Berita baik buat penggemar filem Indonesia, bermula 24 April ini korang akan disajikan dengan filem terbaru berjudul 1 Kakak 7 Ponakan yang diadaptasi dari siri televisyen tahun 1996 arahan pengarah Arswendo Atmowiloto.
Yang pasti, filem hasil karya penulis dan pengarah terkenal, Yandy Laurens ini akan membuatkan sesetengah orang relate!
1 Kakak 7 Ponakan mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Moko yang sedang mengejar impiannya. Sehinggalah pada suatu hari, Moko terpaksa memikul tanggungjawab besar menjadi bapa tunggal kepada tujuh orang anak saudaranya.
Kali ini, mehREMAJAbelanja sinopsis dan beberapa fakta yang perlu korang tahu sebelum pergi menonton 1 Kakak 7 Ponakan bersama seisi keluarga atau kawan-kawan.
SINOPSIS
Moko yang dilakonkan oleh Chicco Kurniawan merupakan seorang arkitek muda yang bersemangat dalam perjuangan kehidupannya untuk mencapai pelbagai impian.
Bagaimanapun, hidupnya berubah sekelip mata apabila terpaksa menjaga kesemua tujuh orang anak saudaranya secara seorang diri.
Banyak dugaan yang perlu ditempuh Moko sehingga dirinya terpaksa membuat pilihan antara kehidupan cinta bersama Maurin (lakonan Amanda Rawles), kerjaya mahupun keluarga.
Bukan setakat Moko yang struggle, malah anak-anak saudaranya Woko (Fatih Unru), Nina (Freya JKT48), Ano (Ahmad Nadif) dan Ais (Kawai Labiba) juga perlu berdepan dengan cabaran hidup masing-masing.
Ads
ADAPTASI SIRI TV TAHUN 1996, SESUAI TONTONAN SEMUA
Bagi remaja yang membesar pada zaman 90-an khususnya yang pernah menetap di Indonesia, mungkin korang pernah menonton sinetron popular dengan judul yang sama; 1 Kakak 7 Ponakan. Drama ini asalnya ditulis oleh pengarah terkenal, Arswendo Atmowiloto dan kini ia diangkat dalam bentuk filem agar boleh ditonton oleh semua lapisan umur.
BARISAN BINTANG A-CLASS
Tidak dinafikan teraju filem ini menyaksikan kelibat bintang-bintang yang masih fresh and young. Tapi korang tak perlu risau kerana kesemua pelakon filem 1 Kakak 7 Ponakan memang berbakat besar dan di Indonesia, mereka digelar sebagai kelompok pelakon bergred A!
Ia termasuklah Chicco Kurniawan yang membawakan watak Moko bersama-sama pelakon lain seperti Amanda Rawles, Fatih Unru, Freya JKT48, Maudy Koesnaedi, Kiki Narendra dan ramai lagi. Kolaborasi di antara pelakon muda dan legend membuatkan filem ini lebih ‘hidup’ dan ‘sampai’ ke hati penonton.
SENTUHAN SUARA LUNAK SAL PRIADI
Mungkinkah, mungkinkah… Mungkinkah kau mampir hari ini?
Ads
Mesti ramai yang pernah mendengar lagu viral ini kan!
Untuk pengetahuan korang, tiga buah lagu nyanyian Sal Priadi telah pun dipilih untuk menjadi runut bunyi filem ini. Disebabkan Yandy Laurens jatuh cinta dengan cara nyanyian dan gubahan lagu Sal Priadi; beliau memilih tiga buah lagu yang paling ngam dengan vibe filem ini.
Bak kata orang, lagu pun boleh jadi pencerita baik buat emosi sesuatu karakter.
MENANGIS BACA SKRIP, SAMPAI TAK BOLEH BERCAKAP
Kalau korang nak tahu, Chicco berkongsi momen sewaktu dia menelaah skrip yang diberi. Sewaktu tiba di bahagian hujung naskah 1 Kakak, 7 Ponakan; Chicco berkata dia menangis teresak-esak sampaikan tak mampu untuk bercakap apa-apa disebabkan merasa terlalu tersentuh dengan watak Moko.
Akhirnya, Chicco tersedar bahawa dirinya secara peribadi mahu menjadi seorang individu seakan Moko yang sering memberikan kasih sayang kepada keluarganya.
Ads
FATIH UNRU & FREYA JKT48 MEMAHAMI WATAK
Sementara itu, Fatih berkongsi pengalamannya semasa aktiviti camp reading filem 1 Kakak 7 Ponakan di mana semua pelakonnya perlu tinggal bersama ibarat sebuah keluarga sebenar.
