Umum mengetahui pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana berkaitan rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof. Pagi ini, Puteri Sarah telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi menfailkan permohonan cerai terhadap pengarah tersohor, Syamsul Yusof.
Menurut laporan Media Hiburan, dia yang ditemani adik beradiknya dilihat hadir dengan berpakaian serba hitam sambil membawa beberapa dokumen untuk diserahkan kepada pihak mahkamah.
Hadir bersama adik-beradik
Sarah mengatakan yang dia berada dalam keadaan bersedia dan bersemangat untuk memulakan perjuangannya demi keadilan.
Menurut pelakon itu lagi, dia dan peguamnya akan memberikan kenyataan sejurus selepas urusannya di dalam mahkamah selesai.
Ads
Dia yang kelihatan ceria namun terlihat sembab kerana kurang tidur mungkin kerana berada di set pengambaran sehingga lewat malam. Ini penulis rungkaikan melalui perkongsian dilaman instagram miliknya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga dilihat segera masuk ke dalam mahkamah syariah selepas menyapa media yang menanti kehadirannya untuk menfailkan penceraian.
Ads
Foto Via IG Story Puteri Sarah iyana
Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana telah meminta agar Syamsul Yusof melepaskannya menerusi muat naik di Instagram kerana pengarah tersebut sudah lama menyekatnya di media sosial serta aplikasi WhatsApp.
Menurut pelakon itu lagi, dia dan peguamnya akan memberikan kenyataan sejurus selepas urusannya di dalam mahkamah selesai.
Apa-apapun, kami di Remaja doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas penyanyi K-Pop yang juga merupakan anggota Crayon Pop, Cho A baru-baru ini berkongsi kisah menyayat hati apabila didiagnosis menghidap kanser serviks pada Mei tahun lalu.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada 14 Oktober lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dancing Queen’ itu berkata dia pada awalnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menghidap penyakit itu di usia muda.
“Saya didiagnosis menghidap kanser pada umur 33 tahun, yang mana ia sepatutnya menjadi usia yang paling membahagiakan dalam hidup saya. Pada Mei 2023, selama tahun awal pertama saya menjalankan kehidupan sebagai pengantin baru, saya ambil keputusan untuk pergi buat pemeriksaan prenatal secara kerap tapi waktu itu juga saya dapat khabar yang mengejutkan, saya ada kanser serviks.”
Kredit: Instagram @minjinchoa
“Pada awalnya saya tak percaya sebab macam tak mungkin saya muda dan sihat ada kanser. Saya siap tanya pada doktor sama ada itu salah diagnosis dan pergi ke 5 hospital terbaik yang lain dengan harapan dapat keputusan yang berbeza,” ujarnya lagi.
Cho A atau nama sebenar Heo Min Jin (34) kemudian turut menceritakan pengalaman di mana dia perlu menjalankan ujian seperti MRI dan PET CT Scan selepas mengetahui sel kansernya masih berada di tahap satu (1) dengan tumor bersaiz 3 sentimeter.
Menurut doktor yang merawat Cho A, kemungkinan untuk dia mendapatkan anak juga akan memberi kesan kerana tahap kesuburannya.
Kredit: Instagram @minjinchoa
Katanya, “Dunia saya seperti hancur selepas mendengar hal itu. Saya juga sedih sampai menangis tersedu-sedu, dan waktu itu adalah waktu paling sukar dalam hidup saya.”
Meskipun hampir berputus asa, namun suaminya tetap memberikan sokongan dan semangat untuk tidak pernah menyerah dan Cho A juga berusaha sebaik mungkin untuk mengecilkan tumor berkenaan dengan belajar mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Kredit: Instagram @minjinchoa
Dalam pada itu, bekas penyanyi itu juga difahamkan telah menjalankan pembedahan dan kini tahap kesuburannya semakin membaik.
“Saya baru saja lulus untuk rawatan seterusnya dan dalam masa terdekat saya akan jalani pembedahan untuk melindungi kesuburan kandungan saya pula,” jelasnya menerusi perkongsian yang sama.
Tambahnya, kini dia bebas dari kanser tetapi untuk peringkat awal dia perlu melalui prosedur pengikatan rahim terlebih dahulu.
Cho A juga berkata bahawa masih banyak lagi rintangan yang perlu dilalui, berharap suatu hari dia akan seorang ibu dan mempunyai anak pada masa akan datang.
Di akhir perkongsiannya, dia berharap menerusi kisah yang dikongsi olehnya itu mampu memberi harapan dan sinar kepada sesiapa sahaja yang mengalami pengalaman yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pastinya agak sukar melepaskan cahaya mata yang ingin berjauhan sebentar demi mengejar cita-cita mereka. Namun apa kan daya, harus merelakan juga untuk impian yang ingin digenggamnya…
Begitulah juga buat penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang menitipkan doa buat anak lelakinya, Alexander Zulkarnain agar berjaya mengejar impiannya.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anak kesayangannya, Alexander mencecah usia 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran.
