Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi K-Pop terkenal Korea Selatan, Nana, dilaporkan mengalami detik cemas apabila kediamannya di pinggir bandar Seoul diceroboh seorang lelaki bersenjata awal pagi Sabtu lalu. Insiden mengejutkan itu bukan sahaja mengancam keselamatan dirinya, malah melibatkan ibunya yang turut berada di lokasi kejadian.
Menurut laporan polis Guri, suspek yang dipercayai berusia lingkungan 30-an memecah masuk ke rumah mewah milik Nana atau pemilik nama sebenar Im Jin-ah (34), dengan niat merompak. Lelaki tersebut didakwa membawa senjata tajam dan mengugut kedua-dua wanita itu sambil menuntut wang serta beberapa barangan berharga.
Dalam keadaan genting itu, Nana dan ibunya bertindak berani apabila mereka berjaya menahan penceroboh tersebut dalam satu pergelutan fizikal. Tindakan berisiko itu akhirnya menyelamatkan mereka daripada kemungkinan kecederaan lebih serius sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.
Ads
Bagaimanapun, akibat pergelutan itu, Nana dilaporkan mengalami kecederaan ringan, namun ibunya berada dalam keadaan lebih kritikal apabila tidak sedarkan diri selepas insiden tersebut. Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke hospital tempatan dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Dalam pada itu, media tempatan Korea Selatan turut melaporkan bahawa suspek berjaya ditahan dan kini sedang disiasat atas tuduhan rompakan bersenjata dan pencerobohan kediaman. Pada masa yang sama, polis turut memuji keberanian Nana serta ibunya yang bertindak pantas mengekang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Ads
Sementara itu, agensi Nana mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa selebriti tersebut serta ibunya sendiri yang berjaya menahan suspek sehingga pihak berkuasa tiba serta suspek turut dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas ditahan.
Ads
Sekadar info, Nana sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila mula dikenali pada tahun 2009 sebagai ahli kumpulan K-pop popular, After School. Walaupun kumpulan itu kini tidak lagi aktif, Nana terus mengembangkan kerjaya sebagai pelakon dan semakin dikenali menerusi karya berjudul Mask Girl, Confession, Kill It dan Justice.
Selain kerjaya lakonan, Nana juga baru-baru ini kembali aktif dalam bidang muzik apabila melancarkan album solo pertamanya pada September lalu, sekaligus menandakan perkembangan baharu dalam perjalanan seninya meskipun berdepan detik mencemaskan seperti yang berlaku baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun filem terbarunya yang bernilai 50 bilion Won ‘Ask the Stars’ kurang menyerlah di layar perak, pelakon Lee Min-ho tetap membuktikan dirinya sebagai ‘King of Hallyu’ sejati apabila dinobatkan sebagai pelakon Korea paling dicintai oleh peminat di seluruh dunia selama 12 tahun berturut-turut.
Menurut laporan ‘2025 Overseas Korean Wave Survey’ (per 2024) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Agensi Promosi Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea, populariti Lee Min Ho tidak pernah surut sehingga hari ini.
Apa yang lebih menarik, pelakon kacak itu turut meraih tempat pertama dalam kategori pelakon dengan angka populariti yang mengagumkan di 28 negara seluruh dunia, termasuk dari benua Asia, Eropah, Amerika, Timur Tengah hingga ke Afrika.
Kredit: Instagram Lee Min HoKredit: Instagram Lee Min Ho
Sejak kajian ini dimulakan pada tahun 2014, Lee Min Ho yang popular menerusi drama Boys Over Flower itu kekal di takhta selama lebih sedekad dan menewaskan nama-nama bintang besar Korea lain dengan kelebihan yang luar biasa.
Nama beliau bukan sahaja hangat di beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand tetapi pengaruhnya juga meletup di negara-negara Timur Tengah seperti UAE dan Arab Saudi, malah sampai ke Mesir dan benua Afrika sekaligus membuktikan pelakon drama ‘The King: Eternal Monarch’ dan ‘Pachinko’ ni memang luar biasa.
Dalam pada itu, selain bergelar pelakon, beliau juga dikenali sebagai lifestyle icon dan menjadi wajah utama kepada lebih 100 jenama antarabangsa. Dari fesyen ke kecantikan, automotif dan gaya hidup.
