
Tak semestinya perkara yang tak nampak di mata kasar itu tidak bermakna ia tidak wujud!
Di arus kemodenan ini, kadnag-kadang kita selalu lupa bahawa terdapat makhluk lain yang turut wujud bersama-sama dengan kita. Cuma tak nampak di mata kasar sahaja.
Dan sebab itu juga, manusia suka untuk menidakkan sesuatu yang kita tidak nampak dan mengatakan ia tidak wujud.
Filem Thailand, Nakee 2 bersangkut-paut dengan perkara ini apabila satu demi satu pembunuhan terjadi di sebuah perkampungan kecil di utara negara tersebut yang menerima kehadiran detektif baru.

Ketika memulakan penyiasatan, dia berdepan dengan pelbagai perkara pelik membuatkan orang kampung tersebut mengatakan bahawa makhluk mistik, Nakee sudah mengganas kembali dan dialah yang membunuh orang kampung.

Namun, tidak percaya dengan apa yang didengarinya hinggalah dia melihat sendiri makhluk purba tersebut.
Dalam pada itu, muncul pula watak Soi yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan makhluk mistik tersebut dan boleh membantu mengawalnya.

Namun, persoalan, benarkan Nakee yang bertanggungjawab dengan semua pembunuhan itu dan adakah Soi boleh membantu?
Diarahkan oleh Pongpat Wachirabunjong, Nakee 2 turut dibintangi para pelakon handalan seperti Urassaya Sperbund, Nadech Kugimiya, Natapohn Tameeruks dan Phupoom Pongpanu.
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Nakee 2 bersama kami denagn hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.
Menangi Tiket Tayangan Perdana Remaja X Nakee 2
Tarikh: 16 Julai
Masa: 8.45 PM
Tempat: TGV, One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Naomi Osaka ‘Boikot’ Media, Tarik Diri Daripada French Open Selepas Disaman

Pada Isnin 31 Mei 2021, Naomi Osaka, seorang pemain tennis dari negara Jepun telah menarik diri secara rasmi daripada French Open untuk lebih fokus kepada kesihatan mentalnya.
Kenyataan itu dilakukan oleh Naomi sendiri setelah beliau memuatnaik sebuah posting di laman Instagram miliknya dan mengatakan sebab kenapa beliau ingin menarik diri daripada pertandingan ini. Atlet berusia 23 tahun ini telah disaman sebanyak $15,000 hanya kerana enggan menjawab soalan ketika sidang media selepas kemenangan beliau pada hari Ahad yang lalu, 30 Mei 2021.

Pemain tennis no.2 di dunia ini juga telah mengambil masa untuk memberikan keterangan mengapa beliau tidak mahu menghadiri mana-mana sidang media. Menurut Naomi, beliau mengatakan yang kadangkala wartawan tidak memahami, dan mereka akan kerap bertanyakan soalan-soalan yang berulang kali sama, dan sebagai pemain, mereka diharapkan untuk menjawap semua soalan-soalan tersebut. Ada kala, beliau berasa seperti wartawan tidak menghormati kesihatan mental pemain, dan membuatkan mereka berasa tidak senang dan tidak yakin pada diri sendiri.
Susulan daripada pengumuman pertama beliau pada Rabu lalu, 26 Mei, yang Naomi tidak akan melakukan sebarang soal-jawap bersama media ketika pertandingan, kerana ingin menjaga kesihatan mentalnya, beliau juga berkata yang dia sedar bakal ada tindakan yang dikenakan kepadanya, namun beliau berharap agar ‘saman’ yang dikenakan itu tidaklah terlalu tinggi, dan saman yang dikenakannya itu boleh digunakan kepada kebajikan pesakit mental.

Pada Ahad yang lalu, The Grand Slam Tournament telah membuat pengumuman melalui kenyataan media yang Naomi akan disaman kerana enggan menghadiri sidang media mandatori yang telah ditetapkan untuknya ketika kemenangannya terhadap Patricia Maria Tig.

“Naomi Osaka today chose not to honour her contractual media obligations, The Roland-Garros referee has therefore issued her a $15,000 fine, in keeping with article III H. of the Code of Conduct.”
Pada ketika ini, The Grand Slam Tournament masih lagi belum memberi komen secara terbuka terhadap tindakan menarik diri Naomi.
Selain itu, beberapa selebriti juga telah memberi kata-kata semangat dan menyokong tindakan Naomi untuk menjaga kesihatan mental dirinya. Ada juga yang berkata “Take care of yourself, like Naomi Osaka”.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga turut memberi kata-kata semangat kepada Naomi dan mengatakan tidak mengapa untuk beliau mengambil masa untuk dirinya sendiri berehat daripada semua ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Singapura Negara Pertama Bakal Terima MySejahtera Sebagai “Pasport Vaksinasi”

Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.

Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.
Terbaru, Singapura bakal menjadi negara asing pertama yang mengiktiraf permohonan MySejahtera sebagai “pasport vaksinasi” Malaysia untuk membolehkan rakyat Malaysia yang divaksin sepenuhnya memasuki negara pulau itu.