Daripada pengalaman tersebut, Fatih betul-betul dapat menjiwai peranan Woko dalam sebuah keluarga besar.
Bagi pelakon Freya pula, dia merupakan anak sulung dalam kehidupan sebenar. Namun untuk filem ini, Freya memainkan watak Nina yang merupakan anak pertengahan. Pengalaman itu membuat dirinya lebih faham perasaan adik-adik dan bagaimana mereka memandang abang serta kakak mereka sebagai tonggak harapan.
Korang mesti tak sabar nak tonton filem yang penuh emosi, lucu tapi menyentuh hati ini, bukan?
Jika korang ingin menontonnya sehari lebih awal (21 April 2024) daripada tayangan di pawagam seluruh Malaysia, #WayangRemaja ingin memberikan tiket tayangan perdana 1 Kakak 7 Ponakan ini menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Siap pakej dapat jumpa pelakon filem ini di depan mata lagi! Jom sertai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Produksi The White Lotus telah meluncurkan iklan acah (teaser) terbaru untuk musim ketiganya and guess who is in it!
Kelibat individu yang mencuri tumpuan itu tidak lain tidak bukan ialah ahli kumpulan Blackpink Lisa Manoban yang dapat dilihat memainkan salah satu watak dalam musim terbaru ini.
REMAJA difahamkan jalan cerita The White Lotus kali ini akan memaparkan lokasi di sekitar Thailand. Demi mengekalkan nilai visual autentik, penggambarannya dilakukan di lokasi asli seperti yang dikehendaki pencipta dan penulis drama bersiri tersebut, Mark White.
Justeru, Lisa telah kembali ke negara kelahirannya, Thailand untuk memainkan watak Mook.
Mook merupakan pengurus dan waris kepada pemilik resort mewah, The White Lotus di Thailand. Sebagai salah satu watak prominen yang mempunyai peranan penting dalam The White Lotus musim ketiga, tentunya peminat Lisa tidak sabar lagi untuk menonton setiap babak yang menampilkannya.
“Welcome To The White Lotus Thailand, ka! “
Rata-rata peminat Lisa menyambut baik perkembangan terbaru ini dan menyatakan sudah tiba masanya untuk Lisa memperluaskan graf seninya selain menjadi ahli Blackpink serta penyanyi solo berjaya.
Untuk rekod, Lisa merupakan ahli Blackpink kedua yang membintangi drama bersiri terbitan HBO. Sebelum ini, Jennie Kim telahpun menempa peluang debut lakonan menerusi drama bersiri The Idol yang keudara pada Julai 2023.
Manakala, seorang lagi ahli Blackpink iaitu Kim Jisoo juga terlebih dahulu telah menceburi bidang lakonan dalam industri K-drama menerusi naskas seperti Snowdrop (2021 – 2022) dan terbaru, Newtopia (2025)
Jika sebelum ini, ramai yang fobia dan memadam aplikasi yang tular mengenai kononnya pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah membeli data pengguna sebuah aplikasi mobile Islamik, iaitu Muslim Pro.
Selepas ini korang tak perlu risau lagi.
Bagi pengguna Muslim di Malaysia, setiap daripada kita pastilah ada aplikasi untuk kemudahan urusan setiap hari sebagai seorang Muslim di telefon pintar masing-masing.
Ini kami kongsikan lima aplikasi yang korang boleh download dan lebih selamat kerana dibangunkan sendiri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
1. MySolat
Aplikasi ini memberi anda akses mudah untuk pelbagai informasi berkaitan dengan ibadah solat.
Antaranya seperti pemberitahuan waktu solat, fungsi zikir digital, kalendar islam dan juga himpunan zikir serta surah-surah pilihan berserta petunjuk tajwid.
Muat turun di Google Play mySolat
2. Smart Quran
Merupakan aplikasi Al-Quran mudah alih pertama yang diluluskan oleh Lembaga Perlesenan dan Kawalan Percetakan Al-Quran di bawah KDN.
Antara fungsi di dalam aplikasi ini, pengguna boleh mencari surah yang ingin dibaca melalui susunan nama surah, juz’ dan boleh menanda halaman yang dibaca.
Turut mengandungi teks terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan boleh memainkan audio bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh beberapa qari terkenal seperti Sheikh Abdullah Ibn Ali Basfar, Sheikh Ali al-Huzaifi, Sheikh Ibrahim al-Akhdar dan Sheikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.
Muat turun di Google Play atau Apple Store
3. SmartHalalApps
Kadang kala timbul cerita sesebuah premis makanan itu dikatakan menggunakan bahan haram walhal telahpun mempunyai sijil Halal JAKIM.
