Mungkin tidak semua sudah berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Electric Train Service (ETS) yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sekitar 9 tahun lalu.
ETS merupakan perkhidmatan laju antar bandar diantara Penang Sentral, Butterworth dan Kuala Lumpur. Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 145 km/jam dan boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang.
Untuk korang yang mungkin tidak pernah naik dan teringin nak merasa, kami nak kongsikan sedikit beberapa info tentang coach-coach yang terdapat dalam ETS ini daripada sumber Malaysia Viral, hasil perkongsian dari FB AisyahFitrah.
Coach A
Coach depan sekali kalau menghala ke arah selatan (KL Sentral)
Ads
Coach B
Coach kedua depan. Dekat coach ni ada tandas antara coach A-B
Coach C
Coach tengah. Kalau korang rasa lapar bolehlah cari makan di coach ini kerana lokasi kafe berada di coach C. Antara coach C dan D juga ada surau untuk bersolat. Tapi tak besar mana, bolehlah untuk masuk berdua
KafeSurau
Coach D
Disini terdapat banyak kemudahan Kemudahan untuk individu OKU seperti ruang dan tandas bagi mereka
Ads
Coach E
Coach ini juga terdapatnya tandas. Antara coach E-F
Coach F
Merupakan coach paling hujung, tapi kalau nak menghala ke utara, coach ini la yang paling first
Dinasihatkan kalau nak book tiket tu, biar awal sikit sebab takut nanti penuh pula. Lagi-lagi kalau musim perayaan atau hari minggu, memang cepat habis.
So, weekend ni nak pergi mana guys?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai anak, tentunya kita selalu mengharapkan agar ibu bapa kita berbangga dengan kejayaan kita dalam apa jua segi.
Tak kiralah dalam bidang pelajaran, sukan, hobi dan paling penting dari segi attitude, apabila mereka berdua meluahkan rasa bangga terhadap kita – macam nak nangis pun ada!
Terbaru menerusi Instagram milik penyanyi Nourul Depp, beliau berkongsi foto yang menampilkannya bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah ketika dia berusia kira-kira 3 tahun.
Sambil mengimbas kembali kenangan, Nourul menitipkan rasa syukur beliau terhadap kejayaan Ayu yang baru-baru ini menerima anugerah Dekan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk kali keempat!
Kata Nourul, “Terima kasih di atas nikmat ini. Anak kecil ini (Ayu) sudah besar. Tak pernah berhenti buatkan kami banggan dengannya.
“Lahirkan dia ke dunia ini pun dah buatkan kami bangga. Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami,” kata penyanyi tersebut.
Untuk pengetahuan, Ayu yang sedang mengambil jurusan Zoologist merupakan anak sulung daripada perkahwinan Nourul dan komposer, Mohd Faizal bin Maas ataupun Ajai.
Sebelum ini, Ayu pernah memuat naik kenyataan bahawa dia gembira dengan jurusan yang diambilnya itu.
“Terdapat juga cabaran, tetapi tak semua benda dalam kehidupan ini bermula dengan mudah kecuali dengan adanya semangat dan minat.”
Congrats Ayu!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harnaaz Sandhu, Miss Universe 2021 yang berasal dari India ini antara salah seorang penghidap penyakit Autoimun ini. Beliau mendedahkan bahawa dia telah dimasukkan ke hospital sebelum menyertai malam final Miss Universe 2021 disebabkan oleh penyakit autoimunnya.
Foto Via Instagram Harnaaz Sandhu
Semasa bercakap dengan wartawan TV Sachin Kumbhar, juara Miss Universe 2021 itu berkata bahawa dia perlu dirawat selama tiga hari sebelum penyertaannya dalam Miss Universe 2021. Selepas dirawat, wanita berusia 22 tahun ini hanya mengetahui dia menghidap penyakit celiac. Salah satu cabang penyakit Autoimun yang menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum.
Selama bertahun-tahun, Harnaaz Sandhu mendapati bahawa dia alah kepada gluten dan terpaksa mengelakkan makanan seperti gandum.
Foto Via Instagram Harnaaz SandhuFoto Via Instagram Harnaaz Sandhu
Secara umumnya, penyakit autoimun ini adalah satu kondisi di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri (sistem imun) yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri. Jom kenali lebih dekat.
Jenis-jenis Penyakit Autoimun
Menurut sumber, terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun yang telah dikenalpasti oleh pakar. Namun, hanya beberapa penyakit sahaja yang mungkin kita familiar atau pernah dengar; contohnya Lupus, radang usus, psiorasis, artritis reumatoid, Diabetes Type 1, Multiple Sclerosis, dan Celiac Disease.
