Wow, Rupanya Penyanyi Malaysia & Singapura Ini Terlibat Dalam Filem Star Wars Terakhir

Share

Sempena bahagian terakhir saga Skywalker untuk filem Star Wars, dalam diam The Walt Disney Company (Malaysia) telah mencipta projek lagu istimewa yang melibatkan 2 orang penyanyi ini.

Penyanyi rap, SonaOne dan Alif telahpun melancarkan sebuah single yang mengambil inspirasi daripada filem tersebut.

Single berjudul Rise itu mengimbas kembali jalan cerita saga Skywalker. Lirik dan lagunya pula memang dicipta oleh kedua-dua artis tersebut.

“Sejuta tahun pun, kami tak akan terfikir yang genre Hip Hop dan Star Wars akan disatukan sebegini.

“Kami merasa terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan berharap peminat filem Star Wars dapat menikmatinya. RISE!” KATA SonaOne dan Alif.

Cer dengarkan Rise di SPOTIFY dan beritahu kami komen korang mengenainya!

 

IKLAN