Permohonan vaksin AstraZeneca iaitu vaksi ketiga negara selepas vaksin jenis Pfizer dan Sinovac mula dibuka kepada orang ramai secara sukarela bermula 12 tengah hari tadi.

Melihat kepada hantaran yang dikongsikan warganet di media sosial, ramai yang berjaya menempah slot masing-masing bagi suntikan AstraZeneca. Ini termasuklah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah mendaftar lalu menyeru orang ramai untuk mempercayai efektifnya vaksin ini.

Kini, mereka hanya perlu menunggu butiran temujanji yang akan diberikan secara notifikasi dalam tempoh 48 jam. Notifikasi yang akan diberikan menerusi aplikasi MySejahtera ataupun sistem mesej itu adalah setelah pemohon disahkan menetap di Kuala Lumpur dan Selangor.

IKLAN

Begitupun, tidak kurang juga ada pemohon yang gagal untuk mendapatkan pengesahan. Ia mungkin berlaku disebabkan trafik pendaftar yang terlalu ramai pada satu-satu masa setelah ia dibuka tengah hari tadi.

Warganet Kongsi Berjaya Daftar Suntikan Vaksin AstraZeneca, Tinggal 50k Slot!

Tapi korang jangan risau. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter beliau sebentar tadi, kini masih ada sekurang-kurangnya 50,000 slot kosong di empat lokasi PPV berserta tarikh tertentu.

IKLAN

Antaranya termasuklah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Dewan 1, Bangunan Peperiksaan, Universiti Malaya (UM) dan Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

IKLAN

Jadi, bagi korang yang masih belum mendaftar, layari vaksincovid.gov.my untuk mendaftar di lokasi berserta tarikh pilihan masing-masing. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi saja talia 1-800-888-828.

Untuk pengetahuan, suntikan vaksin AstraZeneca ini buat masa ini dikhaskan kepada penduduk di Lembah Klang dan Selangor dengan sejumlah 268,600 dos. Ini kerana kawasan ini mencatatkan risiko jangkitan wabak COVID-19 tertinggi negara.

YB Khairy Jamaluddin dalam sidang media turut memaklumkan bahawa vaksin AstraZeneca turut ditawarkan kepada negeri Sarawak namun masih belum mendapat pengesahan daripada kerajaan negeri.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI