
Wayang Remaja sekali lagi ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana filem seram ‘The Invisible Man’ pada 27 Februari 2020. Bertempat di MBO Atria, kami nak berikan korang sepasang tiket percuma untuk menjadi antara orang pertama yang menonton.

.
The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia Kass yang menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu.

.
Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat.

.
Filem arahan Leigh Whannell ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 5 Mac 2020. Tapi kalau korang nak menontonnya terlebih dahulu, jawab sahaja soalan mudah dibawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
As’ad Motawh, Sarah Hildebrand & Artis Lain Sanggup Masukkan Tangan Dalam Kotak Lipas..Tapi Dah Kenapa?

Membeli belah sambil beramal dengan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge pada tahun ini.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.
Penampilan Istimewa Selebriti Popular
Festival membeli-belah Shopee 11.11 kembali lagi pada tahun ini dengan aktiviti yang lebih meriah dan bermakna. Penampilan istimewa dari selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.

Siaran Langsung Secara Live
Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda.

Sokong bintang-bintang pujaan korang dengan kata-kata semangat untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran 121).
Boleh Derma RM5
Kempen 11.11 Big Sale Terbesar Shopee memberikan penjimatan sehingga 90%… Jadi, bolehlah dermakan wang yang jimat kepada MAKNA.
Korang juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan. Mudah je untuk menderma dari serendah RM5 hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemakna.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11 Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November. Kempen beli-belah ini kembali dengan promosi tanpa tandingan dan menawarkan lebih banyak cara untuk membeli-belah dalam talian tanpa mengeringkan poket anda:
- Penghantaran percuma ke seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM11
- Pulangan tunai harian sehingga 111%
- Beli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1
- Tuntut baucar menarik sekarang untuk digunakan pada 11 November dari 12 pagi hingga 2 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 8 malam hingga 12 pagi.
- Jualan Kilat Harian Shocking Sale sebanyak 9 kali pada 11 November dengan tawaran serendah RM1.
- Menangi ganjaran, baucar dan Shopee Coins dengan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Shopee Quiz, Shopee Lucky Egg, Voucher Together-Gether, dan gunakan kemenangan itu untuk mengurangkan kos pembelian seterusnya.
Sambil kita bergembira merebut pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang 11.11 Big Sale ini, janganlah kita lupa untuk membantu mereka yang memerlukannya.
10 pemenang memenangi sepasang tiket ke acara #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertahan Setakat 10 Hari, Alam Persekolahan Dilupakan Qistina Raisah Demi Jadi Pelakon Remaja

Tidak semua kanak-kanak yang perlu bekerja sejak di bangku sekolah dan memahami erti pergorbanan demi mencari sesuap nasi.
Justeru apabila pelakon remaja yang kian meningkat naik, Qistina Raisah mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon cilik, ramai netizen tampil mencemuh secara pra-matang tanpa benar-benar mengetahui kisah sebenar.
Kata pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri ini, dia pernah cuba untuk ke sekolah sama seperti rakan sebayanya sewaktu di darjah satu; namun ia hanya bertahan selama 10 hari sahaja memandangkan perlu kerap ‘ponteng sekolah’ untuk memenuhi kehendak jadual penggambaran.

“Saya belajar dari rumah sejak usia tujuh tahun. Jadi saya tidak merasai keseronokan bersama rakan sekolah.
“Saya memilih kaedah pembelajaran di rumah ini pun kerana pernah dibuang sekolah sebab kerap ponteng.
“Saya pernah bercadang masuk (semula ke) sekolah pada usia 12 tahun untuk mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi terpaksa melupakannya disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Pada masa yang sama, saya pernah dapat job berlakon di Itali.. tetapi cikgu ingat saya pergi bercuti. Jadi saya kena buang sekolah terus,” ujar gadis berusia 25 tahun ini sebelum menyambung, “Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja. Saya pun belajar bahasa Mandarin dan bermain gitar.”
Belajar Secara Fleksibel
Tidak menafikan soal pelajaran itu penting, namun Qistina percaya keseimbangan antara pelajaran dan pekerjaan yang telah dilakukan olehnya sejak usia tujuh tahun lebih berkesan untuknya.
“Saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jadi saya bersyukur. Sebab ada orang belajar tinggi pun sukar nak berjaya. Jadi saya redha apabila saya boleh bina kerjaya dalam bidang seni ini,” ulasnya.
Begitupun, sama seperti kebanyakan selebriti cilik lain, jiwa Qistina juga pernah terdetik rasa teringin untuk berkawan seperti pelajar lain di sekolah. Cuma apabila usia sudah menginjak remaja, Qistina melalui fasa di mana dia sudah boleh menghargai perhubungannya dengan ibu sendiri yang sudah dianggap sebagai rakan karibnya berbanding terkilan kerana kurang mempunyai rakan-rakan sebaya.

