Satu video memaparkan pelajar universiti Palestin mengambil peperiksaan di tepi pantai Gaza mencetuskan perhatian ramai di media sosial, ketika sektor pendidikan di Semenanjung Gaza dilaporkan musnah akibat perang Israel.

Rakaman itu dikongsi meluas oleh aktivis dan pengguna media sosial, malah turut disertakan dengan bait-bait puisi yang menggambarkan semangat melawan dan ketahanan rakyat Palestin dalam menghadapi penderitaan.

Walau Sekolah Musnah, Pelajar Gaza Tetap Duduki Peperiksaan Di Tepi Pantai

Simbol Ketabahan Di Tengah Kemusnahan

Video tersebut turut dimuat naik semula oleh sebuah akaun bernama Idris yang menulis bahawa tiada apa dapat menandingi ketabahan rakyat Palestin.

“Tiada apa yang boleh dibandingkan dengan keteguhan rakyat Palestin. Mereka tidak kehilangan harapan, sebaliknya berpegang padanya walau apa pun yang berlaku. Hari ini, mereka mengambil peperiksaan di pantai selepas kehilangan sekolah dan bangunan,” tulisnya.

Ads

Pendidikan Tidak Pernah Terhenti

Seorang lagi pengguna media sosial turut menyifatkan tindakan pelajar tersebut sebagai simbol kekuatan yang tidak mampu dipatahkan.

“Pendudukan merobohkan sekolah, mengebom universiti, dan memusnahkan setiap kemudahan pendidikan, namun ia tidak mematahkan semangat pelajar Palestin di Gaza, dan tidak akan pernah mampu menghentikan perjuangan mereka mencari ilmu,” katanya.

Ramai pengguna lain turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat pelajar Gaza yang tetap meneruskan peperiksaan walaupun berdepan situasi perang dan kemusnahan.

Ads

Walau Sekolah Musnah, Pelajar Gaza Tetap Duduki Peperiksaan Di Tepi Pantai

Krisis Pendidikan Gaza Semakin Kritikal

Dalam pada itu, Gaza kini berdepan krisis pendidikan yang sangat kritikal. Laporan menyebut sebanyak 204 institusi pendidikan termasuk 190 sekolah dan 14 universiti mengalami kemusnahan sepenuhnya, manakala 305 institusi lain mengalami kerosakan sebahagian.

Ads

Keadaan tersebut menyebabkan ratusan ribu pelajar terhalang daripada mendapatkan pendidikan.

Angka Korban Yang Meruntun Hati

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, lebih 12,800 pelajar dilaporkan terbunuh selain 760 guru serta kakitangan pendidikan. Lebih 785,000 pelajar pula dinafikan peluang untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Walau Sekolah Musnah, Pelajar Gaza Tetap Duduki Peperiksaan Di Tepi Pantai

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads