Pelakon dan usahawan terkenal, Mira Filzah dan dua selebriti meningkat naik, Tracie Sinidol dan Qasrina Karim acap kali menjadi perhatian warganet terutama dalam kalangan peminat mereka apabila dikatakan raut wajah mereka seperti pelanduk dua serupa.
Tidak menyangkal perkara tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, menyifatkan ia adalah salah satu kelebihan.
“Kita mempunyai tujuh muka sama dalam dunia, tetapi Mira pula tiga ke lima ada dalam Malaysia ini dan dekat-dekat pula kan. Bagaimanapun, Mira nampak perkara itu sebagai satu kelebihan.
“Seperti apabila saya berjumpa Tracie, dia ada persamaan yang sama seperti Mira, dan saya pun tidak menafikan ia.
Ads
“Selepas berjumpa dengannya Mira terus beritahu penerbit, ‘kalau buat naskhah adik beradik ini, jadi ini’. Ya, itu adalah satu advantage lah kan,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Coway Brand Renewal Event 2023, yang berlangsung di The Space Menara Ken TTDI, pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, bintang drama hit Imam Instant Ustazah Scammer itu menyatakan meskipun mempunyai iras wajah yang sama, namun Juara Dewi Remaja 2022 dan Qasrina mempunyai personaliti tersendiri dan berbeza dengan dirinya.
Mira bagaimanapun menzahirkan rasa teruja dapat berjumpa dengan kedua bintang muda itu selain dia sentiasa menyokong karier seni dan terbuka untuk membantu pendatang baharu seperti mereka.
Ads
“Setiap daripada kami walaupun ada persamaan dari segi raut wajah, tetapi masih mempunyai personaliti yang berbeza. Tracie seorang yang gila-gila juga dan dia sangat opposite saya.
“Kalau Qasrina pula, dia pun opposite saya juga. Seronok apabila dapat berjumpa dengan mereka yang baru nak naik. Apa yang saya boleh lakukan adalah, sentiasa menyokong mereka jika memerlukan bantuan dan sebagainya.
“Mira pun rasa seronok sebab ada muka yang sama seperti kita. Selain itu, masyarakat nampak persamaan itu, tetapi bila dah betul-betul kenal ia totally opposite. Apabila lama-lama tengok, tiada sama sangat cuma sekilas sahaja,” tuturnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekas ahli kumpulan K-pop EXO, Kris Wu dilaporkan telah ditahan di Beijing, China semalam kerana disyaki melakukan pemerkosaan membabitkan beberapa mangsa wanita.
Mahkamah China secara rasmi telah bersetuju dengan penangkapan bintang pop popular itu atas tuduhan permerkosaan. Berita penangkapan Kris ini serta-merta menjadi topik paling diperkatakan di laman Weibo China sehingga menerima 1.6 bilion ‘status’ berkaitan dengannya oleh warganet China.
Kris Wu terlebih dahulu pernah ditahan pada 31 Julai 2021 akibat tuduhan sama. Selebriti berusia 30 tahun ini dituduh melakukan penderaan seksual kepada seorang remaja bernama Du Meizhu yang berusia 19 tahun. Ketika berusia 17 tahun, Meizhu yang merupakan seorang pelajar jurusan Komunikasi di University of China, Beijing dibiarkan mabuk dan kemudiannya diperkosa di rumah Kris walaupun niat asal gadis itu ke sana adalah untuk menghadiri uji bakat.
Pelajar itu turut menyatakan bahawa masih ramai lagi gadis telah menjadi mangsa Kris selain dirinya termasuk gadis bawah umur. Biarpun Kris menafikan tuduhan itu, beberapa jenama terkenal telah menamatkan kontrak bersamanya.
Semasa siasatan dijalankan, beberapa individu lain muncul dan mengaku pernah menjadi mangsa penderaan seksual melibatkan Kris.
Pada 11 Ogos 2021, The China Press melaporkan seorang wanita Cina yang tinggal di Los Angeles bertemu pihak peguam untuk meminta sokongan undang-undang dan mengaku pernah didera secara seksual oleh Kris beberapa tahun lalu.
Difahamkan, mangsa ketika itu masih belum berusia 18 tahun dan bertemu Kris ketika menghadiri perjumpaan peminatnya di Los Angeles. Gadis itu bertukar ID WeChat dengan Kris dan didakwa didera secara seksual pada pertemuan kali kedua mereka.
Jika disabitkan bersalah, sudah tentu ia bakal ‘menggelapkan’ masa depan kerjaya Kris setelah sekian lama penat dibinanya. Dengan bakat dan rupa yang ada, selebriti ini nampaknya cuba untuk menghancurkan kariernya sendiri.
Untuk pengetahuan, Kris membuat penampilan sulung bersama EXO pada tahun 2012. Namun dia meninggalkan kumpulan itu pada 2014 kerana berhadapan masalah melibatkan kontraknya dengan syarikat label EXO, SM Entertainment. Setelah mendapat persetujuan mahkamah, SM Entertainment dan Kris Wu mencapai penyelesaian di mana kontraknya dengan SM Entertainment masih lagi sah sehingga tahun 2022.
