Wujud Kluster Baru, One Utama Catat 63 Kes Positif COVID-19

Share

Seperti yang kita semua sedia maklum, pusat membeli-belah One Utama telah pun ditutup selama 14 hari ekoran terdapat beberapa empat kes positif COVID-19 dikalangan pekerja mereka.

Namun begitu, menurut Malaysiakini, Pegawai Daerah Petaling Johary Anuar memaklumkan setakat jam 12 tengah hari (15 Oktober 2020), terdapat 63 kes positif COVID-19 melibatkan ‘Kluster Kompleks Beli-Belah One Utama’.

59 kes daripadanya melibatkan kes di daerah Petaling Jaya dan empat lagi kes adalah di luar daerah Petaling. Sejumlah 6,000 orang pekerja komples tersebut telah pun disaring dan sehingga kini 16 orang pekerja disahkan positif.

Saringan juga dijalankan dikalangan pekerja keselamatan dan didapati 44 orang pekerja keselamatan disahkan positif jangkitan COVID-19. Manakala, saringan untuk pengunjung One Utama telah bermula pada 14 Oktober 2020 dan seramai 110 orang pengunjung telah disaring.

Kredit foto: Facebook 1 Utama

Saringan terhadap semua pekerja masih akan diteruskan dan pekerja yang positif akan dirawat di hospital serta kontak kepada pekerja positif perlu dikuarantin selama 14 hari dan menjalani saringan susulan sebelum diberi pelepasan.

Khabarnya, pihak pengurusan One Utama perlu memastikan syarikat keselamatan melantik pekerja keselamatan yang baru dan bukannya terdiri daripada kontak rapat kepada kes-kes positif pekerja keselamatan tersebut.

Kredit foto: Facebook 1 Utama
Kredit foto: Facebook 1 Utama

Berikut merupakan pecahan kes bagi Kluster Kompleks Beli-Belah One Utama

1. Pekerja pengurusan kompleks: 1 kes

2. Pekerja kompleks: 15 kes (12 kes daerah Petaling dan 3 kes luar daerah)

3. Pekerja keselamatan: 44 kes

4. Pengunjung: 3 kes (2 kes daerah Petaling dan 1 kes luar daerah)

Uish, ramai juga kes positif di One Utama ni. So guys, buat masa sekarang elakkan dahulu mengunjungi mana-mana pusat membeli-belah atau tempat yang dikunjungi ramai orang awam. Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting.

Sekiranya perlu keluar juga, pastikan ikut SOP yang disarankan dan jangan lupa sentiasa memakai pelitup muka.

Stay home, stay safe!

Sumber: Malaysiakini

IKLAN