Barangkali apa yang sedang diraih Yuna saat ini sejak mencipta nama di Amerika Syarikat pasti membuat ramai rakyat Malaysia yang tumpang gembira dengan kejayaannya.
Terbaru, sekeping gambar menunjukkan penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna dengan caption “Hello World,” menambah satu lagi portfolio besar dalam kerjaya bintang ini.
Road To Supermodel
Yuna, menambah satu lagi portfolio besar dalam kerjaya apabila mengikat kontrak dengan agensi model terkemuka dunia, Wilhelmina Models.
Ads
Dia memaklumkan berita gembira ini di laman Instagram dan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran model.
“Hello world! Here’s the news I wanted to share with you guys- Your girl is now signed to @wilhelminamodels! Who woulda thought.. we did it mom!! Happy I got to share this moment with my lil sis @massey_sw 🙏🏽❤ LETS GO TEAM! I’m ready to work! #teamyuna2019,” tulisnya.
Ads
Dia sebelum ini melakar sejarah tersendiri apabila sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya selain mempromosi album terbarunya, Rouge.
Rouge yang merupakan album keempat penyanyi dengan nama sebenar Yunalis Zarai ini.
Ads
Netizen dilihat cukup teruja melihat artis kesayangan mereka mendapat pengiktirafan luar biasa. Malah mengatakan Lullabies adalah lagu magical ciptaan penyanyi Yang Sebenarnya ini.
Yuna cukup bertuah kerana diterima dan berjaya di pasaran antarabangsa. Tapi itu semua rezeki Yuna. REMAJA turut tumpang gembira.
Kredit : Instagram Yuna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pengenalan tulisan khat dalam sukatan matapelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menjelang tahun hadapan sememangnya hangat diperkatakan kini.
Ada yang memberikan maklum balas positif dan teruja untuk melihat nilai tulisan khat diterapkan di kalangan para pelajar namun begitu ada juga yang terang-terangan membantah perkara tersebut.
Katanya, pengenalan silibus tersebut tidak membantu murid-murid malah menambahkan lagi beban mereka yang sedia ada.
Susulan itu, kerajaan bersetuju untuk membincangkan semula perkara tersebut setelah ia membangkitkan keresahan segelintir pihak.
Demikian itu, Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan baru menjelaskan mengenai perkara tersebut.
“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos telah meneliti semua pandangan termasuk yang dibangkitkan di Media Massa sejak minggu lalu mengenai isu pengelaan seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 SJKC dan SJKT mulai tahun 2020.
“Sehubungan itu, Jemaah Menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat ini diteruskan seperti dirancang denagn mengambil kita beberapa langkah penyelesuaian yang berkaitan.
“Jemaah Menteri dalam keputusannay memaklumkan bahawa pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat (berbanding enam sebelum ini) di dalam buku teks.
“Di samping itu, Jemaah Menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat ini dilaksanakan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksaannya di bilik darjah masing-masing.
“Jemaah Menteri juga bersepakat bersetuju agar pengenalan tulisan khat ini tidak akan dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan,” tulis kenyataan tersebut.
Tambahnya lagi, KPM juga berharap agar orang ramai dapat menerima langkah penyesuaian yang dilakukan mereka berkaitan perkara ini.
“KPM berharap melalui keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri ini, isu pengenalan Tulisa khat ini tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepay sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.
“KPM dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak demi kebaikan dan manfaat system Pendidikan negara,” tulis kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, pengenalan sesi tulisan khat ini dibuat selepas KPM melakukan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 sejak tahun 2014 lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 merupakan satu ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia dan memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Manakan tidak, ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup. Malah, kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
foto via UCF
Adat orang berniaga, mesti pandai grab peluang yang ada, kemelut wabak ini menjadikan sesetengah pemilik syarikat dari serata dunia berjaya meraih kekayaan dengan mengambil peluang situasi ini bagi menjana pendapatan lumayan.
