Insiden Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-94, Will Smith yang berjalan ke pentas sebelum melempang Chris Rock semalam mungkin boleh memberi kesan kepada kemenangannya.
Will Smith menampar rakan pelakon, Chris Rock di Oscars 2022 setelah Chris berjenakan mengenai rupa kepala isteri Will yang dicukur akibat faktor kesihatan.
Ini berikutan kenyataan penganjurnya semalam yang menyelar tindakan Will kerana mendakwa ia telah mencemarkan acara tersebut. Lebih 9,900 ahli Akademi Seni Filem dan Sains ingin mengkaji secara formal insiden itu dan tindakan lanjut yang akan diambil mengikut undang-undang kecil, Piawaian Kelakuan dan Undang-Undang California.
Walaupun penarikan semula trofi kemenangan jarang dilaksanakan, itu tidak bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Mengikut polisi piawaian kelakuan anugerah itu, ia menentang sebarang bentuk penderaan, gangguan dan diskriminasi serta memerlukan ahlinya untuk mengangkat nilai yang menghormati maruah sesama insan, keterangkuman dan menyokong persekitaran yang memupuk kreativiti.
Antara tindakan yang mungkin akan diambil oleh penganjur termasuklah penarikan semula trofi, kehilangan kelayakan untuk dicalonkan pada masa akan datang atau penarikan semula keahlian; seperti yang pernah dilakukan ke atas Harvey Weinstein, Bill Cosby dan Roman Polanski.
Ads
Terdahulu, Chris Rock difahamkan enggan membuat laporan polis di atas serangan fizikal Will; mungkin kerana tidak mahu isu tersebut terus berlarutan.
Manakala semasa menerima trofi di atas lakonan hebatnya dalam filem King Richard, Will dalam keadaan teresak telah membuat permohonan maaf dalam ucapannya kepada akademi dan calon-calon lain dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik kerana telah mencemari acara menerusi tindakan spontannya mempertahankan isteri, Jada Pinkett-Smith.
Ads
Begitupun, Will tidak membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Chris.
Adakah korang rasakan tindakan keras ini wajar diambil ke atas Will Smith?
Will Smith telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock, penerbit, hadirin di Dolby Theater Los Angeles dan penonton di seluruh dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahan-bahan alami yang ada di sekeliling kita sememangnya banyak kegunaannya. Mudah dicari dan paling penting murah untuk dibeli jika tidak rajin menanamnya.
Korang pernah alami masalah keguguran rambut tak? Kadang rimaskan sebab rambut berterabur di sana sini. Ada satu ketika kita sendiri rasa geli untuk mengemasnya. Hah, bagi korang yang ada masalah rambut gugur ini, boleh saja gunakan petua dikongsi oleh Founder Suzy Honey Internasional ini di fbnya atas nama Suzy Honey mengenai petua atasi rambut gugur.
Banyak perkongsiannya dari beliau mengenai khasiat herba dan tumbuhan di hutan
Baca perkongsianya yang telah mendapat ribuan syer mengenai keadah senang atasi rambut gugur nie.
Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.
Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor, masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.
Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.
Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.
Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur. Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :
4 ke 5 biji limau purut dipotong
1 gelas santan kelapa yang asli diperah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.
Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan ke dalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku .
Sila rujuk pada gambar di bawah ini untuk stepnya.
Buah limau purut dipotong. Langkah 1Masukkan buah limau purtut ke dalam pati santan. Blender sehingga lumat. Langkah 2Masukkan ke dalam bekas ais kiub, rata-ratakan dan kemudian bekukan di dalam peti ais. Langkah 3Inilah hasilnya. Ambil seketul seketul dan gosok pada kepala. Bukan saja boleh atasi rambut gugur tapi masalah rambut berbau hapak
Cara untuk rawatan, diambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.
SuzyHoney
Cantik Sihat cara natural.
Sumber : FB SUZY HONEY
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah puas berteka-teki mengenai pelancaran telefon pintar terbarunya, hari ini HUAWEI akan melancarkan model telefon HUAWEI nova 2i di Flagship Store mereka yang terletak di Pavilion Elite Kuala Lumpur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila 100 pembeli terawal di sana hari ini bakal menerima hadiah menarik dari HUAWEI bernilai RM898 – we kid you not! Tetapi kita sentuh dahulu mengenai spesifikasi telefon pintar ini ya.
