Warna-Warna Terang Penuhi Karpet Merah Emmy’s 2019, Paling Cantik Ialah..

Share

 

Anugerah Emmys 2019 baru saja berakhir pada hari ini dan apa yang kami masih fikirkan adalah betapa ‘terangnya’ karpet ungu merah dengan barisan selebriti ini.

Mereka tidak takut untuk memilih warna terang walaupun ramai pelakon yang selalunya selesa memilih warna pastel, metalik ataupun hitam.

Jom lihat 6 gaya pilihan REMAJA.

 

MJ Rodriguez

Pelakon siri POSE di siaran Netflix ini berani memakai gaun hot pink rekaan Jason Wu. Kemudian, MJ memadankan dengan warna bibir fuchsia

dengan solekan mata smokey. Detailing dua riben pada bahagian pinggang melengkapkan lagi look ini.

 

Janet Mock

Tak semua orang boleh pull off dress rekaan Valentino Haute Couture. Tetapi tak semua orang ialah Janet Mock. Seorang lagi pelakon siri Pose menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan dengan warna terang seperti jingga. Perincian tafetta di bahagian bahu depan dan belakang nampak kemas terletak walaupun Janet sebenarnya berbadan kecil.

 

Kendall Jenner

Is that latex??

Kendall Jenner membuktikan bahawa dia bukanlah calang-calang model apabila berdiri sebaris dengan pemenang best dressed di karpet merah Emmys hari ini walaupun ramai yang tidak menjangkakan kehadirannya. Kendall memilih gaun rekaan pereka London, Richard Quinn dan kembali mewarnakan rambutnya brunette. 

 

Zendaya

O.M.G

Pada mulanya, penulis menyangka ini adalah dress rekaan Versace kerana siluetnya mirip dress yang pernah disarungkan oleh Selena Gomez di anugerah Grammy. Namun, dress hijau zamrud dengan piping korset di bahagian bodice ini direka khas oleh Vera Wang. Cantik sangat!

 

 

Julia Garner

Pelakon siri HBO, Game of Thrones mungkin berbangga apabila drama tersebut memenangi Drama Terbaik 2019.

Namun pelakonnya, Julia Garner jelas menewaskan rakan-rakan pelakonnya yang lain seperti Arya Stark, Sansa Stark, Cersei Lannister dan Brienne of Tarth apabila dia cantik dalam persalinan Cong Tri Spring 2020.

Everything about this dress is so smooth. Dari draping, cutout dan warna terang, semuanya on-point.

 

Kathryn Newton

Kathryn Newton ialah antara selebriti pertama yang tiba di karpet merah dan dia telah meletakkan standard yang cukup tinggi dengan dress Ralph Lauren Fall 2019. Ia diinspirasikan daripada potongan tuxedo vest dan adalah imej yang cukup kena dengan musim panas.

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

IKLAN