Bukan di atas tapak tangan ya, tetapi ‘ditanam’ di DALAM tapak tangan.
Mudah bagi penonton di stadium mahupun yang mengikuti acara Sukan Asia 2018 di rumah untuk menjadi hakim kepada prestasi atlet negara.
Kalau tak menang, sewenang-wenangnya mereka di-boo. Jika tak menaiki podium, mereka dicop gagal.
Namun korang tahu tak apa yang perlu dilalui dan terpaksa dikorbankan oleh para atlet Malaysia yang bertanding di Indonesia sekarang, semata-mata untuk mengharumkan nama negara?
Penghias cover Majalah Remaja untuk isu Januari – Mac 2018, Tracie Ang tahu bagaimana perasaan tersebut.
Ads
Bertanding dalam sukan gimnastik artistik sejak beberapa hari lepas, Tracie dan rakan sepasukan iaitu Farah Ann serta Tan Ing Yueh merupakan team pingat emas semasa Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.
Namun, Sukan Asia tentunya lebih sukar lagi-lagi dengan kehadiran kuasa besar gimnas dari China, Korea Utara dan Jepun.
Pada asalnya, Tracie tidak tersenarai dalam pasukan negara dek kerana kecederaan tapak tangan. “Saya terpaksa melalui 2 pembedahan sepanjang tahun ini dan honestly, sangat sukar untuk saya kembali kepada prestasi terbaik saya. Hanya 2 minggu lepas, saya diberikan lampu hijau untuk bertanding!
“Saya tahu dengan kondisi kecergasan saya ini, agak sukar untuk saya ulang kembali performance pada tahun lepas (Sukan SEA). Namun, dalam tempoh 14 hari lepas, saya kuatkan juga semangat dan cuba membantu dalam kategori team event.
Ads
“We proudly finished as the 6th best team in Team Qualifications and Team Final.
“Tak kira apa juga situasi kesihatan saya, saya cuba untuk tak mengecewakan team. Nampak mustahil but I have done it. Apa yang membuatkan saya lebih kuat adalah saya perlu bertanding dengan 4 skru Titanium di dalam tapak tangan saya dan dengan bekas hip surgery saya Disember lepas,” katanya dengan bangga di akaun Instagram.
April lalu, Tracie tersenarai awal dalam skuad gimnas negara bersama Tan Ing Yueh dan Farah Ann. Namun pada saat akhir, dia terpaksa akur dan perlu lalui pembedahan tapak tangan, juga dalam bulan yang sama.
“Macam yang saya katakan, ‘putus asa’ tiada dalam kamus hidup saya. Sebagai gimnas dan sebagai perempuan, penting untuk kita merasa bebas daripada rasa takut.
Dari atas: Niena Azman (Futsal), Dhabitah Sabri (Terjun) dan Tracie Ang (Gimnastik Artistik) untuk Majalah Remaja Januari – Mac 2018.
“Atlet akan dihimpit isu prestasi, kesihatan, kecederaan dan sebagainya – that is normal. Tapi sebagai atlet juga, saya sedar ada ramai remaja dan kanak-kanak di Malaysia yang menjadikan saya serta skuad gimnas negara sebagai sumber inspirasi mereka.”
Apa juga keputusan yang diterima Tracie pada Sukan Asia ini, we are just so proud of you girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laksa merupakan makanan popular kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan ini juga dijadikan sebagai makanan selesa atau ‘comfort food’ bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Bagi mereka yang tidak suka beratur panjang hanya untuk membeli laksa anda tidak perlu risau, kerana resepi laksa yang dikongsi oleh Sharifah Zuhaiza melalui laman Facebooknya sama seperti laksa Aeon! Pasti aroma dan rasa laksa yang lebih kurang ini akan puaskan hati anda sebagai penggemar laksa Aeon itu.
RESEPI LAKSA ALA-ALA AEON
Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya. Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
BAHAN
– Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
– Pes asam pedas adabi
– Bawang besar
– Bawang holland setengah biji
– Asam keping
– Belacan
– Daun kesum
– Bunga kantan
– Bebola ikan
– Laksa basah
CARA MASAK
1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)
2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
4. Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing2.
5. Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.
So apa lagi, jom la cuba! Kecur pula penulis tengok laksa ni lama-lama.hiks
Sumber : Sharifah Zuhaiza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi K-Pop terkenal Korea Selatan, Nana, dilaporkan mengalami detik cemas apabila kediamannya di pinggir bandar Seoul diceroboh seorang lelaki bersenjata awal pagi Sabtu lalu. Insiden mengejutkan itu bukan sahaja mengancam keselamatan dirinya, malah melibatkan ibunya yang turut berada di lokasi kejadian.
Menurut laporan polis Guri, suspek yang dipercayai berusia lingkungan 30-an memecah masuk ke rumah mewah milik Nana atau pemilik nama sebenar Im Jin-ah (34), dengan niat merompak. Lelaki tersebut didakwa membawa senjata tajam dan mengugut kedua-dua wanita itu sambil menuntut wang serta beberapa barangan berharga.
Dalam keadaan genting itu, Nana dan ibunya bertindak berani apabila mereka berjaya menahan penceroboh tersebut dalam satu pergelutan fizikal. Tindakan berisiko itu akhirnya menyelamatkan mereka daripada kemungkinan kecederaan lebih serius sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.
Bagaimanapun, akibat pergelutan itu, Nana dilaporkan mengalami kecederaan ringan, namun ibunya berada dalam keadaan lebih kritikal apabila tidak sedarkan diri selepas insiden tersebut. Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke hospital tempatan dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Dalam pada itu, media tempatan Korea Selatan turut melaporkan bahawa suspek berjaya ditahan dan kini sedang disiasat atas tuduhan rompakan bersenjata dan pencerobohan kediaman. Pada masa yang sama, polis turut memuji keberanian Nana serta ibunya yang bertindak pantas mengekang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Sementara itu, agensi Nana mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa selebriti tersebut serta ibunya sendiri yang berjaya menahan suspek sehingga pihak berkuasa tiba serta suspek turut dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas ditahan.
Sekadar info, Nana sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila mula dikenali pada tahun 2009 sebagai ahli kumpulan K-pop popular, After School. Walaupun kumpulan itu kini tidak lagi aktif, Nana terus mengembangkan kerjaya sebagai pelakon dan semakin dikenali menerusi karya berjudul Mask Girl, Confession, Kill It dan Justice.
Selain kerjaya lakonan, Nana juga baru-baru ini kembali aktif dalam bidang muzik apabila melancarkan album solo pertamanya pada September lalu, sekaligus menandakan perkembangan baharu dalam perjalanan seninya meskipun berdepan detik mencemaskan seperti yang berlaku baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, imej pelakon Hollywood, pengarah dan humanitarian, Angelina Jolie cukup dikenali sebagai seorang wanita yang kuat dan rajin menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.
Jelitawan berusia 46 tahun itu bagaimanapun tidak dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan misi bantuan banjir di Pakistan.
Dilaporkan lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.
Angelina mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.
Untuk info, kematian akibat banjir besar ini melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.
Foto Al Jazeera
Bantuan antarabangsa berterusan tiba di Pakistan, dengan Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal utama barangan bantuan.
Kedua-dua negara menghantar berpuluh-puluh penerbangan bantuan sejak Ogos ketika pihak berkuasa Pakistan bertungkus-lumus menangani bencana di wilayah Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.
Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur Unicef.
Turki dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turkiye. Enam “Tren Ikhlas” Turki berlepas pada Selasa, manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.
Moga lebih banyak bantuan disalurkan kepada negara Pakistan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!