Seperti yang ramai tahu, HUAWEI adalah antara jenama yang menawarkan telefon pintar dengan kamera hadapan dan belakang yang sangat tajam dan berkualiti. Tak hairanlah apabila ramai penggila selfie yang telah bertukar citarasa daripada jenama lain kepada HUAWEI.
Buat julung kalinya melalui nova 2i, HUAWEI menawarkan quad-lenses iaitu camera kembar di bahagian hadapan dan belakang telefon. Kamera hadapannya mempunyai lensa sejelas 13 megapixel +2 megapixel dan menawarkan teknologi 3D facial dan beauty effects ketika korang mengambil selfie.
Sementara itu, kamera belakangnya pula menggabungkan lensa 16 megapixel dan 2 megapixel agar korang boleh menghasilkan efek bokeh dengan mudah sekali.
Seriously, korang tak perlu pun mengubah apa-apa pada gambar yang ditangkap dengan editing apps. Hannah Delisha yang merupakan duta pada HUAWEI nova series juga mengakui kehebatan model telefon ini.
“HUAWEI nova 2i memang adalah telefon yang saya rasakan paling sesuai dengan diri saya yang sering mengambil gambar di mana-mana saja. Di set penggambaran ke, di event dan semasa bersama keluarga serta kawan-kawan.
“Kadangkala dalam keadaan gelap, susah untuk saya ambil gambar. Tapi itu tak lagi menjadi masalah dengan adanya model telefon pintar ini,” kata Hannah yang turut akan berada di Pavilion Elite pada hari ini sempena pelancaran tersebut.
Hadiah Istimewa Menanti Pembeli nova 2i
Selain daripada fungsi kamera yang menarik, HUAWE1 nova 2i juga menggabungkan HUAWEI Histen iaitu set bunyi yang memberikan impak seperti 3D stereo. Jangka hayat baterinya juga tidak mengecewakan pada kadar 3349 mAh. Ia mampu bertahan untuk penggunaan biasa sehingga 2 hari berturut-turut.
Tak adalah korang tercari-cari nak pau powerbank siapa lagi selepas ini. Oops!
Istimewa sempena pelancarannya hari ini, 100 pembeli terawal akan meneria goodies bernilai RM898. Di dalam setiap goodies bag korang akan terdapat seutas smart band (399) dan sebuah gift box nova 2i (RM499). Di dalam kotak tersebut, terdapat sebatang selfie sick, satu headphone dan satu ring holder untuk telefon pintar baru korang.
Weh, aku pun nak!
HUAWEI nova 2i didatangkan dalam warna Graphite Black, Prestige Gold dan Aurora Blue. Tawaran hadiah tersebut bergantung kepada jumlah stok yang ada pada hari ini. So apa lagi, pergi serang Pavilion Elite sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, pelakon dan juga aktivis politik ini merupakan seorang figura hebat dunia dalam dunia seni hiburan di Malaysia.
Imbas kembali, Anne sangat popular ketika kecil sebagai seorang pelakon iklan sebelum menjadi pelakon kanaka-kanak dan namanya mekar menerusi drama bersiri popular antaranya seperti seperti Cili Padi.
Menceburkan diri sejak kecil lagi, bakatnya terserlah dan boleh dikatakan ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.
Ibu bapa Anne, Ngasri Sain dan Habibah Jaaffar bukanlah asing dalam dunia penyiaran lantaran mereka antara figura hebat suatu ketika dahulu di RTM sebagai penyampai.
Baru-baru ini, belau yang juga isteri kepada Datuk Sumali Reduan telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram mengenai sambutan hari jadi ibunya. Dalam hantaran tersebut dapat dilihat Anne tersenyum manja di samping ibu tersayang.
“Alhamdulilah dengan izin Allah SWT sekali lagi tahun ini saya dapat meraikan ulang tahun Mama saya. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa kedua ibubapa saya, berikan beliau kesihatan yg baik juga dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
“Love you Mama. Terima kasih atas segala budi dan jasa yang mama telah lakukan buat Anne,” tulisnya panjang.
Menarik perhatian, penampilan ibu Anne yang sangat anggun saling tak tumpah seperti anak perempuannya. Ya lah, dari ibu turun ke anak. Dalam usia emas, bekas personaliti radio itu masih lagi kelihatan menawan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.