Selepas hampir dua dekad, dunia gladiator ‘dihidupkan semula’ menerusi sekuel kepada filem Gladiator yang pernah menggemparkan pawagam satu ketika dahulu.
Pernah tak anda bayangkan apakah aksi epik dan drama yang bakal dipertontonkan menerusi filem Gladiator 2?
Pada pengamatan REMAJA, sekuel ini masih bergenrekan kisah pertarungan penuh dendam, berdarah dan mencabar keberanian. Begitupun, selari dengan peralihan zaman, pengarahnya Ridley Scott membawa karya kali ini dengan sentuhan lebih moden.
Gladiator 2 dikatakan mempunyai jalan cerita lebih dalam, tegang dan pastinya visual yang lebih menarik!
Sebelum korang menonton filem Gladiator 2 yang dijadualkan berada di pawagam pada minggu hadapan, nah Remaja kongsikan beberapa FUN FACTS mengenainya yang wajib korang tahu sebelum jejakkan kaki ke pawagam nanti.
‘COMEBACK’ SELEPAS 20 TAHUN
Harus diakui, tiada siapa yang mampu menghidupkan dunia ‘gladiator’ sehebat Ridley Scott.
Selepas kejayaan Gladiator memenangi anugerah Oscar pada tahun 2020 menerusi lima kategori berbeza termasuklah kategori Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik, Ridley kembali mengambil alih kerusi pengarah untuk sekuel yang sudah lama dinanti-nantikan ini.
Seperti baru semalam mengarahkan filem asal itu, Ridley membuktikan kemampuannya dalam mencipta dan mengarah filem epik ini dengan lebih mendalam.
Ads
Dalam temubual yang dilakukan oleh pemberita Barat, Ridley berjanji untuk terus menghidupkan suasana yang lebih hebat daripada filem pertamanya. Penonton juga boleh bersiap sedia untuk melihat aksi Maximus serta menikmati jalan cerita yang gah skalanya serta mendebarkan!
BARISAN PELAKON BERKELAS A
Teraju filem Gladiator 2 kali ini memang tak relax!
Biarpun tanpa kemunculan bintang asalnya iaitu Russell Crowe sebagai Maximus, Gladiator 2 masih berbisa apabila dibintangi Paul Mescal yang sebelum ini popular menerusi siri ‘Normal People’. Beliau bakal memegang watak Lucius (anak saudara Commodus) dengan nafas lebih segar.
Selain itu, penonton juga bakal terpukau dengan karisma Marcus Acacius lakonan Pedro Pascal yang menunjukkan aksinya di samping watak Macrinus lakonan legenda yang tidak perlu diragui lagi kemampuannya, Denzel Washington.
Ads
LOKASI ESTETIK EMPAYAR ROM PURBA
Gladiator 2 masih mengekalkan lokasi penggambaran di Malta dan Morocco seperti filem asal bagi membantu menghidupkan suasana zaman Rom purba dan menghalusi babak pertempuran yang lebih realistik berbanding jika penggambaran dilakukan di dalam set studio.
Dengan adanya teknologi visual yang jauh lebih maju jika dibandingkan dengan penggambar dua dekad lalu; setiap aksi, latar belakang dan visual terperinci dalam Gladiator 2 dijamin akan membuatkan penonton seolah-olah berada di tengah arena.
Namun menariknya tentang Gladiator 2, pengarahnya memilih lokasi tambahan di Sussex, United Kingdom yang dikenali sebagai Devil’s Dyke bagi menonjolkan lagi landskap di luar kota empayar Rom.
PLOT KISAH LUCIUS
Selepas Maximus, tiba giliran Lucius menjadi tumpuan utama dalam sekuel ini. Terinspirasi daripada keberanian Maximus, Lucius memutuskan untuk menjadi seorang gladiator.
Bukan sahaja perlu berhadapan dengan musuh dalam kalangan manusia, Lucius juga perlu bertempur dengan serangan binatang buas di dalam arena seperti babun dan badak. Memang tidak senang duduk korang nanti! Dalam pada itu, penonton juga akan dikejutkan dengan pertempuran di atas air dengan kemunculan ikan yu ganas.
*
Kejayaan dari filem pertama tersebut membuatkan ramai penggemar filem menantikan kemunculan Gladiator 2 di pawagam seluruh negara bermula 14 November 2024.
NAMUN jika korang ingin menontonnya lebih awal pada 13 November nanti, #WayangRemaja kembali memberikan tiket tayangan perdana menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Jom sertai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat band legenda Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK), bakal berpeluang membawa pulang hadiah istimewa menerusi konsert solo mereka, Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL, pada 25 Oktober depan.
Penganjur konsert, Shezco Sdn Bhd, mengumumkan bahawa gitar bernilai RM2,000 yang ditandatangani oleh semua anggota ERK akan menjadi hadiah utama untuk peminat bertuah yang hadir.
Gitar tersebut akan ditandatangani oleh Cholil Mahmud (vokal utama dan gitar), Poppie Airil (vokal latar belakang dan bes), Akbar Bagus Sudibyo (dram dan vokal latar belakang), serta Reza Ryan (gitar). Selain gitar berharga tersebut, dua peminat bertuah juga akan menerima vinyl eksklusif album terbaru ERK yang berjudul Rimpang.