Begitu juga, permohonan MySejahtera juga dapat diterima untuk perjalanan antarabangsa di masa depan, tertakluk kepada persetujuan dari pemerintah lain, kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional Khairy Jamaluddin dalam satu petikan diambil dari The Star.
Sebaik sahaja anda mempunyai profil kuning di MySejahtera, itu bermakna anda diberi vaksin sepenuhnya atau dapat dua dos.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata akan menggunakan kod QR setelah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Kecemasan Covid-19 mengesyorkan agar kebebasan tertentu (seperti perjalanan antarabangsa) tidak mungkin dilakukan pada masa ini.
Perbincangan bersama negara jiran hampir muktamad dan akan dipersetujui tidak lama lagi. Singapura kini hampir mencapai sasarannya untuk memvaksinasi 80% penduduknya.
Wah, macam menarik…tapi bila dapat merentas Singapura ye?huhu
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Isu Tampar’ VS Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016: Ini Yang Perlu Anda Tahu

Isu Cikgu Azizan yang dibebas tanpa dilepaskan kerana menampar seorang pelajar berusia 11 tahun atas kesalahan menghidu gam dan cuba mempengaruhi pelajar lain menjadi topik hangat minggu ini.
Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa sebab terlalu memanjakan anak. Betul, tak salah kerana semua orang berhak untuk memberikan pendapat peribadi.

Namun, sebelum masing-masing menyuarakan hak khususnya di media sosial, fahami Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang telah meluluskan Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami serta bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak – tidak kira di mana mereka dilahirkan, sama ada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin – mesti diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak untuk bersuara serta pendapat mereka juga perlu didengar.
Baca pandangan Profesor Undang-Undang UKM, Prof Dato Noor Aziah Mohd Awal yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia dalam facebooknya hari ini. Beliau juga adalah wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak.

Ini coretannya
Kes Cikgu Azizan terpapar dalam khabar2 tempatan dan media sosial. Penyokong amat gembira Mahkamah melepaskannya dan disebut sebagai suatu kemenangan besar. NUTP minta minta wujudkan Kod Etika utk hubungan ibubapa-guru supaya guru diberi perlindungan dari sebarang tindakan undang2.
Kenapa guru yg dewasa yg tugasnya termasuk melindungi kanak-kanak perlu dilindungi??
Tenggelam lah cerita kanak-kanak 11 tahun yang dicederakan dengan ditampar. Semua menunding jari kepada kanak-kanak dan ibubapanya yg membuat laporan polis atas apa yg berlaku sehingga guru ini didakwa.

Soalan saya mudah – siapa mangsa dalam kes ini?
Malaysia selepas menanda tangani konvensyen Hak Kanak-kanak telah meluluskan Akta Kanak2 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak2. Siapa kanak2? Yang berumur di bawah 18 tahun. Sesiapa yg mencederakan kanak2 boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman yg membawa hukuman penjara dan denda. Tiada siapa terkecuali dari tindakan jika mencederakan kanak2. Ini bermakna ibubapa, penjaga, guru, jiran, keluarga dan lain2.
Apa bentuk deraan?
Apa-apa kecederaan fizikal mental dan seksual.
Banyak kes ke guru diserang ibubapa?
Adakah kes guru diserang jauh lebih banyak dari kes pelajar dicederakan oleh guru?
Guru adalah penjawat awam yg dilindungi undang-undang jika dia bertindak di bawah ruang lingkup bidangkuasanya. Jika guru melakukan sesuatu perkara yg di luar TOR tugasnya, maka dia tidak akan dilindungi oleh undang-undang.
Di sekolah hya guru besar dan guru disiplin boleh merontan pelajar. Merotan bukan di muka. Malah jika merotan yang mengakibatkan kecederaan, masih boleh didakwa bawah akta kanak-kanak. Peraturan sekolah juga telah ada mengawal selia kedatangan ibubapa ke sekolah.

Kita semua sebagai ahli masyarakat perlu jelas tentang isu ini. Bila kita dengar kes kanak2 dicederakan ibubapanya, kita terus kata mereka ibubapa tidak berhati perut. Kita jijik melihat bapa , bapa saudara atsu atuk merogol anak, anak saudara atau cucunya. Kita jijik melihat pedofil. Tapi bila guru cederakan murid sehingga pekak, patah atau guru rosakkan semangatnya, jatuhkan air mukanya dan sisih dia sehingga dia enggan ke sekolah, kenapa kita tidak cepat salahkan guru tetapi lebih suka salahkan kanak2 itu.
Kanak2 jika dia membunuh, merompak dan mencederakan orang, ia tetap kanak2. Perbicaraannya di Mahkamah Bagi Kanak2, prosidurnya berlainan dari mahkamah biasa. Hukumannya juga berbeza dari pesalah dewasa.

Dalam hal ini, sebagai ibubapa adakah kita melindungi anak kita? Sebagai anggota masyarat, ikhlaskah kita dalam menangani isu GURU V Kanak-Kanak. Boleh kah seorang guru tumbuk/tampar kanak-kanak kerana kanak-kanak itu berkelakuan buruk? Siapa yg patut dipersalahkan???
Serious kah kita melindungi kanak-kanak dari didera secara fizikal, mental dan seksual??
Atau kita berpendirian mudah “ asal bukan anak kita, lantaklah!! “
Saya datang dari keluarga guru. Sentiasa menghormati guru dan sangat sayangkan kanak-kanak. Namun jika guru bertindak diluar bidangkuasanya, dia bukan lagi perlu dihornati. Adil kah kita kpd kanak-kanak????
Perkasa kan guru dengan ilmu mengenai hak kanak-kanak.
Sayangi kanak-kanak kita.
Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan hak wanita dan kanak.
Fikir- fikirlah
Ini catatan Prof Dr Noor Aziah difacebooknya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

