Kalau sekali dengar namanya disebut di pentas, siapa sangka seorang pelajar berusia 22 tahun dari Malaysia mampu menggegarkan dunia fesyen antarabangsa?
Itulah detik tidak terlupa buat Mohammad Faris, pemenang kategori Air di pertandingan fesyen berprestij World of Wearable Art (WOW) 2024 yang berlangsung di Wellington, New Zealand, pada September lalu.
“Rasa sangat surreal,” kongsinya sambil mengimbau momen bersejarah itu. “Ini first time saya sertai pertandingan fesyen. Bila mereka umumkan ‘From Malaysia…’, duta kita menjerit kegembiraan dengan rakan-rakannya. Saya cuma berdiri terkejut. Tapi rasa bangga itu… luar biasa!”
WAU BULAN, Dari Tradisi ke Runway Global
Kemenangan Faris hadir melalui karya yang diberi nama Wau Bulan, busana dramatik penuh warna dan elemen warisan Malaysia. Rekaan ini diinspirasikan daripada wau tradisional, namun dengan sentuhan moden yang menjadikannya bukan sekadar seni, tetapi fashion statement.
Bunga raya, struktur Minangkabau, corak batik Sarawak, semua ini berjaya Faris gabungkan dalam satu siluet yang memukau hingga mencuri perhatian juri antarabangsa.
“Malaysia sangat berwarna dan pelbagai. Saya mahu dunia nampak betapa kayanya budaya kita,” jelasnya, anak kedua daripada enam beradik.
Yang menarik, Faris sebenarnya tak pernah buat wau sebelum ini!
“Masa ikat batang rotan, baru sedar betapa susahnya. Seni pembuatan wau makin dilupakan, dan itu buat saya lebih menghargainya,” ujarnya.
Ads
Bermula Dari Bosan, Kini Raih Nama di Pentas Dunia
Lahir di Sarawak dan kini sedang menamatkan Ijazah Perdagangan di Te Herenga Waka, Victoria University of Wellington, Faris bukanlah pelajar fesyen tapi semuanya bermula hanya kerana minat dan rasa ingin mencuba.
“Time di kolej, saya beli mesin jahit secondhand. Mulanya saya upcycle jeans dan baju. Lama-lama buat alter untuk kawan, dan tanpa sedar saya sampai di sini,” kongsinya.
Idea Wau Bulan muncul sebaik sahaja dia melihat kategori Air dalam pertandingan WOW. Bagi Faris, itu peluang untuk menonjolkan identiti Malaysia dalam bentuk yang besar, berani & tak biasa.
Warna hitam-merah-emas dari batik Sarawak, shoulder pads daripada kotak tisu Cina terpakai, gelang emas India menghiasi model, setiap perincian dipilih untuk menceritakan satu perkara iaitu Malaysia itu indah, berbilang dan hidup!
Ads
Perjuangan Belakang Tabir, Penuh Deadline, Stress & Cat Bercapuk!
Di sebalik glamor di pentas, bulan-bulan persiapan Faris penuh dengan kerja tangan non-stop, menggunting, menjahit, melukis satu-persatu motif bunga.
Lebih mencabar, dia perlu menyiapkannya sebelum berangkat ke Colombia untuk pertukaran pelajar!
“Masa tu memang hectic, dua ke tiga bulan sangat stress. Mujur kawan saya Matilda dari Finland tolong siapkan painting dan trimming masa saya tak ada,” katanya.
Ads
Selepas Menang, Apa Next?
Sejak kemenangannya, ramai pereka dan penggiat seni mula menghubunginya. Namun Faris masih mahu mengambil langkah tenang.
“Saya suka fesyen, tapi tak nak sampai saya jemu. Belum pasti nak sambung belajar fesyen secara formal.
“Buat masa ini, saya nak terus explore dan join pertandingan lain. Saya lebih suka karya teaterikal, bukan komersial. Saya nak buat sesuatu yang avant-garde,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FMT Lifestyle
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah keputihan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang rare bagi wanita. Cuma apa yang perlu diberi perhatian adalah sama ada ia jenis normal atau abnormal yang sudah menjadi penyakit.
Macam mana nak bezakan keputihan itu normal atau tak? Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal.
Manakala, cairan seperti susu, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadangkala seperti gumpalan keju yang menimbulkan rasa gatal adalah tidak normal. Lebih parah lagi bila cairan ini berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir.
