Selang dua hari selepas memaklumkan secara terbuka kepada suaminya agar melepaskannya daripada ikatan perkahwinan, pelakon Puteri Sarah difahamkan akan memfailkan penceraian daripada Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Isnin minggu hadapan.
Sepatutnya, ia difailkan pada hari Khamis semalam. Namun, pemfailan tersebut terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan setelah pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu perlu menjalani penggambaran di Port Dickson.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, dia akan mewakili Puteri Sarah dan hanya proses permohonan cerai sahaja akan difailkan pada Isnin nanti.
Beliau turut memaklumkan bahawa ibu kepada dua cahaya mata itu pasti hadir di mahkamah bagi permohonan cerai.
Dua hari lalu, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram secara ringkasnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana dia tidak rela untuk dimadukan.
Ads
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadukan,” catatnya.
Sementara itu, Syamsul dalam satu temubual eksklusif media pula berkata, dia sedang dalam usaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Pengarah itu juga meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah untuk melakukan perbincangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Sebagai info, tepat semingga yang lalu, Syamsul menerusi satu hantaran video di Instagram telah membuat pengakuan bahawa dia sudahpun menikahi isteri keduanya yang juga merupakan pelakon, Ira Kazar di Thailand.
Majlis tersebut berwalikan bapa mertuanya iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Imej comel kanak-kanak yang berasal dari Korea Selatan ini pasti dikenali ramai rakyat Malaysia terutama sekali bagi mereka yang aktif menggunakan aplikasi WhatsApp.
Korang jangan terkejut tau kalau tahu yang hampir 1001 keping gambar Si Comel ini pernah dijadikan sticker WhatsApp di pelbagai negara. Wowzers sangat!
Tapi apa sebab utama imej kanak-kanak ini tular sehingga sebegitu sekali eh?
Pada asalnya, kanak-kanak ini dahulunya tular secara tidak sengaja pada usia 3 tahun selepas ibunya memuat naik gambar comel ke media sosial.
Wah dah besar lah Rohee!
Sejak itulah fotonya banyak dijadikan gif, meme dan sticker di kebanyakan aplikasi perbualan. Malahan, ada peminat antarabangsa yang membuat kelab peminat kerana terlalu obses dengan telatah Si Cilik ini.
Haaaa….cuba korang tengok gambar-gambar di bawah. Mesti ada yang pernah digunakan sebagai sticker ketika berbual rancak di aplikasi WhatsApp kan?
Kini, Rohee atau nama penuhnya Jin Miran sudah meningkat dewasa dan menjadi kakak yang berwibawa kepada adik perempuannya. Turut difahamkan kini dia sudah menjangkau usia 7 tahun dan wajahnya yang comel mula beransur menjadi cantik pula!
Rohee dan adik perempuannya.
Cepat sungguh masa berlalu kan? Korang jangan rasa tua sangat pulak tau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun korang mungkin tidak begitu menonton filem keluaran China dan Taiwan, tetap ramai yang mengenali nama Godfrey Gao sebagai seorang model terkenal.
Berita pemergian pelakon yang lahir di Taiwan dan dibesarkan di Kanada itu masih mengejutkan ramai orang.
Bukan saja kerana Godfrey baru berusia 35 tahun. Tetapi juga kerana punca pemergiannya di set penggambaran rancangan televisyen berjudul Chase Me di China semalam.
Beliau dilaporkan tidak sihat dan demam sebelum terlibat sama dalam sesi penggambaran itu. Apa yang mengejutkan adalah Godfrey berada di sana selama 17 jam tanpa rehat (Dari 8.30 pagi hingga 1.45 pagi), hinggalah beliau secara tiba-tiba rebah.
Sebelum Godfrey menghentikan lariannya dalam salah satu babak rancangan itu, terdapat penonton yang mendakwa dia terdengar Godfrey berkata, "Saya tak boleh lakukannya lagi". Lantas dia rebah di tengah set.
Juru kamera yang kebetulan sedang mengfokuskan lensa ke arah Godfrey pada mulanya beranggapan ia hanyalah lakonan dramatic pelakon itu untuk rancangan reality itu. Namun selepas seketika, mereka menyedari ada sesuatu yang tak kena dan terus memanggil bantuan kecemasan.
Kata-kata terakhir Godfrey jelas menunjukkan pelakon itu sedang bekerja melebihi kapasiti upayanya. Menurut laporan rasmi doktor, dia didapati menghembuskan nafas terakhir kerana simptom cardiac arrest ataupun serangan jantung.
Setelah 2 jam berusaha untuk menyelamatkan Godfrey, pihak hospital memberi laporan rasmi bahawa dia sememangnya meninggal dunia akibat punca tersebut.
*
Serangan jantung bukan lagi merupakan pesakit 'orang tua'.
Kes tersebut semakin meningkat di kalangan belia dan remaja disebabkan punca-punca yang sebenarnya boleh dielakkan. Antaranya temasuklah obesiti, merokok sejak usia remaja, hidup dalam tekanan, tidak mempunyai masa berehat yang cukup dan akhir sekali, sekiranya kita mengabaikan kesemua simptom di atas dan mengendahkan pentanda kecil jantung bermasalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam tular di media sosial, seorang pelajar tingkatan 2, Muhammad Iman Danial meninggal dunia akibat minum air tuak bercampur air berkarbonat. Memandangkan berita ini heboh diperkatakan, bapa kepada arwah pelajar ini meminta masyarakat agar berhenti menyebarkan salah faham tentang punca kematian anaknya.
“Arwah meninggal bukan kerana minum air tuak seperti mana viral di media sosial. Kami mohon hentikan salah faham ini kerana ia bukan punca kepada kematian anak,” demikian pinta Ramzi Ibrahim, 53 yang meminta masyarakat berhenti menyebarkan berita tidak tepat ini.
Kes pelajar ini yang meninggak pada 1 petang Isnin lalu mula tular selepas dikatakan antara sebab dirinya meninggal adalah disebabkan meminum air tuak ketika berbuka puasa dan berita ini mula tersebar di laman sosial sejak semalam.
“Arwah meninggal bukan sebab air tuak. Kami sekeluarga mohon agar salah faham ini dihentikan. Kami tidak mahu memanjangkan lagi salah faham ini dan orang ramai tidak perlu lagi membuat tanggapan yang salah mengenai air tuak,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Banggol Pauh, di sini.
Menurut Ramzi, arwah anaknya itu ada mengadu sakit perut awal pagi Ahad lalu sebelum mengalami sesak nafas yang teruk.
Difahamkan, arwah Muhamad Iman menahan sakit perut dan sesak nafas hampir 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Isnin lalu.
“Selepas menjalani bedah siasat, doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung berfungsi dan saluran darah tersumbat.
“Jadi saya minta orang ramai tidak lagi membuat andaian (tentang kematian Muhamad Iman) dan tularkan cerita tidak betul ini,” katanya.
Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, jenazah Muhamad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh pada jam 1 pagi selepas selesai menjalani bedah siasat.
Dalam pada itu, berita kematian Muhamad Danial tular di laman sosial sejak semalam selepas dikatakan minum air tuak dan minuman berkarbonat.