Ini 10 orang yang bertuah mengaut keuntungan daripada pandemik pembawa maut inidan berjaya memasuki carta Forbes pada tahun ini.
1. Li Jianquan dan keluarga (Hong Kong)
Foto via supchina.com
Nilai kekayaan : AS$ 6.8 bilion (RM 28 bilion)
Merupakan orang ke-17 yang terkaya di Hong Kong, Li Jianquan memiliki syarikat Winner Medical, iaitu antara pengeluar terbesar bagi pelitup muka dan PPE yang berjaya menembusi pasaran seluruh dunia dalam melawan wabak Covid-19 ketika ini.
2. Stephane Bancel (Perancis)
Foto via www.ft.com
Nilai kekayaan : AS$4.3 bilion (RM 17.8 bilion)
Stephane Bancel memegang jawatan CEO bagi syarikat bioteknologi Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts. Pada 18 Disember 2020, vaksin keluaran syarikatnya telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Stephane juga memegang tiga gulung ijazah sarjana dalam bidang perniagaan (MBA) dan kejuruteraan dari universiti berprestij di Perancis dan Amerika Syarikat.
3. Liu Fangyi (China)
Foto via intcorecycling.com
Nilai kekayaan: AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion)
Liu Fangyi merupakan pengasas dan CEO bagi Intco Medical Technology, iaitu syarikat yang mengeluarkan kelengkapan PPE seperti sarung tangan perubatan, pelitup muka serta peralatan hospital lain seperti cecair pembasmi kuman, kerusi roda dan kain gauze kasa.
4. Ugur Sahin (Jerman)
Foto via lifescienceleader.com
Nilai kekayaan: AS$4 bilion (RM16.6 bilion)
Bagi yang mendapat suntikan Pfizer, inilah individu yang berjaya menghasilkannya. Ugur Sahin yang juga merupakan CEO bagi syarikat BioNtech berjaya menghasilkan vaksin Pfizer bersama isterinya dengan kerjasama syarikat gergasi farmasi di Amerika Syarikat.
Dengan keberkesanan sehingga 90%, pasangan ini merupakan satu-satunya saintis muslim yang berjaya menghasilkan vaksin bagi membendung penularan wabak Covid-19.
5. Yuan Liping (Kanada)
Nilai kekayaan: AS$3.6 bilion (RM14.9 bilion)
Setelah bercerai dengan pengerusi firma Shenzen Kangtai Biological Products. Du Weimin, Yuan Liping kini memegang sebanyak 24 % daripada jumlah saham syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Dengan termeterainya perjanjian bersama syarikat farmaseutikal di Britain, Astrazaneca pada Ogos lalu, syarikat ini bermatlamat untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 juta dos vaksin Covid-19 bagi melawan penularan Covid-19.
6) Hu Kun (China)
Foto via bloombergquint.com
Nilai kekayaan: AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion)
Hu Kun berperanan sebagai pengerusi Contec Medical Systems, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai produk dalam bidang perubatan termasuklah pulse oximeter dan peranti khas bagi memeriksa kesihatan paru-paru.
7) Chen Xiao Ying (China)
Foto via min.news
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion).
Wanita ini merupakan pelabur bagi Alibaba Health Information Technology. Syarikat ini telah mengadakan perjanjian dengan penghasil vaksin Sinovac pada September lalu bagi menghasilkan platform digital sebagai usaha mengedarkan vaksin Covid-19 ini.
8) Dai Lizhong (China)
Foto via xinhuanet.com
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)
Pada Mei 2020, syarikat yang diterajui Dai Lizhong, Sansure Biotech telah berjaya mendapatkan kelulusan FDA bagi memasarkan kit ujian Covid-19 kepada pasaran seluruh dunia.
9) Karin Sartorius-Herbst (Jerman)
Foto via faktor-magazin.de
Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)
Beliau merupakan seorang pemegang saham bagi syarikat biofarmaseutikal, Sartiorus AS, iaitu pengeluar bagi peralatan ujian Covid-19.
