
Selepas sekian lama dikenali sebagai pelakon dan model, Ramona Zamzam kini mula mengorak langkah ke dunia keusahawanan apabila menceburi bidang bisnes produk kecantikan khusus untuk wanita menerusi Woots Skin.
Meskipun aktif mengusahakan jenama Woots Skin, Ramona tidak menolak bahawa dunia lakonan tetap dekat di hati dan akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya.
“Ramona akui hati saya masih dalam dunia lakonan, bidang ini adalah cinta sebenar saya. Dalam bisnes pula, saya baru belajar dan banyak lagi yang saya perlu tahu.
“Pada waktu itu, saya memilih untuk lakukan kedua-duanya. Bukan sekarang ini ketepikan lakonan, tapi ada hal yang penting lagi untuk saya dahulukan,” katanya kepada Remaja.
Tambah Ramona, salah satu faktor utamanya memilih untuk menghasilkan produk kecantikan, khususnya make up remover, adalah kerana pengalaman sendiri yang begitu dekat dengan dunia solekan.
“Saya keluarkan produk kecantikan kerana passion saya terhadap make up remover, kerana sebagai seorang model dan pelakon.
“Bahkan sejak zaman saya di Dewi Remaja, ia adalah perkara yang saya sangat passionate dengan make up remover.
“Ini kerana, ketika mula-mula saya berkecimpung dalam industri seni ini, tiada yang beritahu cara-cara untuk menjaga kulit wajah,” jelasnya.
Menurut Ramona lagi, pengalaman dan peningkatan usia turut membentuk kefahamannya terhadap penjagaan wajah dan kesihatan kulit.
“Kini, bila usia dah meningkat dan lebih tahu mengenai produk kecantikan dan kesihatan.
“Buat wanita di luar sana, anda perlu ada make up remover kerana kalau tak menjaga wajah, kulit anda boleh breakout,” ulasnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai motivasinya dalam menceburi bidang perniagaan, Ramona menekankan bahawa semuanya bermula daripada satu perkara iaitu minat yang mendalam.
“Kenapa memilih bisnes, ia kerana passion. Saya percaya apa yang kita buat semuanya hanyalah kerana passion, bukan hanya sebab wang dan trend tapi sebab passion.
“Passion ini disebabkan kerana saya dah alami kulit wajah yang teruk. Bila kita, para wanita, ada masalah sebegitu, secara automatik kita kurang yakin dengan diri,” katanya mengakhiri temu bual.
Melalui Woots Skin, Ramona berharap lebih ramai wanita dapat memahami kepentingan penjagaan kulit sejak awal dan menjadikan rutin membersihkan wajah sebagai amalan harian.
Pengalaman peribadi yang dilaluinya menjadi inspirasi untuk menghasilkan produk yang mampu memenuhi keperluan wanita yang aktif menggunakan solekan, sekali gus membantu mereka menjaga kesihatan kulit dengan lebih baik.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sebagai usaha sama antara Astro dan Karangkraf, Ideaktiv merupakan rumah kepada pelbagai jenama media terkenal termasuk NONA, Mingguan Wanita, Pa&Ma, RASA, Remaja dan Media Hiburan.
Melalui Iklan SeeNI, para usahawan berpeluang mendapatkan pandangan mengenai strategi pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan yang lebih efektif bagi membantu perniagaan berkembang dalam era digital.
Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik yang komited memperkasakan komuniti SME.
CTOS memperkasakan SME melalui pemantapan celik kewangan dan solusi pengurusan kredit pintar bagi membina profil perniagaan yang sihat serta dipercayai. Inisiatif ini membantu usahawan membuat keputusan berpandukan data bagi mengurangkan risiko, sekali gus membuka akses pembiayaan yang lebih luas.
Bagi usahawan yang ingin memperkukuhkan jenama dan memperluaskan rangkaian perniagaan, Iklan SeeNI bakal berlangsung di dua lokasi iaitu pada 14 Julai 2026 di Hotel Sunway Seberang Jaya, Seberang Perai dan 16 Julai 2026 di Hotel Royale Signature, Alor Setar.
Peserta boleh memilih sama ada sesi pagi dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang atau sesi petang dari 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Lebih menarik, 100 pendaftar RSVP terawal akan menerima baucar bernilai RM50, selain peluang menikmati pakej pengiklanan terpilih dengan diskaun sehingga 90%.
Bagi mereka yang mahu mengembangkan perniagaan, peluang mendapatkan ilmu daripada pemain industri dan membina jaringan bersama komuniti usahawan mungkin menjadi langkah kecil yang mampu mencetuskan perubahan besar pada masa hadapan.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://www.ideaktiv.com/rsvp-iklan-seeni/ atau hubungi pasukan Ideaktiv menerusi e-mel advertising@ideaktiv.com untuk maklumat lanjut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.