mendalam, adakah benar harga yang kita bayar itu benar-benar seperti tertera di laman web mereka.
Azmy (kot kelabu) mempersoalkan kejujuran promo di Traveloka..
Book Flights On Traveloka| Lowest Prices On Flights selain “Find Cheap Malindo Air Tickets and promo quickly and easily here!! Adalah antara sebab dia mempercayai laman web ini menawarkan harga jauh lebih rendah dari yang dilakukan laman web rasmi syarikat penerbangan.
Menurut Azmy, dia cuba untuk membuat tempahan penerbangan menggunakan laman web Traveloka untuk penerbangan menggunakan Malindo Air pada 24 Januari 2018. Tertera harga promo adalah sebanyak RM91.92 sehala untuk seorang. Tawaran pergi dan balik tertera harga RM183.84.
Ads
Malindo Air menawarakan RM91.92 perjalanan sehala ke Alor Setar manakala Firefly pada harga RM158.86 seperti tertera di laman web treveloka
Sebagai manusia, tentu kita mahu yang murahkan. Lagipun perjalanan lebih kurang sama dan Azmy click untuk harga promo RM91.92 yang mana sudah dinyatakan bayaran itu termasuk cukai sekali.
“Dinyatakan juga Price Per Person RM91.92 inclusive of all taxes anda surcharges sebelum menekan BOOK.
Ads
“Selepas tertarik dengan harga dinyatakan, saya mula mengisi borang seperti dikehendaki oleh laman web Traveloka seperti nama penuh tarikh lahir, nombor telefon dan lain lagi.
“Bila semua borang telah dipenuhi menurut permintaan laman web saya menekan butang klik next. Tetapi berlaku “loading” agak lama lebih kurang dua minit lebih. Dan selesai loading, harga dinyatakan adalah sebanyak RM303.16 atas alasan pihak penerbangan telah mengemas kini jumlah tersebut,” katanya yang mempersoalkan kenapa harga boleh jadi semahal ini sedangkan harga promo adalah RM90.91 sehala dan RM183.83 bagi dua hala.
Selepas mengisi borang seperti dikehendaki oleh pihak laman web Traveloka, loading lebih kurang dua minit lebih sebelum tertera harga seperti di bawah ini. Sudah wujud perbezaan harga yang sangat ketara jumlahnya.
Ads
Katanya, perbezaan harga sebanyak RM119.33 adalah satu jumlah yang agak tinggi dan seorang individu itu boleh terbang sehala sekali lagi ke Alor Setar. Dia juga mempertikaikan kejujuran harga dipaparkan kerana jelas wujudnya “silap mata” di tawaran tersebut.
Kata Azmy lagi, kalau kita seorang yang tidak berhati-hati, seorang individu akan terus membayarnya tanpa banyak soal,” katanya berkata, dia percaya ramai rakyat Malaysia yang ingin berjimat dalam apa jua perbelanjaan.
“Biasanya langkah pertama kita adalah dengan berjimat dan mencari yang paling murah. Apabila kita mempercayai perkhidmatan yang ada ternyata semuanya indah dan berselindung di sebalik promosi. Bagi saya ada dua situasi dalam hal ini. Sebagai pengguna saya boleh mempersoalkan adakah laman web Traveloka ada cubaan menipu agar terus menggunakan laman web mereka dan keduanya adakah pihak Malindo Air menyedari akan situasi ini? soalnya.
Carian Remaja di laman rasmi Malindo, pada tarikh 24 Januari 2018 itu, harga yang ditawarkan adalah RM151.58 untuk perjalanan sehala ke Lapangan Terbang Alor Setar. Bila didouble click, syarikat penerbangan ini ada menulis Base Fare MYR 92.00, Tax MYR 59.58 dan Total MYR 151.59 bagi laluan sehala.
Jadi, di mana lebih murah sebenarnya, Traveloka atau syarikat penerbangan, Malindo Air?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal Khairul Aming kan? Korang semua mesti selalu tengok dia dekat media sosial, beliau terkenal dengan video masakannya yang dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya dan tiap kali bulan puasa, mesti akan ada video “30 hari 30 resepi” daripada Khairul Aming.
Baru-baru ini, Khairul Aming telah mencipta produknya yang tersendiri dan ianya dinamakan “Sambal Nyet” yang dimasak olehnya sendiri. Sejak kemunculan produk baharunya ini, Khairul mengakui yang sambalnya laris dan terjual dalam beberapa minit sahaja selepas order dibuka di Shopee, beliau sangat terharu atas sokongan netizen terhadap perniagaan kecil-kecilannya. Namun begitu, ada juga yang mengambil kesempatan dengan cuba untuk menjadi reseller dan menjual sambal nyet yang palsu. Akibat terlalu ramai pembeli yang telah tertipu dan tular di media sosial, akhirnya Khairul Aming mengambil tindakan.