10) Prof. Timothy Springer (AS)
Foto via bloomberg.com
Nilai kekayaan: AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion)
Prof Springer meraih kekayaan sebagai pelabur bagi syarikat Moderna sejak tahun 2010. Beliau juga merupakan seorang pakar immunologi dan profesor dalam bidang kimia biologikal dan farmakologi molekular di Harvard Medical School.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menghadiri dua upacara diraja Britain semalam bagi mewakili Malaysia dalam memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II dalam istiadat pemakanan diraja Britain.
Kira-kira pada jam 6 petang waktu Malaysia, pasangan diraja itu bersama sekitar 2000 jemputan lain telahpun tiba di Westminster Abbey di mana Raja Charles III mengetuai istiadat. Tampil dalam persalinan busana serba hitam, busana Permaisuri Agong telahpun direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Menerusi hantaran berseloroh di Instagram miliknya, Rizalman berkongsi bahawa kesemua lima pasang busana baharu serba hitam yang disarungkan oleh Permaisuri Agong sewaktu di London pada minggu ini telahpun disiapkan oleh pasukannya dalam tempoh tiga hari sahaja.
Sebaik tiba di Westminster Abbey bersama jemputan diraja, pemimpin dunia, ahli-ahli politik dan individu-individu kenamaan lain, baginda Tuanku berdua telahpun ditempatkan bersebelahan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako dari Jepun. Di barisan hadapan mereka pula ialah pasangan diraja Jordan, Sultan Abdullah II ibn Al-Hussein dan Permaisuri Rania Al-Abdullah.
Naiki Koc Khas Ke Resepsi Istana Buckingham
Terdahulu pada malam sebelumnya, baginda berdua telahpun menghadiri acara resepsi diraja yang dianjurkan oleh Raja Charles III dan isteri, Queen Consort Camilla bersama 500 tetamu lain yang terdiri daripada pemimpin dunia di Istana Buckingham.
Menjunjung tradisi Melayu di bumi Inggeris, Al-Sultan Abdullah mengenakan persalinan baju Melayu serba hitam dengan kain sampin songket benang emas dan songkok. Manakala Tunku Hajah Azizah pula menyarungkan sepasang baju kurung hitam dengan aksesori rantai, keronsang dan bertudung hitam.
Pemilihan busana Melayu ini telah menerima respon positif daripada warga maya di Malaysia dengan ramai menyatakan betapa bangganya dapat melihat budaya tempatan kekal diperagakan secara gah di mata dunia.
Biarpun acara tersebut mendapat kawalan ketat, kebanyakan pemimpin dunia termasuklah Al-Sultan Abdulah dan Tunku Hajah Azizah terpaksa berkumpul lebih awal di Royal Hospital Chelsea yang terletak berdekatan untuk menaiki bas khas yang disediakan oleh pihak Istana Buckingham.
Yang di-Pertuan Agong bergambar bersama Menteri Luar Negeri Uganda, Gen Jeje Odongo.
Warga maya tercuit dengan foto memperlihatkan baginda Agong bersama-sama pemimpin dunia lain terpaksa ‘berhimpit’ dalam koc khas tersebut. Namun ia secara tidak langsung memperlihatkan keramahan baginda berdua.
Turut hadir dalam acara resepsi berkenaan ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri, Jill; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isteri, Brigette serta pemimpin Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum Ketiga-tiga pemimpin dunia itu tiba di Istana Buckingham dalam konvoi kenderaan rasmi.
Agong and Permaisuri ke majlis makan malam Raja Charles III menaiki bas bersama beberapa lagi ketua negara lain. Hanya Biden, Macron, King Al Makhtoum, are allowed to use private limo to Buckingham Palace. Same arrangement for today’s funeral. Source. https://t.co/q2HoFmGN0ypic.twitter.com/NU2oRJzSkz
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah berada di London dalam lawatan enam hari menerusi jemputan rasmi kerajaan Britain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!