Jika sebelum ini siri kartun The Addams Family telah difilemkan dengan menggunakan karakter yang dimainkan oleh manusia, kini animasi legend ini sekali lagi bakal diterbitkan di dalam filem tetapi bergenre animasi.
Filem yang dialih suara oleh barisan pelakon seperti Oscar Isaac, Charlize Theron, Chloë Grace Moretz, Finn Wolfhard, Nick Kroll, Bette Midler, Allison Janney berkisarkan tentang sebuah keluarga yang sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan saudara mereka secara besar-besaran tetapi dalam pada masa yang sama, mereka perlu berhadapan dengan seorang hos realiti TV yang tamak.
Ads
Magraux Needler, personaliti TV yang menyedari bahawa keluarga Addams telah menganggu rancangannya untuk menjual kesemua rumah dikawasan rumah agam keluarga tersebut.
Adakah rancangan jahat personaliti tersebut berjaya? Korang kena tonton kesudahannya di dalam filem ini yang bakal ditayangkan pada 31 Oktober 2019.
Ads
Ads
Tapi, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton The Addams Family dengan memberikan sepasang tiket wayang percuma pada tayangan perdana bersama Wayang Remaja.
Pelakon berbakat besar, Hafidz Roshdi yang sebelum ini menjadi bualan hangat warganet apabila terpalit dengan isu curang dan polemik rumah tangga bersama Nurul Shuhada.
Baru-baru ini, bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menzahirkan kesyukuran buat pihak media atas penerbitan artikel mengenai kerjayanya dalam industri seni tempatan.
Selain itu, Hafidz turut mengakui kata-kata semangat yang dititipkan penerbit terkenal tanah air, Tuan Jaja Ishak buat dirinya adalah sebagai usaha untuk memperbaiki diri dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Hafidz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya di dalam industri. Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Tuan Jaja Ishak.
“Seorang Penerbit yang saya hormati dan segani. Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.
“Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian,” coretnya pada hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya kini bersedia untuk kembali berkhidmat sebagai seorang pelakon demi menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan bapa selain untuk mencari rezeki yang halal.
“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar.
“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima Hafidz, dengan rendah diri Hafidz dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.
“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan Hafidz terus menerima rezeki yang halal,” ujarnya lagi.
Dalam kesempatan itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada orang ramai atas salah silapnya selama ini.
Dia juga berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini selain memaklumkan isu peribadi membabitkan dirinya itu akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.
“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz.
“Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan Syahreza atau lebih dikenal Afgan baru-baru ini melancarkan kolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Jessi dalam single terbaru yang berjudul Escape.
Pengumuman ini dikongsi oleh Afgan melalui Instagram pada Khamis, dan hal ini mengejutkan para peminat kedua penyanyi itu.
Kata Afgan melalui posting yang sama, “Akhirnya! Escape akan dilancarkan pada 21 Jun ini @jessicah_o”.
Kerjasama di antara Afgan dan Jessi merupakan kolaborasi pertama mereka dan gabungan gaya muzik unik keduanya dinanti dan bakal menyatukan peminat-peminat mereka.
Afgan yang terkenal dengan vokal merdu dan kepelbagaian muziknya, sekali lagi menunjukkan kebolehan dirinya sebagai seorang pemuzik yang serba boleh.
Sebelumnya, Afgan telah bekerjasama dengan Jackson Wang bekas anggota GOT7, menunjukkan kemampuannya untuk berkongsi pentas dengan artis antarabangsa. Kali ini, keputusannya untuk bekerjasama dengan Jessi, yang terkenal dengan gaya rap dan karisma di atas pentas, menegaskan komitmennya untuk meneroka genre muzik baru.
Menurut Jessi pula, kolaborasi ini merupakan peluang besar untuk memperluaskan pengaruhnya dalam seni muzik secara global. Antusiasme peminat-peminat terhadap Escape amat tinggi, dan ramai menantikan kerjasama yang menakjubkan ini.
Kolaborasi ini bukan sahaja membuktikan muzik merayakan kepelbagaian budaya, tetapi juga menunjukkan muzik adalah bahasa serantau yang universal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi jelitaArrora Salwa menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya menggunakan ilmu hitam sepanjang bertarung dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Menurut penyanyi lagu Ahmad itu, tuduhan tersebut tidak berasas dan dia lebih mengutamakan amalan agama untuk melindungi diri daripada ilmu hitam.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Arrora menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah menggunakan apa-apa bentuk sihir, termasuk yang dikaitkan dengan nama ‘Mak Esah’.
Sebaliknya, Arrora berkongsi bahawa dia mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung.
“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘Mak Esah’. Tak perlu pakai, ayat al-Quran lebih senang. Saya nak beritahu, amalkan surah al-Baqarah ayat satu sehingga lima dan ayat Kursi.
“Tiga surah al-Baqarah yang terakhir pun hafal, insya-Allah orang nak buat apa-apa dekat kita, benda tak baik akan berbalik kepada dia,” katanya.
Dalam usaha untuk membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, penyanyi berusia 39 tahun itu turut menunjukkan bahawa dia boleh berjalan melepasi ampaian baju tanpa sebarang masalah, sambil mengulas lebih lanjut mengenai mitos yang mengaitkan ‘Mak Esah’ dengan pantang larang tersebut.
“Lagi satu orang kata, kalau pakai ‘Mak Esah’ tak boleh lalu bawah ampaian. Ini sahaja ampaian yang saya ada jadi saya nak langkah.
“Tak ada pun Mak Esah, elok lagi. Alhamdulillah,” ujar Arrora sambil ketawa.
Selain itu, Arrora juga sempat berseloroh mengenai nama ‘Mak Esah’ yang sering dikaitkan dengan isu ini. Menurutnya, nama tersebut kini menjadi bahan jenaka netizen dan beliau menyarankan agar nama itu ditukar kepada ‘Mak Salwa’.
“Kasihan ‘Mak Esah’, nama dia dipergunakan netizen, tak baik tau. Tukarlah Mak Salwa pula,” seloroh Arrora.
Tuduhan bahawa Arrora menggunakan ilmu hitam timbul selepas ada pihak yang mendakwa beliau menggunakan strategi tersebut untuk memenangi pertandingan GV11.
Namun, Arrora menegaskan dia tetap mengutamakan amalan agama dan tidak bergantung kepada cara yang tidak sah dalam perjuangan karier seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Arrora Salwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!