“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitulah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
“Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” katanya.
Dalam masa sama, Amy berkata dirinya tidak pernah lekang untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
“Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, penyanyi lagu popular Fantasia Bulan Madu itu mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.
Amy juga mempunyai cahaya mata perempuan yang juga merupakan pelakon berkaliber tanah air, Nabila huda, hasil pernikahan pertamanya bersama Faridah pada tahun 1983.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tarikh keramat pada 9 Mei 2018 akan terpahat dalam sejarah negara kita. Buat pertama kalinya dalam sejarah kita anak Malaysia menyaksikan perubahan kerajaan sejak negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perubahan itu diraikan dengan sebegitu hebat oleh ramai rakyat Malaysia. Mengapa tidak kerana ia secara simboliknya membawa satu harapan baru, satu cita-cita yang baru, satu impian untuk melihat negara tercinta menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Dan itulah tema utama yang dibawa oleh filem ‘Rise: Ini Kalilah’ yang terhasil daripada inspirasi kisah benar yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Sepanjang temppoh itu kita sendiri telah menyaksikan bagaimana ramai rakyat Malaysia yang bersatu hati untuk membantu satu sama lain untuk pulang mengundi. Kempen berserta hashtag ‘#UndiRabu’ dan ‘#PulangMengundi” telah tular di media sosial.
Ia satu perkara yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara dengan skala kesatuan, komitmen dan kesungguhan daripada masyarakat pelbagai peringkat usia tidak mengira bangsa dan agama demi melaksanakan tanggungjawan kepada pertiwi.
Filem yang diterbitkan oleh WebTVAsia ini juga cukup unik dengan membariskan tiga orang pengarah dari tiga latar belakang dan bangsa berbeza. Sentuhan dan garapan dibawa trio Nik Amir Mustapha, Saw Teong Hin dan Prem Nath seakan senada dengan penyatuan pelbagai kaum demi melihat sebuah harapan baru dibawa ke layar perak.
Sepanjang menonton filem ini pada tayangan gala berlangsung malam tadi, REMAJA tidak dapat mengelak daripada memutar kembali momen-momen ketika pulang mengundi dan menjadi saksi bagaimana kita rakyat Malaysia mencurahkan segala usaha dan keringat demi memastikan setiap undi dimasukkan ke dalam peti.
‘Rise: Ini Kalilah’ membawakan enam kisah berbeza dengan setiap satu daripadanya membawakan konflik, strugle dan juga pencarian identiti jati diri sama ada untuk individu, keluarga, komuniti, pihak berkuasa dan juga kerajaan itu sendiri.
Enam kisah tersebut membawa tema-tema kecil yang REMAJA lihat membawa nilai-nilai tersendiri. Sebagai contoh Cerita Fizah (lakonan Mira Filzah) yang mengisahkan bagaimana seorang pelajar Malaysia di luar negara yang enggan melibatkan diri dalam politik, malah tidak mendaftar sebagai pengundi pun. Namun keputusannya untuk membawa pulang kertas undi telah membangkitkan rasa tanggungjawab serta sayang pada negara dalam dirinya yang telah lama pudar.
Lima cerita yang lain iaitu Cerita Marcus, Cerita Selva, Cerita Azman, Cerita Leong dan Cerita Shanti juga membawa mesej yang senada. Garapan tiga pengarah berbeza telah menghidupkan sebuah garapan yang cukup teratur dan tidak berserabut. Pembawaan watak-watak berbeza daripada aktor terkenal negara ternyata tidak mengecewakan terutamanya Remy Ishak yang membawakan watak sebagai Azman, anggota pasukan keselamatan yang lurus dan bergelut dengan tanggungjawabnya kepada negara dan keluarga.
Persembahan pelakon seperti Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan dan Mark O’dea juga mencuri perhatian REMAJA. Setiap seorang daripada mereka menghidupkan jalan cerita dengan lakonan yang cukup baik.
Siapa sangka filem yang menjalankan penggambaran dalam kira-kira tiga minggu sahaja muncul dengan hasil yang cukup baik. Cuma kadangkala ia sedikit terasa seperti dihasilkan dengan terburu-buru. Tapi itu bukanlah satu komplen yang besar buat REMAJA.
Bukan senang untuk menyatukan enam kisah berbeza dalam sebuah filem dengan jumlah pelakon yang cukup ramai. Walaupun kisah ini merupakan fiksyen yang lahir daripada inspirasi kisah benar, REMAJA tidak sesekali merasakan filem ini sebagai sebuah nashkah propaganda kerajaan baru.
Tidak dinafikan memang ada suara-suara yang cenderung ke arah itu. Jujur dari kami, tontonlah filem ini sebelum membuat andaian. Lihat secara terbuka dan kenang kembali apa yang berlaku pada PRU14 yang penuh bersejarah yang lalu.
‘Rise: Ini Kalilah’ akan mula ditayangjan di seluruh negara bermula pada 13 September 2018.
Ini kisah dari rakyat Malaysia untuk Malaysia.
RATING: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.