Kata pengguna Twitter @fxwxb, dia terserempak dengan Lee Peng semasa berada di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan serta-merta dapat mengecam perkataan ‘Harimau Malaya’ pada baju T polo yang dipakai Lee Peng. Mana tidaknya, hanya atlet negara sahaja yang akan memakai baju tersebut sewaktu latihan dan kejohanan.
Ads
@fxwxb turut mendapati atlet wanita yang berkerusi roda itu memegang helaian artikel surat khabar yang menunjukkan dirinya dengan tajuk berita berbunyi, “Bekas Perenang OKU Paralimpik OKU Dicemuh”.
Menurut Berita Harian, beliau pernah dikecam dan tidak diendahkan sewaktu menjual kertas tisu di Bukit Mertajam beberapa tahun lalu; di mana masyarakat pada waktu itu pernah menuduhnya sebagai agen sindiket serta pendatang haram dari negara Vietnam, Thailand atau Filipina.
Someone was selling this tissue cover in Bukit Bintang yesterday. She was in her wheelchair, & wearing the recognizable ‘Harimau Malaya’ polo shirt.
She was holding a torn up laminated newspaper, and I could only make up what the title was-
Sewaktu pertemuan itu, Lee Peng tidak malu untuk memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas atlet dari Pulau Pinang. Biarpun dahulu beliau pernah bergelar salah seorang atlet paralimpik harapan negara, beliau tidak malu dengan pekerjaan semasanya sebagai penjual kertas tisu.
Bukan bermakna beliau ‘sukakan’ perkerjaan itu. Satu ketika dahulu, Lee Peng pernah mendapatkan pekerjaan pejabat. Namun disebabkan keadaan bangunan syarikat tersebut yang tidak mempunyai kemudahan lif, beliau tidak kekal lama di sana.
Ads
*
Dengan isu yang sedang melanda atlet Malaysia termasuklah pemotongan peruntukan, elaun dan sesetengahnya dibiarkan saja tanpa bantuan sewajarnya walaupun mereka pernah membanggakan negara, satu-persatu kisah hidup seperti yang melanda Koh Lee Peng ini mula mendapat perhatian masyarakat.
Jujurnya, gelaran ‘atlet kebangsaan’ tidak menjamin kehidupan selesa. Situasi ini jelas sukar untuk dihadam warganet yang selama ini merasakan atlet kebangsaan mendapat pembelaan walaupun selepas mereka bersara daripada arena sukan.
Ads
Apa yang ditakutkan adalah jumlah individu berbakat dalam bidang sukan yang selepas ini enggan mendedikasikan diri mereka serta mewakili negara dalam kejohanan disebabkan isu kebajikan atlet yang seakan tidak berkesudahan ini.
Usah kita berfikiran sempit mengenai hal kebajikan atlet. Kebajikan di sini tidak semestinya bermaksud bantuan wang tunai atau barangan secara ‘one off’ sewaktu mereka memerlukannya. Masa depan para atlet negara jauh melebihi semua itu.
Sebagai contoh, antara solusi yang boleh dikaji oleh pihak berkaitan adalah bagaimana bekas atlet kebangsaan seperti Koh Lee Peng boleh menyumbang semula kepada negara dalam skop atau cabang lain dalam kem sukan. Mereka yang berpengalaman ini boleh ditawarkan dengan jawatan yang berkait rapat dengan kebolehan serta ilmu dalam bidang sukan yang mereka ada.
Sekurang-kurangnya, bukan saja kebajikan mereka terbela dengan mempunyai punca pendapatan setelah bersara sebagai atlet.
Malah mereka dapat melalui kehidupan dengan positif apabila mengetahui pekerjaan yang mereka lakukan itu bermakna dan dekat dengan hati mereka. Tidak bermakna pekerjaan menjual tisu itu tidak bermakna. Namun untuk atlet seperti Koh Lee Peng terjun dari bidang sukan paralimpik ke pekerjaan tersebut adalah ibarat langit dan bumi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian mengejutkan beberapa hari lalu di set penggambaran filem berjudul Rust di New Mexico, Amerika Syarikat telah mendapat perhatian pemerhati dunia seni Hollywood.
Bagi korang yang belum mengetahui mengenai kejadian tersebut, ia membabitkan pelakon Alec Baldwin, 63. Beliau dilaporkan tidak sengaja menembak mati seorang juru sinematografi wanita bernama Halyna Hutchins dan mencederakan pengarah filemnya, Joel Souza semasa dia mencuba prop pistol yang telah diberikan kepadanya.
Alec Baldwin dilihat kecewa dan bergegas untuk membantu dua orang mangsa semasa dia berada di set penggambaran Rust. Sumber Foto : Page 6
Tanpa mengetahui pistol tersebut merupakan pistol sebenar yang mengandungi peluru, pelakon yang popular dengan program Saturday Night Live itu mencubanya di belakang tabir. Tembakan yang tidak disengajakan itu akhirnya mengenai dua orang mangsa tersebut.
Malangnya selepas mereka berdua diterbangkan ke Hospital Universiti New Mexico di Albuquerque, Halyna tidak dapat diselamatkan. Manakala, Joel pula telah dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari selepas hari kejadian.
Juru sinematografi wanita bernama Halyna Hutchins yang maut selepas kejadian di set penggambaran filem Rust. Sumber Foto : Page 6
Insiden ini sekaligus telah membuka mata penggiat seni di Hollywood berkenaan keadaan bekerja di set penggambaran dan faktor keselamatan semua orang yang terlibat sama ada di hadapan kamera atau di sebalik tabir.
Kenyataan rasmi daripada produksi filem di mana Alec merupakan pelakon dan penerbitnya berkata, “Seluruh pelakon dan kru amat-amat berdukacita di atas tragedi yang berlaku pada hari ini, dan kami ucapkan takziah kepada ahli keluarga Halyna dan mereka yang menyayanginya.”
Anak Saudara Akhirnya Bersuara
Seperti yang diketahui oleh peminat Alec, keluarga Baldwin merupakan di antara keluarga penggiat seni hiburan yang cukup popular di Amerika Syarikat. Bukan hanya Alec yang berjaya menempa nama sebagai insan tersohor di sana.
Adik beradik Alec sendiri yang terdiri daripada 4 orang lelaki juga merupakan pelakon, penerbit, pengarah dan penulis skrip seperti Daniel Leroy Baldwin, William Joseph Baldwin dan Stephen Andrew Baldwin. Anak perempuan Alec iaitu Ireland Eliesse Baldwin juga telah berkecimpung dalam dunia fesyen sebagai model.
Namun, nama Hailey Rhode Bieber semestinya lebih popular berbanding Ireland. Sebagai seorang model, sosialit dan isteri kepada Justin Bieber, anak saudara Alec ini juga merupakan anak kepada Stephen Baldwin.
Berhubung tragedi ini, Hailey telah mengambil masa beberapa hari sebelum memberikan responnya. Kata Hailey menerusi hantaran Instagram Story:
“Saya ingin kirimkan kasih sayang saya kepada keluarga Hutchins.
“Ini adalah tragedi yang sukar untuk dibayangkan dan dahsyat. Saya juga berharap agar Joel Souza pulih dengan segera. Saya benar-benar kasihani semua orang yang terlibat.”
Buat masa ini, kertas siasatan telahpun dibuka oleh pegawai berkuasa di sana. Para detektif juga dilaporkan telah memanggil saksi di tempat kejadian untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai situasi sebenar semasa tragedi tersebut berlaku.
Restoran makanan segera terkenal dunia, McDonald’s baru-baru ini telah pun memuat naik hantaran di laman Facebook mereka mengatakan bahawa McDonald’s berbesar hati untuk belanja seramai 65,000 Abang dan Kakak rider yang singgah di mana-mana restoran mereka pada hari ini (12 Julai 2021).
Individu yang bekerja sebagai penghantar makanan bakal menikmati set hidangan Quarter Pounder (saiz sederhana) dengan keju sebagai penghargaan buat komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh para rider. Mereka hanya perlu menunjukkan ID rider untuk menebus.
Kempen yang dinamakan ‘Lek Lu McD Belanja’ ini bakal berlangsung pada jam 2 petang sehingga 5 petang. 65,000 rider pertama boleh menebus set hidangan Quarter Pounder bersaiz sederhana.
So, abang dan kakak rider kalau korang lalu di mana-mana restoran McDonald’s yang terdekat bolehlah singgah sekejap untuk menebus.
McDonald’s juga mengajak pelanggan-pelanggan mereka untuk menunjukkan penghargaan kepada barisan frontliners ini dengan cara mereka sendiri.
Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal, terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie.
Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ihsan, menjelaskan bahawa pada awalnya dia menaiki motosikal untuk membaca meter air di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian.
Ketika melakukan kerjanya, secara tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakangnya.
“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik,” katanya.
Lebih menyayat hati, saksi itu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan salah seorang mangsa yang menyebut ‘Allahuakhbar’ ketika menahan kesakitan.
“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
“Saya lihat penunggang motosikal itu bergerak sedikit demi sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” tambahnya lagi.
Selain itu, Ihsan memberitahu, dia juga melihat seorang lagi mangsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung.
Sekadar informasi, nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam. semalam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.