
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa sebak dan penuh kerisauan terhadap keselamatan isterinya, Ardell Aryana, yang kini menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menerusi hantaran di Threads, Adhwa berkongsi keadaan semasa kapal Mikeno, iaitu salah sebuah kapal yang mengetuai flotilla menuju Gaza dan dipercayai membawa beberapa delegasi Malaysia termasuk Ardell.

“Mikeno sedang ke hadapan. Ya Allah jagakan isteriku 🤲🏻❤️ Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juangmu tak pernah aku sangkal,” tulis Adhwa penuh emosi.
Hilang Kontak Selepas Intimidasi Israel
Menurut Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), kapal Mikeno kini gagal dihubungi selepas berlakunya intimidasi oleh tentera Israel di perairan antarabangsa. Situasi ini menimbulkan keresahan besar kerana difahamkan kapal tersebut menjadi antara sasaran awal konvoi flotilla.
Delegasi Malaysia termasuk Ardell Aryana yang menaiki kapal berkenaan masih belum dapat dipastikan status terkini mereka. Hal ini membuatkan ramai ahli keluarga dan rakyat Malaysia gelisah menantikan khabar baik.

Netizen Titip Doa & Kata Semangat
Perkongsian Nadzmi segera mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Rata-rata menitipkan doa agar Ardell serta seluruh aktivis yang terlibat dipelihara keselamatan dan dilindungi sepanjang misi ini. Malah, ramai juga memuji ketabahan Nadzmi yang tetap kuat di sebalik keresahan menunggu berita daripada isterinya.
“Semoga Ardell dan semua delegasi selamat kembali ke tanah air.”
“Air mata jatuh baca doa seorang suami. Semoga Allah jagakan mereka.”
Ardell Tetap Kental Walau Berdepan Cabaran
Sebelum ini, Ardell dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika dalam perjalanan, namun tetap bertegas mahu meneruskan misi bantuan untuk Palestin. Sikap berani dan semangat kentalnya membuatkan ramai remaja menganggap Ardell sebagai inspirasi, kerana berani meletakkan kepentingan kemanusiaan mengatasi kepentingan diri.
Buat masa ini, doa seluruh rakyat Malaysia terus mengiringi Ardell, Nadzmi Adhwa serta semua aktivis flotilla. Semoga mereka dilindungi Allah dan pulang dengan selamat membawa mesej kemanusiaan buat dunia.
SUMBER : Threads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!










