Semalam merupakan hari pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun kepada pihak awam untuk melawatnya secara percuma.
Biarpun ia telah disiap sejak tahun lepas dan dijadualkan untuk dibuka pada bulan xx lagi, namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, pelancarannya hanya dapat diadakan pada bulan ini.
Dengan memakan kos lebih kurang RM3.8 juta, taman tersebut telahpun dibina selama dua tahun sejak 2018 lagi. Asalnya, ia adalah sebahagian daripada Taman Tasik Shah Alam sedia ada dan sebahagian daripada kawasan tersebut diambil untuk ditransformasikan kepada aset tarikan terbaru.
Ads
Usaha pelancongan ini juga diambil memandangkan ramai pelabur dan penduduk tetap yang berasal dari Jepun di negeri Selangor, terutamanya di ibu negeri Shah Alam yang menempatkan banyak kilang syarikat pembuatan Jepun.
Justeru, dengan wujudnya Taman Persahabatan Selangor-Jepun ini, ia adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak dari Jepun dan kerajaan negeri berharap agar pelaburan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.
Ads
Bagi korang yang menetap di Selangor dan berminat untuk mengunjungi Taman Persahabatan Selangor-Jepun bersebelahan dengan Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini, ia dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
Dapat lah korang feeling seperti berada di Osaka, Hokkaido dan bandaraya utama di Jepun lain bila mengambil foto OOTD di sini.
Ads
Antara spot menarik yang ada di dalam taman rekaan Sitelink Landscape Architect ini ini termasuklah Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), Laman Refleksologi dan Laman Teres.
Selain itu, ia juga akan dimeriahkan dengan program persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor pada setiap hari minggu.
Sukan silat bukan hanya didominasi oleh para atlet ‘jantan’. Ramai juga puteri silat yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti pesilat negara; Siti Rahmah.
Dalam banyak-banyak pingat acara antarabangsa yang sudah ‘dicekup’ kemas dalam genggaman Siti, pengalaman memperoleh pingat semasa Sukan SEA di Indonesia adalah antara yang tak boleh dilupakan olehnya. Kenapa?
Jom ikuti temubual eksklusif REMAJA bersama Siti sebelum dia melangkah ke gelanggang #KL2017.
Bagaimana Siti boleh terlibat dalam Pencak Silat?
Siti Rahmah: Sebelum silat, saya pernah sertai sukan Taekwando kerana minat dalam sukan mempertahankan diri. Tetapi malangnya, ada sedikit masalah yang berlaku antara saya dan persatuan lalu membuatkan saya berhenti daripada menyertai sebarang pertandingan.
Selepas perkara itu berlaku, ada kawan yang mengajak saya untuk menyertai silat tetapi saya menolaknya ada peringkat awal. Bayangkan, saya tak tahu menahu tentang steps dan teknik permainan silat, bagaimana saya nak berdepan dengan lawan kalau begitu?
Setelah dipaksa, saya turutkan sajalah kehendak kawan tadi dan saya sertai silat pada tahun 2008. Selepas hanya tiga bulan saya sertai latihan, nama saya tiba-tiba naik untuk menyertai SUKMA pada waktu itu.
Syukur Alhamdulillah, saya berjaya memenangi kategori yang dipertandingkan dan bermula dari situlah, saya mula lebih bersemangat untuk teruskan kemenangan.
Siapa pendorong Siti yang paling setia?
Siti Rahmah: Tentulah ibu saya. Pernah sekali saya kalah dalam satu pertandingan dan saya terus menelefon ibu untuk memberitahu dia. Dia menangis dalam ganggang telefon dan bertanya seorang-seorang, mengapa doanya pada kali ini tak dimakbulkan.
Ibu memang nakkan saya menang sentiasa. Bermula dari hari itu, saya tekad untuk tak mahu mengaku kalah dan berusaha lebih lagi.
Pesilat negara, Siti Rahmah. Foto: Izari Rosli
Apakah pengalaman bertanding yang tak dapat Siti lupakan?
Siti Rahmah: Kalau nak bercakap mengenai kenangan indah, tentulah apabila saya berjaya meraih kejayaan dan naik ke atas podium.
Tapi kalah bercakap mengenai pengalaman buruk, yang paling saya tak boleh lupakan adalah sewaktu saya kalah pada Sukan SEA Indonesia.
Pada waktu itu, saya sudah berada di peringkat akhir. Sebaik saja saya melangkah masuk ke dalam gelanggang, penyokong Indonesia melemparkan botol dan menjerit ‘boo’ kepada saya.
Bukan saja saya, ketika nama pemenang (dari negara lain) diumumkan di akhir pertandingan, mereka juga menjerit ‘boo’. Saya rakan pada masa itu, walau apa pun keputusannya, mereka akan ‘boo’ tak habis-habis kerana atlet dari negara mereka tidak berjaya ke peringkat final.
Saya rasakan itu ibarat satu igauan ngeri dalam hidup, Saya pasti tak merasa seronok untuk bertemu dengan lawan dari Indonesia kerana attitude yang ditunjukkan oleh penyokong ekstrem mereka.
Wow, that must be really hard for you.
Siti Rahmah: Ya.
Bagaimana Siti mengekalkan stamina pula?
Siti Rahmah: Selain berdisplin ketika latihan, saya juga mengikuti jadual diet ketant yang diberikan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Saya tak mengambil langsung makanan luar.
Bila pertandingan dah dekat, saya semakin menjaga pemakanan saya. Saya akan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan makanan ringan. Zilch!