Terdahulu, REMAJA menemui Qistina sewaktu sidang media filem bergenre seram, Rahsia yang bakal menemui pawagam pada 10 Ogos 2023.
Selain Qistina, filem yang diinspirasikan daripada Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-7 dengan judul yang sama ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ihsan Foto: Astro Shaw
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingatkan Nak Tolong Ganti Tayar, Tapi Remaja Ini Jadi Mangsa Cabul Pula Di LATAR

Nampak sangat kita tak boleh percayakan sesiapa pun pada zaman sekarang.
Niat seorang remaja yang hanya ingin meminta bantuan bagi menukar tayar keretanya yang telah pancit.
Namun dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), lain pula jadinya!
Menerusi temuramah di antara seorang remaja perempuan dan rakan media di Awani, dia menceritakan bagaimana dirinya menjadi mangsa cabul seorang lelaki, semalam.
Remaja berusia 20 tahun itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Rawang menuju Glenmarie, Shah Alam untuk memulakan kerja di hari pertamanya.
Namun malangnya, tayar kereta pancit dan dia terpaksa hentikan kenderaan di bahu jalan pada jam 7 pagi.
Tak lama kemudian, seorang penunggang motosikal lelaki dalam lingkungan 30-an hadir untuk tawarkan bantuan menukar tayar kereta.
Mungkin kerana wajah lelaki itu kelihatan ikhlas untuk membantu. Jadi tanpa ragu-ragu dia menerima pelawaan lelaki tersebut.

“Ketika menukar tayar, terdapat satu skru yang sukar dibuka. Lelaki itu menyuruh saya hubungi pasukan peronda dan dia minta untuk tumpang duduk dalam kereta kerana cuaca panas di luar ketika menunggu.
“Saya benarkan. Tapi semasa saya nak berdiri di luar, tiba-tiba lelaki itu menarik tangan untuk masuk ke dalam kereta dan menguncinya,” katanya ketika dihubungi.
Dalam situasi seperti ini, sesiapa pun akan cepat panik tambahan lagi korang berada di tengah lebuh raya. Namun, gadis tersebut tak menunjukkannya kerana bimbang lelaki berkenaan akan bertindak lebih ganas.
“Saya pura-pura cool dan sibuk dengan telefon. Tangan lelaki itu merayap ke paha dan saya tepis, namun tidak dapat melawan. Syukur tak lama kemudian pasukan peronda tiba,” katanya.
Walaupun dia cuba memaklumkan kepada petugas peronda lebuhraya mengenai kejadian berkenaan, namun lelaki itu menghalangnya beberapa kali. Sebaik tayar ditukar dan petugas beredar, lelaki itu masih kekal di situ!
“Saya segera masuk ke dalam kereta tapi lelaki itu masuk sekali. Dia bertindak lebih ganas dan cuba mencium saya malah membuka butang baju kemeja saya di bahagian atas. Ketika itu saya menjerit sekuat hati menyuruh dia keluar.
“Apabila saya jerit begitu, lelaki itu terus berhenti tetapi minta dicium jika mahu dia keluar, saya bertambah marah dan sekali lagi menjerit ke arahnya sebelum dia keluar,” ceritanya lagi. Nasib baiklah dia nak beredar dan tak berkelakuan maniac. Kalau tak…
Remaja itu kemudian bergegas ke balai polis Sungai Buloh untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut
Menurut Awani, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
“Polis sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai polis berhampiran,” kata beliau ketika dihubungi.
To girls (and guys), ingat lagi kan pesanan mak-mak semasa kita kecil. Elakkan ke mana-mana seorang diri dan jika berdepan dengan orang asing, jangan mempercayai mereka seratus peratus. Klise, yes, tetapi benar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