Kalau anda mempunyai tanda-tanda seperti ini, cepat-cepatlah dapatkan rawatan daripada doktor. Bimbang ada pula kesan sampingan yang lain pula nanti.
Namun, sekiranya masalah keputihan yang dialami masih lagi terkawal, cuba rawat dengan menggunakan 10 cara semula jadi ini supaya ia tidak menjadi lebih teruk.
1. Halia
Rebus halia dan tumbuk kemudian campurkan ke dalam air suam. Minum ramuan ini secara konsisten selama tiga minggu.
2. Pisang
Buah ini kaya dengan vitamin K dan ia boleh dimakan sama ada begitu saja atau dibuat sebagai jus minuman.
3. Cuka epal
Cuka epal atau apple cider boleh mengembalikan kestabilan pH dalam badan dan menghilangkan bau busuk. Campurkan dua sudu cuka epal dalam segelas air dan minum setiap hari.
4. Sayuran hijau
Fresh organic asparagus on a cutting board with Parma ham on a rustic table
Pelbagai jenis sayuran hijau seperti bayam, asparagus, kubis dan bendi mampu untuk membantu mengurangkan keputihan. Sayuran ini mengandungi zat-zat seperti klorofil semula jadi, zat besi, vitamin dan mineral yang lengkap.
5. Biji halba/Daun buah jambu
Rebus dua sudu biji halba/daun buah jambu dalam seliter air selama 30 minit. Tapis dan biarkan ia sejuk kemudian, bilas pada alat sulit.
6. Kanji
Ambil sedikit air daripada nasi yang sedang ditanak dan minum. Selain mengatasi masalah keputihan, ia juga boleh menghilangkan penyakit yang berkaitan dengan perut.
7. Anggur dan madu
Jus anggur juga boleh membantu menghilangkan keputihan. Buah ini mengandungi zat yang boleh melawan bakteria dan virus yang menjadi penyebab keputihan. Jus anggur yang dibancuh boleh dicampur bersama madu dan jika mahu hasil yang lebih cepat, jangan dicampurkan jus tersebut dengan air.
8. Jus basil dan madu
Rebus daun basil dan ambil jusnya. Sebelum minum, letak sedikit madu. Amalkan selama dua minggu pada setiap pagi. Daun ini juga ada dijual dalam bentuk serbuk.
9. Daun buah delima
Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama lada hitam bersama setengah gelas air. Tapis air tersebut dan minum pada setiap pagi selama tiga minggu.
10. Daun sirih
Bersihkan daun sirih dan rendamkan selama lebih kurang dua jam. Basuh alat sulit dengan air rendaman tersebut. Amalkan secara konsisten supaya cepat sembuh.
Kalau tengok pada bahan-bahan yang disenaraikan ni rasanya tak susah nak buat di rumah. Kosnya juga tidak terlalu tinggi. Jadi boleh la korang amalkan tanpa was-was. Hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas di Malaysia tidak sama sekali menjadi penghalang kepada ramai selebriti dan pempengaruh tempatan untuk tampil dalam persalinan paling kreatif, paling berskala besar dan adakalanya, paling pelik sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2023 yang sedang berlangsung di ibu kota.
Paling menyerlah pada hari ketiga sempena tidak lain tidak bukan ialah usahawanita kepada Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza Binti Othman.
Lebih dikenali dengan panggilan Dato’ Seri Vida Vida atau DSV, Vida membuat kemunculan istimewa sebagai tetamu barisan hadapan di acara pertunjukan fesyen Behati garapan pengarah kreatifnya, Kel Wen.
Di acara yang mengangkat tema Pahlawan itu semalam, Vida telah menerima persalinan khas oleh Behati untuk disarungkan berupa gaun metalik head-to-toe yang menampilkan ikatan hijab.
Sudah tentu, jika tidak kontroversial bukan Behati dan Vida lah namanya. Impresi pandangan pertama warganet yang melihat kelibat Vida di platform media sosial sejak semalam telah mencuit hati.
Ada yang tampil menyamakan gaun Vida itu serupa balutan aluminium pada ikan bakar. Malah ada yang bergurau dan meminta Vida untuk tidak ‘mambakar dirinya’ pada suhu yang terlalu tinggi.
“Dato comeback jadi ikan bakar pula ke ni? Gooo.”