Selain itu, saya juga mengambil suplemen yang diberikan oleh ISN seperti Vitamin C, A dan lain-lain.
Sedikit nasihat daripada Siti untuk remaja yang ingin menyertai sukan Silat.
Siti Rahmah: Saya amat menggalakkan mereka untuk menyertai silat kerana silat ini ibarat budaya kita. Ia lebih menjaga adab dan ada batasnya.
Bagi perempuan pula, sukan ini baik untuk kamu melindungi diri.
Pesilat negara bersama pengurus sukan MASOC. (Dari kiri : Fauzi Khalid, Siti Rahmah, Mohd Rafee Majid, Faizul Nasir dan Al-Jufferi Jamari. Foto: Izari Rosli
Candid With Siti Rahmah
Ciri-ciri seorang atlet Pencak Silat yang berjaya adalah…
Training hard, no cheat day. Dan kamu perlu hormat jurulatih kamu. Sentiasa ingat keluarga kamu terutamanya ibu kamu.
Dalam masa 10 tahun akan datang…
Saya ingin menjadi jurulatih dan merurunkan segala ilmu serta pengalaman yang saya ada kepada generasi baru pula.
Hobi kamu tetapi kekangan masa menyebabkan kamu perlu melupakannya…
Menonton wayang haha. Sedih tau!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata atlet hanya berbadan sasa dan fit saja?
Ada juga di kalangan mereka wujud dengan pakej wajah kacak tau. Memang perfect bachelor lah macam tu.
Salah seorang yang menjadi bualan di Sukan Asia 2018 yang sedang berlangsung di indonesia sekarang ialah Jonatan Christie, pemain badminton Indonesia.
Atlet berusia 21 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Jojo ini baru saja memenangi pingat emas pertama Indonesia dalam sukan Badminton hari ini selepas mengenepikan atlet Taipei, Chou Tienchen.
Namun, bukan kejayaannya saja menjadi perbualan ramai, pakej wajah kacak menyerupai pelakon Korea, Im Siwan juga hangat diperkatakan. Siwan selalu menghiasi drama Korea dan baru-baru ini mendaftarkan diri untuk program ketenteraan di sana. Ada juga penonton yang menyamakan Jojo dengan ahli kumpulan Seventeen iaitu DK.
Jonatan (kiri) dan DK (kanan).
Jonatan (kiri) dan Siwan (kanan).
Hhm, sama ke tak wajah mereka bertiga ini, it is up to your judgement. Namun, tak dapat dinafikan Jojo memang kacak.
Jom tengok siapa 4 lagi atlet kacak yang mewakili negara mereka pada Sukan Asia 2018.
01
Quah Zheng Wen (Singapura – Renang)
Baru berusia 21 tahun, Quah membantu pasukan Singapura meraih pingat gangsa renang berganti-ganti 4 x 200 meter dan mencatatkan rekod kebangsaan Singapura yang baru.
02
Pham Phuoc Hung (Vietnam – Gimnastik)
Dia mungkin kin bergelar atlet senior berbanding rakan sepasukan gimnastik artistik untuk pasukan Vietnam. Namun, paras rupanya langsung tak menampakan kesan penuaan.
03
Zubin Percy Muncherji (Singapura – Olahraga)
Walaupun tak mencapai target yang ditetapkan, pelari 400 meter berusia 22 tahun ini masih merupakan pemegang rekod kebangsaan untuk Singapura dengan catatan 47.02 saat.
04
Hakimi Ismail (Malaysia – Lompat Kijang)
Walaupun dilihat gagal menyerlah pada Sukan Komanwel Gold Coast pada awal tahun ini, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 berusia 27 tahun ini tekad dengan azam untuk memperbaharui catatan peribadi terbaik, 16.77 meter kali ini
05
Al-Jufferi Jamari (Malaysia – Pencak Silat)
Ya, Jufferi mungkin berdepan dengan kekecewaan setelah dilanda isu ketidak adilan pemarkahan oleh panel semasa perlawanan akhir silat semalam sehingga perlu ditenangkan. Namun, atlet kacak ini tetap merupakan hero kepada rakyat Malaysia kerana kita semua tahu kredibiliti dan ketangkasan yang dimiliki bukan mudah untuk ditangani.
HOT KE IDAK?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Hafidz Roshdi yang sebelum ini menjadi bualan hangat warganet apabila terpalit dengan isu curang dan polemik rumah tangga bersama Nurul Shuhada.
Baru-baru ini, bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menzahirkan kesyukuran buat pihak media atas penerbitan artikel mengenai kerjayanya dalam industri seni tempatan.
Selain itu, Hafidz turut mengakui kata-kata semangat yang dititipkan penerbit terkenal tanah air, Tuan Jaja Ishak buat dirinya adalah sebagai usaha untuk memperbaiki diri dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Hafidz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya di dalam industri. Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Tuan Jaja Ishak.
“Seorang Penerbit yang saya hormati dan segani. Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.
“Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian,” coretnya pada hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya kini bersedia untuk kembali berkhidmat sebagai seorang pelakon demi menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan bapa selain untuk mencari rezeki yang halal.
“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar.
“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima Hafidz, dengan rendah diri Hafidz dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.
“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan Hafidz terus menerima rezeki yang halal,” ujarnya lagi.
Dalam kesempatan itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada orang ramai atas salah silapnya selama ini.
Dia juga berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini selain memaklumkan isu peribadi membabitkan dirinya itu akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.
“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz.
“Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.