Wanita Ini Panggil Priyanka Chopra Hipokrit Di Khalayak Ramai, Berani Sungguh!

Share

Semalam, kecoh di laman Twitter menyaksikan bagaimana pelakon, Priyanka Chopra digelar hipokrit di khalayak ramai.

Dalam insiden yang terjadi di US City, Los Angeles, soalan dibuka kepada penonton menyebabkan Ayesha Malik melontarkan kata-kata tersebut.

“Agak sukar untuk saya mendengar kamu berkata-kata berkaitan kemanusiaan kerana sebagai jiran kamu iaitu Pakistan saya tahu kamu adalah seorang yang hipokrit kerana pada 26 Februari lalu, kamu tweet ‘Jaihind #IndianForcedArmy.

“Kamu adalah bekas Duta Keamanan UNICEFF dan kamu Tweet menggalakkan perang nuklear dengan Pakistan, tiada yang menang dalam perkara ini.

“Sebagai salah seorang orang Pakistan, berjuta orang macam saya yang menyokong kamu dan kamu inginkan perang nuklear,” katanya sebelum mikrofonnya dirampas sekuriti.

Susulan itu, Priyanka menjawab tuduhan tersebut.

“Bila-bila sahaja kamu habis bercakap. Dah? Okay. Saya ada ramai kawan dari Pakistan dan saya berasal dari India. Perang bukanlah sesuatu yang saya gemar tapi saya adalah seorang yang patriotik.

“Saya memohon maaf jika saya menyakiti sentiment orang yang menyukai saya atau pernah menyukai saya tapi saya merasakan bahawa kita semua akan berhadapan dengan situasi di mana kita harus berperang seperti mana kamu kini berdepan dengan saya.

“Jangan menjerit, kita semua disini adalah demi kasih-sayang dan keamanan. Jangan malukan diri kamu. Terima kasih atas soalan dan semangat kamu,” balas isteri kepada Nick Jonas itu.

Ayesha bagaimanapun meluahkan kekesalannya di laman Twitter apabila Priyanka meminta agar dia tidak menjerit.

“Saya tahu saya betul. Dia (Priyanka) cakap jangan menjerit. Dia nampak mikrofon saya kena rampas, macam mana kamu nak dengar kalau saya tak tinggikan suara?” luahnya kesal.

Untuk pengetahuan, ketegangan antara India dan Pakistan semakin meningkat sejak minggu lalu selepas Perdana Menteri India,Nahendra Modi menarik kembali status autonomi yang memberikan keistimewaan kepada masyarakat Jammu dan Kashmir untuk mempunyai perlembagaan sendiri, kuasa perundangan dan eksekutif terhadap rakyatnya selain mempunyai kuasa autonomi yang lebih besar berbanding negeri-negeri India lain.

Hanya warga tempatan di negara itu yang dibenarkan untuk memiliki harta atau memegang jawatan dalam kerajannya seperti mana yang terkandung di dalam Artikel 370.

IKLAN