Bagi mereka yang mengikuti drama 115 episod, Angkara Cinta sejak November 2020 hingga ke April tahun lalu, pastinya korang mengekori perjalanan watak yang dibawakan oleh ‘kembar’ kacak yang menerajui drama tersebut iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.

Penangan drama Angkara Cinta masih berlegar di minda apabila ramai yang merasakan drama tersebut antara punca nama dua pelakon baharu ini untuk terus naik dalam dunia lakonan tempatan.

Kesempatan menemui Hun dan Meerqeen di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021, Ahad lalu memberi peluang untuk kami bertanyakan kepada mereka berdua mengenai projek terbaru yang bakal menemui penonton layar kaca tidak lama lagi.

Khabarnya, gandingan mereka akan diteruskan bagi sebuah naskah baharu yang lebih besar skalanya tidak lama lagi.

IKLAN

“InsyaAllah, sekarang Meerqeen dan Hun sedang jalan satu projek yang agak besar berjudul Nenek Bongkok Tiga. Secara peribadinya, ia adalah karakter paling berat yang pernah Meerqeen bawa sepanjang berada dalam industri lakonan. Paling menarik dan paling bahaya. Meerqeen harap korang tunggu dan lihat,” katanya yang menjadikan penyanyi Harry Styles sebagai ilham gayanya di malam AME 2021 lalu.

Penangan Drama Dulu, Meerqeen & Hun Haqeem Kembali Bergabung

Hun Haqeem yang turut menghadiri acara tersebut berkongsi sentimen keterujaan seperti Meerqeen.

IKLAN

“Betul, sekali lagi kami akan ada projek bersama. Alhamdulillah, Hun sudah lama tak dapat skrip sebegini. Ini adalah penghargaan yang besar untuk Hun diberikan peluang menjayakan watak tersebut. Karakternya berat tetapi Hun akan jalankan tanggungjawab sebagai pelakon. InsyaAllah, kita harapkan semuanya berjalan dengan lancar,” ulas Hun.

Biarpun masih belum diketahui bilakah naskah ini akan menemui penonton, baik Hun atau Meerqeen sedang bersiap sedia untuk menjalani penggambaran sehingga ke bulan Ogos ini.

Tentunya ini merupakan berita yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka berdua yang ternanti-nanti gandingan kacak lagi berbakat ini dalam sebuah naskah yang sama selepas Angkara Cinta.

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI