Bencana banjir kilat, tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang berlaku sepanjang tiga hari ini telah menjadi topik perbualan segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
Bagi yang berdepan dengan situasi runcing di lokasi masing-masing seperti kediaman dinaiki air atau kenderaan terperangkap di lebuh raya, platform media sosial-lah yang menjadi tempat meluahkan kisah dan perasaan.
Bagi yang membaca dan melihat video serta foto yang dikongsikan olah warganet lain pula, rasa simpati dan empati pantas menyelubungi diri.
Banyak pihak yang secara sukarela menawarkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Antara pihak yang tampil ke hadapan ialah pihak taman tema terkenal, Sunway Lagoon.
Tanpa menghebahkan kepada pihak media mengenai usaha yang mereka lakukan ini, pengendali akaun Twitter Sunway Lagoon terpanggil dengan sahutan warganet yang mengharapkan agar mereka menghulurkan bantuan seperti pelampung kepada insan yang terkesan dengan bencana banjir.
Ads
Lantas, Sunway Lagoon membalas semula ciapan tersebut dengan menyertakan foto-foto di sebalik persediaan yang sedang mereka lakukan untuk menghantar bantuan.
Antara barangan yang kelihatan termasuklah sampan, payung dan apa yang kelihatan seperti pelampung (yang belum diisi angin) atau jaket keselamatan.
“Kami telah menghantar barangan keperluan dan memberikan bantuan kepada pasukan penyelamat. Kumpulan Sunway telah menghantar bantuan sejak malam tadi. Selain itu, kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kemas kini terkini,” catat mereka.
Ads
Tindakan Sunway Lagoon untuk membantu mangsa bencana ini serta-merta menerima pujian warganet yang beranggapan mereka sensitif terhadap nasib rakyat.
“Terima kasih Sunway Lagoon, daripada semua rakyat.”
“Serius, memang mantaplah Sunway Lagoon.”
Ads
“Tak sia-sia kita orang support Sunway Lagoon selama ini.”
“Terima kasih kerana selalu ada bersama kami.”
Kudos Sunway Lagoon! Malah ada yang berjanji untuk ke taman tema tersebut pada musim cuti semester yang akan menjelang tidak lama lagi demi membalas semula kebaikan mereka ini.
Teruskan hulurkan bantuan sedaya mungkin bagi meringankan beban rakan-rakan kita yang sedang bergelut dengan kesan bencana banjir sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di sebalik isu penutupan sebuah kelab golf kerana pekerja dijangkiti COVID-19, di media sosial ramai menyifatkan kejadian ini melibatkan kluster kayangan. Ini kerana permainan ini kerap dikaitkan dengan golongan berada.
Ramai yang bimbang kerana wabak ini mudah menular tetapi pelik kerana kelab ini masih dibuka untuk dikunjungi peminat sukan ini tapi akhirnya ia akhirnya membawa kepada siasatan pihak berkuasa kerana ingkar arahan menutup premis.
Laporan Harian Metro hari ini, polis membuka kertas siasatan terhadap sebuah kelab golf di sini yang dipercayai ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana masih melakukan aktiviti walaupun telah diberi notis penutupan semalam susulan beberapa pekerjanya dilaporkan positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan di Balai Polis Damansara daripada pihak KKM semalam yang mendakwa premis berkenaan yang sepatutnya ditutup mulai Ahad, melanggar syarat arahan penutupan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan asrama pekerja kelab golf berkenaan.
Terdahulu, Nik Ezanee membuat pemantauan di asrama pekerja kelab golf itu yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini sehingga 25 Okt susulan kes positif Covid-19 membabitkan pekerja yang tinggal di asrama itu.
Setakat ini, 23 pekerja warga tempatan dan warga asing di asrama pekerja kelab berkenaan dilaporkan positif Covid-19.
Jelasnya, 11 individu yang positif dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala 12 lagi masih berada di asrama berkenaan dan akan dibawa ke hospital hari ini.
Menurut beliau, 597 pekerja lagi dijangka menjalani saringan Covid-19 yang dijadualkan Rabu ini.
Nik Ezanee berkata, 20 anggota polis ditempatkan untuk memantau kawasan kelab itu.
Selain itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan penularan wabak ini yang semakin meruncing di kawasan Petaling Jaya dengan menjaga keselamatan dan kebersihan diri. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 22 tahun, kebanyakan remaja masih struggle untuk menghadapi peperiksaan akhir semester.
Namun bagi Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran, usia hanyalah angka semata apabila beliau mengangkat sumpah pada perasmian sidang Dewan Rakyat, semalam.
Sekaligus, penuntut jurusan undang-undang yang lebih mesra dikenali sebagai Praba ini mencatat sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda Malaysia, mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pekan pada usia 23 tahun.
But nothing could prepare Praba for what happened yesterday.
Praba mengakui tergamam dengan insiden protes keluar dewan yang dilakukan oleh kumpulan pembangkang semalam. Beliau sendiri tak menyangka pengalaman hari pertama menyertai sidang Dewan Rakyat akan berlangsung sebegitu rupa.
“Adakah ini sidang Dewan Rakyat yang sebenar? Nampaknya, saya perlu cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran di sini dan belajar selok-belok (di Dewan Rakyat),” kata Praba yang juga sempat belajar cara menepuk meja dengan betul dari rakan Ahli Parlimen bersebelahan.
Walaupun gementar dan merasakan tanggungjawab berat perlu dipikul selepas mengangkat sumpah sebagai ahli dewan, Praba merasa lebih bersemangat untuk mewakili suara rakyat dan suara orang muda.
“Amanah rakyat perlu saya pikul sebaik mungkin. Apapun, saya harapkan tunjuk ajar daripada Ahli Parlimen yang lebih berpengalaman agar tugas (saya) dapat berjalan lancar.
“Lagipun di sebelah saya ialah Ahli Parlimen senior dari Sabah, apa-apa saya boleh bertanya kepada beliau,” kata Praba kepada rakan media di NSTP.
Praba ialah antara 221 daripada 222 orang wakil rakyat yang mengangkat sumpah semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin terkecuali kerana sedang menerima rawatan selepas pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Khamis lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai masyarakat kita mudah terpedaya dengan produk yang claim boleh rawat sakit lutut, sakit belakang, gout, lelah, asma, resdung dan sebagainya.
Ada juga yang percaya kerana bila mereka try, sungguh memang mujarab. Tapi sebenarnya korang tahu tak kenapa ubat tu sangat berkesan. Ini kerana, produk-produk ‘tradisional’, ‘herba’ dan ‘natural’ ini lazimnya telah dicampur palsu dengan steroids.
Baru-baru ini, page Public Health Malaysia ada membongkar satu produk herba yang kononnya mampu merawat penyakit kronik namun disebaliknya mempunyai bahan bahaya kepada tubuh badan.
Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman dan sedar tentang bahaya produk mengandungi steroids dan barang terlarang.
facebook Public Health Malaysia.
facebook Public Health Malaysia.
Kesan sampingan jika ambil ubat steroid untuk tempoh yang lama & tanpa pengawasan doktor
Kesimpulannya, sebelum korang terpedaya dengan mana-mana produk yang kononnya dikatakan ‘ubat tradisional’, ‘herba’ atau ‘asli’ tu, pastikan rujuk terlebih dahulu dengan doktor atau pharmacist yang merawat korang.
Tak berbaloi wey gadaikan kesihatan untuk produk yang boleh buat sakit hilang untuk sementara tapi merana seumur hidup.
Jangan dah jadi pada ahli keluarga sendiri baru korang nak menyesal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.