Sebelum menyebarkan fakta yang tidak pasti, anda sendiri perlu mendapatkan maklumat mengenai produk dan premis memiliki sijil halal Malaysia melalui aplikasi SmartHalalApps.
SmartHalal adalah aplikasi membolehkan pengguna menyemak status produk makanan & minuman, premis makanan, rumah sembelih, bahan habis pakai, kosmetik & produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.
Muat turun di Google Play atau Apple Store
4. Smart Muslim
Merupakan sebuah aplikasi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat menerusi kerjasama JAKIM dan SKMM.
Smart Muslim memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur bagi meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penguasaan asas dalam pendidikan Islam.
Kandungan aplikasi ini merangkumi lima tajuk bidang fiqh iaitu bersuci, solat, qurban, zakat dan pengurusan jenazah.
Muat turun di Google Play atau Apple Store
5. Smart Hadith
Dengan tema ‘Hadis Sahih di Hujung Jari’ aplikasi itu turut dibangunkan bagi memartabatkan hadis sebagai rujukan kedua selepas al-Quran.
Smart Hadith dapat membantu golongan sasaran seperti pendakwah, penyelidik, pensyarah dan pelajar serta meningkatkan kepantasan capaian terhadap maklumat yang disediakan.
Muat turun di Google Play atau Play Store
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama lakonan aktres, Uqasha Senrose berjudul Isteri Halal yang kini ditayangkan di kaca televisyen mula menarik perhatian penonton dek karakter wanita ‘penyondol’ atau perampas suami orang yang dilakonkan olehnya.
Menerusi drama tersebut, Uqasha membawakan watak bernama Eyra yang mencetuskan konflik di antara rakan baiknya (lakonan Isyariana) dan suami rakan baiknya (lakonan Aidit Noh) dan ia cukup realistik.
Lebih-lebih lagi apabila watak tersebut mirip dengan seorang pelakon wanita tempatan yang terpalit dengan konflik seakannya.
Begitupun ketika ditemui REMAJA di majlis tayangan program Ramadan Raya 2023 oleh Astro semalam, Uqasha berkongsi rasa gusar yang terbit di hatinya sebelum menerima tawaran drama Isteri Halal itu.
Lantas, isteri kepada Kamal Adli ini meminta pandangan daripada suaminya itu terlebih dahulu sebelum bersetuju membintangi drama arahan Uchee Fukada itu.
“Qasha beritahu dia (Kamal), ‘Saya nervous abang untuk bawakan watak ini. Abang betul ke (beri kebenaran untuk berlakon)?’.
“Dia memang supportive. Katanya, ‘Tak apalah sayang, kita kan pelakon. Abang faham. Tapi abang tak akan tengoklah (babak berkenaan). Ini rezeki awak, buatlah. Tak apa.’ “
“Kamal hanya berpesan agar saya pandai menjaga diri sebagai seorang isteri, dia berikan kepercayaan kepada saya. Jadi saya gunakan kepercayaan itu sebaik mungkin dan tidak membelakanginya.
“Cuma buat masa ini, saya akui merasa cemas jika mak mertua atau mak saya sendiri tonton lakonan saya itu kerana selepas disunting, tentulah sesebuah babak itu akan kelihatan real. Itulah yang Sha risau bila terima tawaran watak penyondol dan watak perampas,” ujarnya.
Dalam pada itu, seiring dengan status dirinya kini sebagai ‘isteri orang’, Uqasha menghormati perhubungan suami isterinya bersama Kamal dalam skop bekerja dan meletakkan beberapa syarat sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon termasuklah dalam drama Isteri Halal.
“Saya cakap, tak nak babak atas katil. Tak nak babak dalam selimut. Kalau iya pun (perlukan babak sedemikian), mungkin duduk dekat tepi katil pakai bathrobe, saya okay lagi.
“Banyak trik kamera yang boleh dibuat. Contohnya, konon-konon nak tunjuk buka baju tetapi gunakanlah shot jatuh kain. Benda-benda macam itulah yang saya minta.
“Harapnya, kalau ada babak yang terlepas (yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang isteri dan wanita), produksi boleh potong. Kita pun Islam, kena jaga sensitiviti. Lagipun, penerimaan dan pemikiran penonton berbeza-beza. Ada yang boleh terima ada yang tidak boleh. Jadi lebih baik jika ditiadakan babak yang melebih batas,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Uqasha juga menyatakan dia juga terbuka sekiranya Kamal Adli menerima tawaran berlakon apa-apa jenis watak asalkan masing-masing mengetahui batas.
FOTO: Ihsan Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!