“Pengumuman pemenang akan dilakukan pada malam konsert dan penyampaian hadiah gitar akan dilakukan selepas konsert berakhir. Ini adalah cara kami untuk menghargai peminat ERK dan membuatkan mereka merasa istimewa,” kata wakil penganjur Shezco Sdn Bhd, Fandy Alias.
Tambahnya lagi, dia mengumumkan diskaun 15% bagi pembeli dua tiket berdiri sempena Bulan Kemerdekaan.
“Jualan tiket kini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Walaupun awalnya agak perlahan, namun kini permintaan semakin meningkat,” tambahnya pada sesi sidang media yang turut dihadiri oleh anggota ERK.
Menurut vokalis ERK, Cholil Mahmud pula, dia menzahirkan kegembiraannya untuk kembali ke Malaysia setelah dua tahun.
“Kami akan memainkan lagu-lagu dari album terbaru Rimpang, tetapi kami juga terbuka untuk mendengar cadangan peminat tentang lagu-lagu lama yang ingin mereka dengar. Konsert ini adalah peluang kami untuk memastikan peminat pulang dengan kepuasan,” ujarnya.
Ditubuhkan pada 2001, ERK dikenali sebagai salah satu band alternatif terkemuka di Indonesia. Antara lagu popular mereka termasuk Kamar Gelap, Jatuh Cinta Itu Biasa Saja, Balerina, dan Cinta Melulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan Noor Neelofa di setiap event memang selalu dapat perhatian ramai. Mana taknya, bekas Dewi Remaja 2009/10 ini sering tampil dengan gaya fesyen yang memukau.
Walaupun mendapat kritikan hebat daripada netizen, Lofa tidak pernah sesekali menghiraukan kata-kata negatif yang dilempar kepadanya.
Boleh kami katakan Neelofa antara selebriti Malaysia yang berani menampilkan gaya fesyen berbeza setiap kali dia membuat kemunculan di mana-mana event besar.
Korang kena tahu, tak semua orang berani untuk mencuba sesuatu yang lain tau.
Tapi, Lofa dah pun buktikan yang dia memang trendsetter dalam dunia fesyen tanah air. Baju-baju Lofa ni bukan biasa-biasa tau. Semuanya daripada jenama terkemuka dunia. Patutlah cunz!
Tak caya, jom kita tengok antara OOTD Neelofa yang paling rare dan bergaya.
Penyanyi terkenal, Seokjin BTS akhirnya telah pun habis menyelesaikan tanggungjawab sebagai warga negara Korea Selatan selepas menghabiskan tempoh ketenteraannya pada 12 Jun. Pelantun lagu Moon itu juga turut menepati janjinya kepada peminat BTS, ARMY untuk mengadakan siaran langsung pertamanya melalui aplikasi Weverse beberapa jam selepas dia dilepaskan.
Semasa siaran langsung pada Rabu, Kim Seokjin atau mesra disapa Jin berkongsi pengalamannya menyertai tugas militernya. Dari membaca setiap mesej yang ditulis oleh rakan-rakan seperjuangannya, Jin BTS juga berinteraksi dengan ARMY di ruangan komen selepas 18 bulan tidak terlalu aktif di media sosial.
Kredit: Weverse
Dalam pada itu, Jin mengungkapkan, bahawa dia memenangi 7 daripada 8 anugerah pencapaian dan menunjukkan beberapa koleksi anugerah tentera yang telah dimilikinya selama berkhidmat dalam latihan ketenteraan.
“Anugerah tentera! Saya dapat dua anugerah peringkat Ketua Divisyen. Saya juga mendapat 7 hingga 8 anugerah peringkat Ketua Batalion,” jelas Jin dengan bangga.
“Saya bekerja keras di semasa menjadi tentera. Saya juga tidak dimarahi sebab saya adalah seorang yang cemerlang semasa berkhidmat”
Jin telah mendaftar diri untuk perkhidmatan tentera pada 13 Disember 2022 lalu dan dia merupakan anggota BTS pertama yang menyertai latihan wajib ketenteraan Korea Selatan. Selepas menamatkan latihan asas selama lima minggu, penyanyi lagu Epiphany itu dilantik sebagai Drill Instructor Assistant dalam Divisten Infrantri kelima.
Selepas rasmi selesai tugas ketenteraan, kepulangan penyanyi itu disambut oleh anggota BTS seperti RM, Jung Kook, V, Jimin, j-hope, SUGA dan juga ARMY di hadapan pusat latihan ketenteraan.
Kredit: Korea Dispatch
Selain itu, Jin merancang beberapa acara istimewa untuk ARMY bersempena kepulangannya sekaligus ulang tahun ke-11 kumpulan BTS dalam acara BTS FESTA 2024.
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024. Terbaru, ahli termuda BTS, Jung Kook telah melancarkan sebuah single Never Let Go istimewa disampaikan untuk ARMY sempena BTS FESTA 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...