Beliau meluahkan rasa marahnya dan cuba menghubungi si pelaku yang telah menjual sambal nyet palsu dan telah menipu ramai pelanggan.
Walaubagaimanapun, pelaku tersebut telah ditemui dan beliau telah tampil untuk memohon maaf secara terbuka dan mengaku kesalahannya kerana telah menjual sambal nyet yang palsu dan basi, dan beliau turut juga memohon maaf kepada Khairul Aming dan semua pelanggannya yang telah tertipu. Oleh kerana Khairul Aming menyelesaikan masalah ini dengan tenang dan tanpa perbalahan, warga net telah memuji cara beliau menguruskan masalah ini dengan cara yang baik..
Ramai yang kagum dan puji cara Khairul Aming mengendali isu krisis sebegini dan ramai juga yang mengatakan bahawa Khairul Aming boleh dijadikan sebagai contoh baik buat peniaga diluar sana tentang cara perniagaannya dan cara beliau mengatasi krisis sebegini dengan cepat dan secara bersendirian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam kecoh di media sosial apabila gambar Menteri Wanita dan Keluarga Malaysia, Datuk Rina Harun yang dikatakan sudah semakin fit dan menawan. Perubahan fizikal wanita berusia 47 tahun ini ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji penampilan terbarunya.
Reporter: “you look fit, how do you do it?”
Rina Harun: “Cycling, diet and it is important that the intention is to be healthy” pic.twitter.com/U5dZUeGUWM
Dalam video pendek berdurasi 30 saat tersebut ahli Parlimen Titiwangsa sedang ditemu bual dalam satu program. Ditanya mengenai fizikal yang semakin ‘fit’, beliau menjawab dengan hanya berbasikal, mengamalkan gaya hidup sihat serta niat sebagai motivasi untuk berjaya.
“Wartawan: Datuk Seri makin fit, buat sukan apa sekarang?
“Rina Harun: Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kongsinya.
Selain daripada beriadah, antara manfaat yang korang akan peroleh sekiranya melakukan aktiviti berbasikal adalah seperti meningkatkan kesihatan mental, menurunkan berat badan dan mengurangkan sakit jantung serta risiko kanser. Tapi musim-musim sekarang ni SOP jangan lupa k.
Hm, Datuk Rina pun dah kurus guys! korang bila lagi… Hiks!
Let’s guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia pada Jumaat ini bersamaan dengan 30 Julai 2020 Masehi.
Selain dikaitkan dengan ibadat korban, Zulhijjah juga memiliki banyak kemuliaan yang mungkin kurang diketahui atau diamalkan oleh masyarakat.
Oleh itu, setiap Muslim perlu menggali ilmu supaya tidak tertinggal kelebihan bulan yang bukan saja untuk mengejar ganjaran pahala, bahkan meningkatkan amal dan keimanan kepada Allah.
Astro Prima turut berkongsi kemuliaan sambutan Raya Haji ini menerusi tayangan drama menarik Drama Jalan Sesat Ke Syurga disiarkan pada 3 Ogos ini.
Drama ini adalah sebuah drama bersiri 34 episod yang bakal disiarkan melalui slot Astro Prima. Drama ini adalah hasil gandingan pelakon hebat Aaron Aziz, Elizad Sharifuddinarahan.
Namun, poster drama ini menjadi bualan netizen apabila memaparkan perempuan menjadi imam dalam satu solat berjemaah.
Menurut seorang penguna Twitter dengan nama @Madbexer, beliau mengatakan drama ini seakan mengisahkan tentang ajaran sesat apabila seorang wanita mengimamkan solat jemaah.
Macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam. ada makmum yang tak pakai telekung dan sebaris dengan lelaki.
Seorang lagi penguna Twitter meluahkan rasa gembira dan teruja dengan cerita dan drama-drama sebegini kerana paparkan info dan pengetahuan tentang ajaran sesat kepada umum.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan paparan drama ini kepada umum kerana mungkin akan memberi ikutan kanak-kanak.
Untuk info, teraju untuk drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd, arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.
Tak sabar penulis nak tonton drama sebegini. So apa pendapat korang, still suka drama melayu cliche atau nak sesuatu yang baru?
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...