Kredit: Instagram Lee Min HoKredit: Instagram Lee Min Ho
Kehadirannya yang aktif di media sosial pun terus mencuri perhatian peminat dari pelbagai negara, menjadikan Lee Min Ho kekal relevan sebagai ‘top trend’ setiap masa.
Untuk perkembangan terkini, Lee Min Ho bakal muncul dalam adaptasi novel web terkenal ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ yang diarahkan oleh Kim Byung-woo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular foto penyanyi Sabronzo mengenakan gaun pengantin putih di Bali, Indonesia. Gara-gara itu, timbul spekulasi hangat bahawa ahli kumpulan Dolla ini sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya.
Dalam foto yang tersebar, Sabronzo kelihatan mesra tertawa sambil memegang tangan DJ terkenal dari Belanda, Dash Berlin, sambil diraikan oleh tetamu yang hadir. Gambar tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial apabila ramai peminat mula tertanya-tanya, adakah ini benar-benar majlis perkahwinan mereka atau sekadar sesi istimewa untuk tujuan lain.
Kenal Lepas Konsert
Difahamkan, Sabronzo dan Dash Berlin mula berkenalan selepas bertemu di sebuah acara konsert antarabangsa. Majlis yang berlangsung di Bali itu pula dikatakan cukup eksklusif, hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta rakan rapat pasangan berkenaan. Foto lain yang turut dikongsikan individu tertentu menunjukkan detik penyanyi berusia 30 tahun dari Kelantan itu disatukan dengan DJ berkenaan.
Masih Tiada Pengesahan
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada Sabronzo sendiri mahupun pihak pengurusan Dolla dan syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Walaupun begitu, nama Sabronzo dan Dash Berlin terus menjadi bualan hangat, malah ada peminat yang mula mengucapkan tahniah di media sosial.
Spekulasi Bercinta Terdahulu
Untuk rekod, pada Mei lalu sudah timbul spekulasi tentang hubungan istimewa antara Sabronzo dan seorang DJ antarabangsa selepas mereka dilihat berbalas komen di media sosial. Kini, foto tular di Bali seakan-akan menguatkan lagi khabar angin tersebut.
Apa pun, sama ada benar sudah bergelar isteri atau sekadar gosip, peminat pastinya menunggu pengumuman rasmi daripada Sabronzo sendiri.
Kamu semua pastinya sudah maklum akan kepentingan meminum air kosong dalam kehidupan seharian, bukan?
Tapi pada zaman sekarang dengan pelbagai lambakan jenis penapis minuman kita kadang-kadang terlupa mengambil kira benda yang paling penting iaitu : bab halal!
Memasuki tahun 2020, sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan penapis air di rumah.
Permintaan penapis air yang tinggi melihatkan kepada keadaan air semasa sekaligus membuka peluang buat syarikat penapis air dalam dan luar negara menawarkan produk mereka.
Tapi awas ye!
Jangan tersalah beli pula, mengunakan taktik harga jauh lebih murah berbanding penapis berjenama, jenama-jenama ini menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran dan membekalkan kalsium pada air.
Kebanyakan daripadanya adalah jenama yang diimport dari luar negara terutamanya Taiwan dan China kebanyakan karbon aktif adalah daripada tulang haiwan yang dihasilkan China dan diragui status sembelihannya serta keberangkalian untuk tulang yang diambil daripada sumber haram atau syubhah juga adalah tinggi .
Untuk bahan sumber semula jadi, kebiasaannya akan menggunakan cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan talapia.
Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membeli penapis air yang berada di pasaran walaupun kajian yang dilakukan menggunakan aplikasi hukum istihalah iaitu haram menjadi halal apabila berlaku perubahan pada zat dan sifat.
Sehubungan dengan itu, pihak JAKIM telah mewajibkan setiap jenama penapis air khususnya yang diimport dari luar negara untuk mendapatkan pengesahan halal sebelum ditawarkan di pasaran.
So korang jangan main beli je tau, tengok dulu ada logo halal atau tidak sebab apa yang masuk dalam badan kita akan menjadi darah daging!
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...