Berikut dijelaskan serba-sedikit tentang penyakit autoimun yang popular.
i) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit autoimun yang paling dikenali.
Ia adalah sejenis penyakit kronik di mana tubuh badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyak.
Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.
Kesan dari penyakit ini amat berat kerana melibatkan banyak organ, manakala gejala-gejala yang timbul pula adalah tidak spesifik. ii) Psoriasis
Psoriasis pula adalah penyakit autoimun yang menyerang kulit.
Penyakit ini mempengaruhi sel kulit hingga sel kulit baru menjadi matang terlalu cepat padahal sel-sel yang sudah tua tidak gugur sehingga menyebabkan terjadi penimbunan sel-sel di permukaan kulit.
Pesakit yang mengalami psoriasis akan menunjukkan tanda pada kulit yang terinflamasi, mempunyai tompokan, atau bersisik terutamanya pada bahagian kulit kepala, lutut, punggung dan pergelangan tangan.
iii) Penyakit Tiroid<
Penyakit tiroid berpunca daripada sistem antibodi yang menyerang organ tiroid dan lebih banyak menyerang wanita.
Dua jenis tiroid ini adalah
Grave’s Disease – berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah.
Hashimoto Disease – kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid) sehingga tidak menghasilkan cukup hormon tiroid
iv) Rheumatoid Arthritis (RA)
Rheumatoid arthritis (RA) melibatkan masalah sistem muskuloskeletal di mana berlakunya keradangan pada sendi-sendi.
Pesakit RA akan mengalami sendi-sendi yang menjadi bengkak, sakit dan kaku yang biasanya lebih ketara pada waktu pagi.
Jika dibiarkan penyakit ini berterusan dan tidak dirawat, sendi-sendi boleh menjadi rosak dan hilang keupayaan.
Ia bukan penyakit keturunan dan selalunya lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita berbanding lelaki dengan nisbah 3:1.
Walaupun rheumatoid arthritis boleh bermula pada bila-bila masa, ia lebih kerap bermula dalam lingkungan umur 35 hingga 45 tahun.
v) Celiac Disease
Celiac Disease ini mungkin kita biasa dengar berlaku pada kanak-kanak yang melibatkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan.
Ia adalah penyakit autoimun yang menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum.
Pesakit Celiac akan mengalami gangguan penyerapan makanan sehingga pesakit tidak mendapatkan gizi yang cukup.
Gejala-gejala lain adalah seperti penurunan berat badan, ketidakselesaan perut, kembung, cirit dan Anemia.
vi) Multiple Sclerosis (MS)
Menurut The Malaysian Medical Gazette, Multiple Sclerosis (MS) ialah sejenis episod serangan terhadap saraf optik, saraf tunjang dan otak yang dipercayai berpunca oleh gangguan pada respon imun terhadap badan.
Penghidap penyakit MS mungkin mengalami kelemahan, paraparesis (kelumpuhan separa pada anggota bawah), paresthesias (sensasi tidak normal, biasanya seperti dicucuk pin dan jarum), hilang penglihatan, diplopia (penglihatan berganda), terketar-ketar, terhuyung-hayang, atau hilang fungsi pundi kencing.
Sebelum ini, Selena Gomez dan Bella Hadid juga didiagnosis menghidap penyakit autoimun ini. Semoga Harnaaz Sandhu terus kuat melawan penyakit ini dan kembali sihat seperti sedia kala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik datang dari pelakon Hollywood yang berasal dari Sarawak, Henry Holding. Pelakon utama filem ‘Crazy Rich Asian’ ini sebentar tadi menyampaikan berita gembira tentang kelahiran bayi pertamanya.
Henry dan juga isteri, Liv Lo Golding berkongsi berita gembira itu dalam kemas kini di laman Instagramnya sebentar tadi.
Dalam entri tersebut, Henry turut memuatnaik sekeping foto menunjukkan dia tersenyum menatap wajah anaknya yang sedang dalam pelukan Liv Lo.
“Wanita ini adalah segala-galanya buat saya, yang tidak pernah saya bayangkan. Kekuatannya merupakan kegembiraan terbesar buat diri saya. “Terima kasih. Saya sayang kamu,” demikian tulis Henry
Untuk info, Henry mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 bersama selebriti Taiwan Liv Lo selepas enam tahun bercinta. Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Henry Golding atas kelahiran bayi ini.
Sumber : Instagram Henry Golding
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!