Selepas meninggalkan EXO, Kris mencipta nama kemunculan sebagai penyanyi, pelakon, model dan penerbit di China. Pengaruh yang dimiliki bukanlah calang-calang sehinggakan banyak jenama terkenal ingin menjadikannya sebagai duta mereka.
Ini merupakan kes jenayah kedua melibatkan selebriti K-pop yang menjadi perhatian pada bulan ini selepas kes bekas ahli Big Bang, Seungri.
Dah jadi seperti satu kebiasaan bagi anak muda, bila mereka suka mencari port untuk merakam foto OOTD. Nak muat naik gambar di Instagram mestilah kena style kan?
Pantang nampak tempat baru yang cantik dan best untuk lepak, confirm ramai yang berpusu-pusu datang singgah kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.
Kali ini, Remaja nak kongsi dengan kamu antara lima port best untuk rakam gambar OOTD!
1. Selfie Museum, Kuala Lumpur
Dah nama pun selfie museum, sah-sah la di sini ada banyak port ‘baik’ untuk kamu bergambar. Terletak di Farenheit88 KL, terdapat beberapa buah bilik yang mengikut tema tertentu dan pastinya ia adalah tempat terbaik bagi meluangkan masa dan merakamkan foto kenangan bersama sahabat baik kamu.
2. Kawasan Jerami Padi, Perlis
Jerami padi disusun dan diletakkan di kawasan bendang yang terletak berhampiran Masjid Behor Mentalon, Arau sudah cukup untuk menarik perhatian peminat fotografi untuk mengambil gambar. Keadaannya sama seperti jerami yang ada di Texas, Amerika Syarikat selepas menuai gandum. Tip ringkas dari kami, datang pada waktu petang kerana cahaya matahari akan membantu kamu untuk mendapatkan gambar yang lebih cantic.
3. Jambatan Angkat, Terengganu
Jambatan ikonik Terengganu ini semakin mendapat perhatian masyarakat di seluruh negeri. Reka bentuknya yang cantik dan unik membuatkan siapa sahaja yang melalui di jambatan tersebut akan berhenti dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Terletak di Kuala Terengganu, jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu-Kuala Nerus) sejauh 638 meter.
4. Lorong Jalan Alor, Bukit Bintang
Kalau dahulunya lorong-lorong di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini kelihatan suram dan tidak menarik, sekarang makin ceria malah terdapat hotel butik yang cantik untuk dijadikan sebagai port bergambar. Lukisan mural yang dilukis pada bangunan lama sememangnya satu inisiatif yang perlu dipuji kerana dapat menaikkan semula tempat ini untuk tarikan orang ramai.
5. Pantai ‘Miami’, Seberang Takir
Tidak dinafikan negeri Terengganu banyak terdapat tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Terengganu, berdekatan dengan Jambatan Angkat. Gelaran ‘Miami’ diberikan oleh pengguna media sosial yang melihat keindahan kawasan tersebut menyerupai pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat. Jika dah sampai ke sini, memang tak sahlah kalau tidak bergambar. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Siti Saleha membuat penampilan sulungnya dalam siri Amazon Original dari Malaysia berjudul That Cover Girl.
Siri yang dihasilkan oleh Creative Stew dan turut dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim Ridza.
Buat pengetahuan anda semua, That Cover Girl mengisahkan Sofi Safwan, seorang usahawan berusia lewat 20-an yang memiliki empayar fesyen Muslimnya yang luas dengan bantuan suaminya, Arif yang sangat menyayangi dan menyokong dirinya.
Di saat kerjayanya berada di puncak, muncul pula cabaran yang tak dijangka, dalam perjalanan ke Paris untuk menghadiri Paris Fashion Week, Sofi melakukan satu kesilapan besar yang tak sengaja dirakamkan pada kamera dan boleh menjadi punca kejatuhannya.
Malangnya, wujud seseorang yang tahu akan kisah tersebut dan mengugut Sofi untuk mendedahkannya, bukan sahaja kepada Arif, tetapi kepada 10 juta pengikut Instagramnya.
Timbul syak wasangka bahawa orang yang mengugutnya itu adalah seseorang di dalam syarikatnya, namun Sofi masih tidak mengetahui siapakah gerangan yang menghantar mesej dengan pelbagai ugutan dan ancaman tersebut.
Namun, di saat dirinya ditimpa masalah, Arif, orang yang Sofi sangat percaya untuk berada di sisinya selama-lamanya, meninggalkannya untuk mengejar impiannya sendiri. Tetapi tidak kira apa pun cabaran yang dihadapinya, dengan atau tanpa sebarang sokongan, Sofi berazam untuk melindungi reputasi dan imej jenama empayar perniagaan yang telah berjaya dibinanya.
Kalau korang nak tahu apakah kesudahan kisah kerjaya dan hidup Sofi, jangan lupa untuk saksikan That Cover Girl di Prime Video secara eksklusif mulai 19 Oktober ini.
Untuk strim secara langsung, anda boleh layari laman web mereka di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!