“Suhu berapa ya kalau macam ini nak letak dalam airfryer?”
“Aluminium foil aku dah habis.”
Haipp!
Tidak kurang juga yang melihat Vida seakan cuba menampilkan imej angkasawanita.
“Terbaik DSV! Awak suka mencabar diri dengan imej-imej kontroversi ini,” catat warganet yang dikenali sebagai Didy Firdaus.
Malah ada juga warganet yang bertanyakan sekiranya gaun metalik Behati itu dilengkapi dengan pendingin hawa kecil memandangkan ia kelihatan berat serta memanaskan si pemakai.
Apapun pandangan orang ramai, Vida seperti biasa tidak memandang serius apa yang diperkatakan. Sebaliknya Vida sendiri memandangnya dari perspektif humor sambil bertanyakan kepada Kel Wen, “Apa dah jadi ni?” menerusi caption dalam hantaran beliau di Instagram.
Terdahulu, demam KLFW 2023 dimulakan oleh pertunjukan fesyen pertama yang pernah dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang oleh kolaborasi Neonate X SVG, Ahad lalu.
@remaja.my Wah bukan main hebat lagi koleksi terbaru @neonate.company X @svgwrldwide kali ini! Memang betul-betul unik & letops! 🤩💯 Menarik sekali di fashion show kali ini apabila pelbagai jenis model ditampilkan; tak kira umur, saiz badan mahupun ketinggian 🫶🏻 Rakan Media Rasmi: @majalahremaja #majalahremaja#remaja#remajamalaysia#neonatesvg♬ Asian taste trap(971188) – stst-Bonz
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar angin kononnya ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban ‘dianak tirikan’ oleh syarikat labelnya, YG Entertainment kerana tidak muncul di mana-mana minggu fesyen di Eropah kebelakangan ini nampaknya sekadar khabar angin sahaja.
Ini setelah Lisa membuat kemunculan untuk pertunjukan fesyen Celine yang baru sahaja berlangsung di kota fesyen Paris.
Sejak hujung minggu lalu sebenarnya, Lisa telahpun menjadi tumpuan peminat K-pop dan fesyenista global setelah dia memuat naik foto sedang menikmati penerbangan ke Paris di dalam sebuah jet peribadi.
Sebagai duta global kepada jenama Celine, Lisa nampaknya diberikan layanan kelas pertama! Siap ada tas tangan Celine yang terukir namanya lagi di tempat duduk bersebelahan.
Apa yang menjadikan penerbangan Lisa ini lebih tular adalah apabila peminat percaya bahawa idola mereka ini sebenarnya berada dalam jet peribadi sama mirip ahli grup BTS, Kim Taehyung aka V yang juga dijemput ke Paris bagi menyaksikan pertunjukan fesyen itu.
Tempat duduk warna sama,checked. Siling dan dinding pesawat sama, checked! Namun, tiada siapa dapat mengesahkan sama ada duo K-pop tersebut berada dalam pesawat sama ataupun tidak.
ARTIKEL BERKAITAN :
*
Kehadirian Lisa dan V di pertunjukan fesyen Celine pada pagi ini bukan saja diiringi teriakan para Blinks dan Army di luar lokasi. Turut serta ialah pelakon kacak Korea Selatan, Park Bogum.
Seperti dijangka, stail Lisa tidak mengecewakan apabila dia memilih persalinan two-piece minimal namun tetap elegan; bersesuaian dengan koleksi pakaian lelaki Celine yang diperagakan pada kali ini.
Halter top hitam mengilau menambah seri wajah Lisa yang dirias ringkas, manakala celana pendek – juga berwarna hitam – memberi bayangan kaki panjang yang dimilikinya.
Bukan setakat itu, Lisa juga sempat melakukan tarian ‘Lalisa’ setelah terdengar lagu tersebut dimainkan oleh Blinks! Haih, memang untung kan mereka.
— BLACKPINK BLINK UNION🌷 (@BBU_BLACKPINK) June 26, 2022
V tidak kurang hebatnya apabila memilih jaket kulit merah yang dipadankan dengan aksesori rantai bold. Manakala, Park Bogum turut digayakan dengan aksesori rantai mirip V bersama persalinan sut biru gelap dan turtleneck hitam.
Ternyata, dominasi selebriti daripada Korea Selatan begitu dirasai di Minggu Fesyen Paris.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!