
Bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac. Stesen televisyen berbayar, Astro, akan membuka semua saluran filemnya secara percuma kepada pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Menurut Astro Awani, pelanggan boleh mengekses semua saluran filem tersebut bermula 6 pagi esok sehingga 31 Mac ini.
Korang juga boleh menikmati musim baru Westworld di HBO, filem blokbuster seperti Avengers: End Game di FOX Movies, Parasite di tvN Movies dan banyak lagi!

Saluran filem yang dibuka adalah BOO, HBO, Cinemax, FOX Movies, FOX Family Movies, FOX Action Movies, tvN Movies, Celestial Movies, Astro Citra, Tayangan Hebat, Thangathirai, BollyOne, HITS Movies dan Celestial Classic Movies.
Kalau diluar pun tiada masalah kerana korang boleh je strim program atau filem kegemaran anda di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang atau layari astrogo.astro.com.my

Pelanggan NJOI juga akan mendapat akses percuma kepada dua saluran tambahan iaitu KIX dan Nat Geo WILD.
Semua saluran percuma akan berakhir pada Selasa, 31 Mac 2020. pada jam 11.59 malam.
Untuk lebih informasi mengenai akses percuma ini, layari www.astro.com.my
Wow, so tak ada masalah la duduk rumah tengok movies 24 jam kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Terkorban Turun Dari Cameron Highland! 5 Tip Bila Kereta Bertembung Kenderaan Berat

Sejak menularnya pandemik Covid-19 pada penghujung Disember tahun lalu dan Malaysia menutup pintu masuk dan keluar negara. Rata-rata dari kita mengambil keputusan untuk bercuti dalam negara.
Dan salah satu destinasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron Highland yang sejuk dan mendamaikan.

Namun, jangan rosakkan percutian korang dengan insiden nyawa. Semalam 7 orang maut dalam kemalangan turun daripada Cameron Highlands apabila kenderaan Perodua Alza bertembung dengan sebuah treler petang semalam.
Menurut laporaan Astro Awani, Perodua Alza itu dipercayai dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands untuk pulang ke Kedah.
“Bagaimanapun kenderaan yang dinaiki mereka telah terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah treler yang dalam perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
*
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, semua mereka berasal dari Kampung Badlishah Mukim Terap Serdang, Kedah.
“Kita percaya treler itu cuba elak ke kiri tetapi tetap berlanggar dengan kenderaan mangsa,”
“Dalam kejadian itu, mangsa yang maut adalah dua lelaki dewasa, wanita dewasa (dua), wanita warga emas (seorang) kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing seorang.
“Tiga lagi mangsa yang parah iaitu dua kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
So, hari ini Remaja nak share sedikit tips keselamatan sewaktu berada berhampiran dengan kenderaan berat seperti treler kontena yang besar itu.
1. Blind Spot

Bahagian paling bahaya ialah bahagian sisi kiri dan kanan kepala treler di belakang kedudukan pemandu. Ia merupakan zon paling bahaya dan boleh dikatakan langsung tidak dapat dilihat oleh pemandu treler.
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
2. Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
3. Letupan Tayar Treler

Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
4. Serpihan Tayar Treler

Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
5. Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Allahu, Remaja 13 Tahun Bersihkan Bayi Perempuan Yang Dilahirkan, Rupanya…

Pening memikirkan sikap dan ragam anak remaja hari ini. Walaupun bukan semua ibu berdepan masalah sama, tidak bermakna mereka terlepas daripada dugaan mendidik anak pada usia persekolahan dan remaja.

Berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini sangat mengejutkan masyarakat apabila seorang ibu mendapati anak remajanya yang berusia 13 tahun melahirkan cucu buat dirinya hasil ‘kerja’ anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.
Hal ini berlaku apabila wanita ini terjaga daripada tidur sekitar jam 3 pagi sebelum mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.
Ekoran kejadian berkenaan, wanita itu membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol sepupunya yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Mungkin rakan sebayanya sedang seronok mengenali dunia, remaja ini dah bergelar ibu di usia terlalu muda ini. Hmm…besarnya dugaan.
Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tembak Mereka Sehingga Mati,” Presiden Filipina Beri Amaran Penduduk Yang Ingkar Perintah Berkurung

Dalam kita sedang melawan penularan wabak COVID-19, nampaknya Presiden Filipina juga mengambil langkah Kerajaan Korea Utara apabila meminta pihak berkuasa menembak rakyat yang melanggar perintah kuarantin.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran tegas kepada individu yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh perintah berkurung boleh ditembak kerana menimbulkan kekacauan.

Katanya, amat penting untuk setiap rakyat memberi kerjasama dan patuh kepada arahan kuarantin kerana ia satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.
Dengan keadaan yang semakin meruncingkan ini, penduduk perlu mematuhi arahan yang diberikan kerajaan. Tambahnya, perbuatan sedemikian adalah jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan

“Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa anda, tembak mereka sehingga mati.
“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas media melaporkan beberapa kes kekacauan dan tangkapan semalam di kawasan penempatan masyarakat miskin di Manila yang tidak berpuas hati dengan bantuan makanan yang disalurkan oleh kerajaan.

Selain itu, kenyataan Duterte itu bagi melindungi petugas hospital yang didakwa berdepan penderaan fizikal dan diskriminasi ketika menjalankan tugas.
Terdahulu, rakyatnya yang ingkar dengan perintah yang dikeluarkan kerajaan dikunci dalam sangkar anjing yang sempit malah ada juga yang dijemur di tengah panas, menurut laporan PhilStar.
Seorang pegawai bertindak mengunci 5 individu termasuk 2 kanak-kanak dalam sangkar anjing di bandar Santa Cruz, selatan Manila. Ketua polis daerah pentadbiran setempat juga telah mengancam untuk menembak dan meninggalkan mayat mereka terkunci di dalam sangkar anjing.

Bagaimanapun tindakan agak ‘kejam’ ini menerima kecaman daripada Human Rights Watch dan menghantar bantahan rasmi agar para pegawai menghormati hak mereka yang ditangkap kerana tidak mematuhi arahan perintah sekatan pergerakan ini.
Sebelum ini, sejumlah penduduk di kawasan setinggan di Manila mengadakan bantahan kerana tidak mendapat bantuan makanan yang mencukupi daripada kerajaan. Beberapa kejadian kekecohan juga dilaporkan. Petugas kesihatan Filipina juga berdepan dengan penderaan fizikal dan diskriminasi.
Setakat semalam Filipina merekodkan 2,311 kes jangkitan Covid-19 dengan 96 kematian.
Mungkin kerajaan Filipina pun dah tak tahan kot dengan perangai rakyat yang tidak mahu patuh arahan. Ha ini makannya.
Sumber: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

