Program realiti popular Maskulin: Who’s Your Bro dan komuniti tular, Challo Run, telah berganding tenaga untuk menganjurkan acara larian sempena KL Car Free Day yang berlangsung di ibu kota, semalam.
Acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui aktiviti yang menyemarakkan semangat kecergasan.
Acara larian yang penuh keterujaan ini menawarkan dua kategori larian iaitu 3KM dan 5KM. Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian berpeluang menebus sarapan percuma. Ini menjadikan pengalaman larian lebih bermakna, selain membuka peluang untuk peserta bertemu dengan finalis Maskulin: Who’s Your Bro serta team Challo Run.
Sebanyak 100 baucar sarapan percuma telah diagihkan, diikuti dengan cabutan bertuah dan pengedaran cenderahati eksklusif kepada para peserta.
Ads
Antara yang hadir memeriahkan acara adalah 8 finalis dari Maskulin: Who’s Your Bro, iaitu Saddam Pittli, Irwan Kamaruddin, Hakimi Noordin, Asyraf, Ikmal Amry, Faidzal Ali, Syafiq, dan Dr. Shazif.
Mereka bukan sahaja menyertai acara ini, tetapi juga berperanan sebagai inspirasi dalam menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan gaya hidup aktif. Acara ini turut diserikan dengan penampilan selebriti terkenal seperti Aedy Ashraf, Ezrrin Loy, Imran Aqil, Nik Rafaie, dan Safwan Nazri, menjadikan suasana lebih meriah.
Ads
Rakan kolaborasi acara ini, Blanco dan Miss Claire, turut menyumbang kepada kejayaan acara dengan memberikan barangan eksklusif. Kolaborasi antara Maskulin: Who’s Your Bro dan Challo Run membawa misi besar untuk mempromosikan kesihatan dan kecergasan dalam kalangan masyarakat.
Dengan pengaruh yang semakin meluas, Challo Run berjaya mengangkat pentingnya aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, sementara Maskulin terus kekal sebagai jenama yang bukan sahaja menghibur, tetapi juga mendidik serta memupuk semangat solidariti di kalangan rakyat Malaysia.
Ads
Sekadar info, Maskulin: Who’s Your Bro, yang bertujuan untuk mentakrifkan semula konsep maskuliniti, turut mengetengahkan tema persaudaraan yang kukuh, ketahanan emosi, dan daya saing yang sihat.
Setiap episod program ini memaparkan cabaran yang mendalam, penuh emosi dan kerjasama, menjadikan ia lebih daripada sekadar hiburan. Program ini memberi mementingkan keberanian, solidariti, dan keupayaan manusia untuk terus maju, serta membuka mata penonton tentang apa yang dimaksudkan dengan persaudaraan sejati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petang tadi, jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia muncul juara dalam Kejohanan Badminton Asia 2022. Beliau menewaskan pemain dari negara jiran, Jonatan Christie dalam aturan straight set 21-17, 23-21.
Perlawanan yang mengambil masa selama 45 minit itu berlangsung di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila, Filipina. Kemenangan anak kelahiran Kedah ini merupakan kali pertama dia menjadi juara kejohanan individu sejak memenangi All-england 2021.
Reaksi pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia selepas muncul juara Kejohanan Badminton Asia dengan menewaskan Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 23-21 pada aksi final di Manila, Filipina petang ini.
“Kemenangan ini sangat bermakna kepada saya selepas saya bergelar pemain profesional. Ini merupakan satu permulaan kepada permulaan perjalanan kerjaya profesional saya harapkan akan mendapat lebih pada masa akan datang. Seperti yang saya katakan, target saya tahun ini untuk menstabilkan persembahan saya dan saya harap saya mampu mengekalkannya,” kongsinya dalam sidang media.
Bila ditanya mengenai persaingannya di peringkat akhir bersama Jonatan, Zii Jia berkongsi, “Dia merupakan seorang lawan yang sukar. Strategi utama hari ini adalah fokus. Jonatan sudah bermain dengan bagus beberapa bulan kebelakangan ini dan saya berkerja keras untuk berlawan menentangnya. Saya sangat gembira kerana berjaya memenangi perlawan hari ini.”
Walaupun baru memenangi Kejohanan Terbuka Asia, langkah jejaka berusia 24 tahun ini diteruskan lagi ke pertandingan seterusnya. “Selepas ini saya akan ke Thailand untuk Piala Thomas dan Kejohanan Terbuka Thailand. Harapnya saya boleh berehat penuh selama beberapa hari dan berasa segar untuk perlawanan yang seterusnya,” ujarnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat traveller yang sudah rindu nak ke Indonesia, negara jiran kita telah memansuhkan keperluan kuarantin bagi semua penggembara yang tiba di negara itu. Menteri Pelancongan Indonesia, Sandiaga Uno mengumumkan perkara tersebut sebagai sebahagian kelonggaran daripada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Indonesia.
Keputusan tersebut akan berkuatkuasa serta merta dan keputusan itu juga dibuat susulan tiada keperluan kuarantin dilaksanakan bulan ini terhadap mereka yang telah divaksinasi di Kepulauan Bali, Batam dan Bintan.
Walau bagaimanapun, dengan pemansuhan itu ujian saringan masih perlu dilakukan. Langkah sama diumumkan oleh negara serantau seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja baru-baru ini. Sandiaga turut memaklumkan perincian lanjut terbaharu itu akan diterbitkan dan pada masa yang sama pihaknya optimis sasaran 1.8 juta hingga 3.6 juta pelancong tahun ini akan tercapai.
Wah, mesti ramai yang dah tak sabar nak ke sana kan, lebih-lebih lagi pintu sempadan negara akan dibuka pada 1 April ini. Apa-apa pun SOP tetap perlu diikuti kerana kita masih belum bebas dari virus COVID-19 ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasanya apabila kita menginap di hotel, segala kemudahan bilik telah disediakan oleh pihak mereka dan kita sebagai tetamu hanya perlu berehat setelah tiba di bilik.
Namun, berlainan pula dengan apa yang ditawarkan oleh Resorts World Hotel Genting Highland ini kerana terdapat satu pakej yang mana pelanggan dikehendaki untuk mengemas sendiri bilik mereka dan akan diberikan diskaun pembayaran.
Menerusi pakej F.W.H iaitu ‘Fix your own bed, Waived early check-in fee dan Hygienic stays’, pelanggan akan menerima kit kemudahan peralatan tempat tidur untuk mengemas katil. Dengan cara itu, korang berpeluang menginap di hotel ini pada kadar lebih murah.
1. Pengesahan pakej adalah tertakluk pada ketersediaan bilik.
2. Kadar lazim harian akan dikenakan untuk permintaan menukar ke bilik berhias biasa.
3. RM60 akan dikenakan untuk permintaan mengemas katil.
4. Tawaran ini hanya sah untuk menginap pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
5. Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika pakej dibatalkan atau tidak digunakan.
6. Pihak pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah syarat ini atau menarik balik pakej pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, jangan risau kerana tahap pemeriksaan kebersihatan masih lagi dibuat, bezanya korang hanya perlu mengemas dahulu bilik sebelum menginap dengan selesa. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember ini.
Ha, macam mana? Sanggup ke korang kemas bilik sendiri untuk dapatkan harga bilik yang lebih murah?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.