
Di saat orang ramai berfikir tidak perlu mengimbas aplikasi My Sejahtera kerana hanya mahu mengisi minyak tanpa masuk ke kedai serbaneka, mulai hari ini pemikiran ini perlu ditukar agar tidak menerima saman bernilai RM1000 dari pihak berkuasa.
Ini kerana orang ramai wajib mengimbas MySejahtera semasa membuat urusan di stesen minyak bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di lokasi tersebut.
Ini kerana aplikasi MYSEJAHTERA telah diperkenalkan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
Umum telah mengetahui aplikasi itu bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekali gus dapat mengesan sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.
Ia sangat penting demi pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.
Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.
“Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.
Perlu diingat! Sentiasalah amalkan SOP dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan kerajaan demi memutuskan rangkaian Covid-19 yang kian mengganas ini. Sumber : Sinar Plus/ Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Sebab Kegatalan Miss V Yang Perlu Perempuan Tahu

Rasa gatal-gatal pada kemaluan boleh membuatkan perempuan berasa tak selasa dan tidak confident untuk berhadapan dengan orang ramai.
Ada banyak faktor yang perlu korang tahu kenapa vagina boleh menjadi gatal-gatal. Jangan sampai dah teruk nanti barulah nak jumpa doktor.
Sedikit perkongsian ilmiah ini harapnya boleh membantu korang yang mempunyai masalah kegatalan pada vagina.
1. Jangkitan kuman
a) Bakteria vaginosis
Vagina yang sihat adalah disebabkan oleh keseimbangan flora dalam vagina yang dijaga daripada jangkita bakteria merbahaya. Sekiranya ia terganggu, bakteria vaginosis akan senang berkembang dan beri masalah.
Selain gatal-gatal, gejala seperti keputihan yang berbau busuk, radang faraj dan rasa pedih terutamanya selepas melakukan hubungan seks.
b) Penyakit kelamin (STD)
Chlamydia, herpes kemaluan, ketuat kemaluan, trichomoniasis dan gonorrhoea adalah punca-punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal pada vagina.
c) Jangkitan yis (kulat vagina)
Punca utama kegatalan pada vagina. Hamil, penggunaan antibiotic yang berpanjangan dan kencing manis tak terkawal juga sering dikaitkan dengan jangkitan yis.
Selain daripada gatal yang luar biasa, jangkitan yis juga akan menyebablan keputihan tebal yang rupanya seperti keju melekat pada seluar dalam.

2. Menopos
Penurunan estrogen dalam badan menyebabkan dinding vagina menjadi nipis dan kering boleh menyebabkan gatal-gatal dan buat korang rasa tak selesa.
3. Penggunaan bahan kimia
Jika kerap menyapu krim pada vagina atau mencucinya dengan bahan wangian, ia akan mengundang jangkitan kuman kerana menganggu keseimbangan flora dalam vagina dan seterusnya menyebabkan kerap berlakunya kegatalan.
Contoh bahan kimia ini termasuklah pencuci feminin, sabun wangi, pantyliner wangi, krim haruman dan sebagainya.

4. Alergi
Alahan pada sabun, tisu tandas yang wangi dan bahan pelembut kain juga boleh menyebabkan gatal-gatal pada vagina.
5. Liken sklerosis
Kejadian ini jarang berlaku, namun ia adalah tompok putih nipis yang membentuk pada kulit, terutamanya di sekitar vulva. Tompok ini kekal dan boleh menyebabkan parut dan kegatalan.
Apa yang patut korang buat?
Rawatan masalah ini bergantung kepada puncanya. Jangkitan kuman vaginosis akan dirawat menggunakan antibiotik seperti metronidazole. Jangkitan yis pula dirawat dengan ubat anti kulat. Ia mungkin dalam bentuk tablet makan atau ubat yang dimasukkan dalam vagina.
Doktor juga mungkin memberikan korang krim sapu untuk mengurangkan kegatalan. Sekirannya gatal-gatal tersebut disebabkan menopos, rawatan menggunakan krim estrogen mungkin boleh mengurangkan simptom ini. Krim steroid boleh mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh liken sclerosis.

Cegah dari awal
1. Elakkan memakai bahan kimia pada vagina, termasuklah tisu tandas yang ada pewangi, krim vagina, semburan/cucian feminin dan membilas vagina dengan kerap. Ia mungkin boleh membuatkan korang alergi pada bahan kimia tersebut.
2. Gunakan air paip biasa. Elakkan menggunakan sabun wangi dengan kerap kerana ia boleh mengeringkan vagina dan membunuh flora baik.
3. Sentiasa lap vagina daripada bahagian depan sehingga belakang selepas membuang air besar.
4. Pakai seluar dalam daripada kain cotton (yang tiada fabric sintetik) dan tukar seluar dalam dengan kerap.
5. Jangan sesekali douche (membilas vagina dalaman).
6. Gunakan kondom ketika melakukan hubungan seks untuk cegah penyakit kelamin (jika sudah berkahwin).
7. Elakkan melakukan seks sehingga betul-betul baik daripada jangkitan tersebut.
8. Jangan garu dengan kuat kawasan yang gatal sebab boleh menyebabkan kulit mengelupas dan jangkitan semakin teruk.
Sumber: Klinik Dr. Juhaidah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Amat Malu Hina Nabi”, Penerbit Filem Fitna Bersyukur Terima Hidayah Allah

Kebelakangan ini, negara panas dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Beratus laporan polis dibuat kerana wujudnya “Salman Rushdie” kecil yang cuba mencetuskan provokasi.
Dunia mungkin belum melupakan Salman Rushdie selepas mencatat nama sebagai musuh terbesar umat Islam apabila menghasilkan novel The Satanic Verses yang menghina Nabi Muhammad SAW. Selepas kemarahan umat Islam merebak pada tahun 1988, pemimpin Iran terdahulu, Ayatollah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bunuh dan mengatakan darahnya halal pada 1989.

Kisah-kisah penghinaan terhadap junjungan Nabi Muhammad dan Islam tidak pernah putus. Ini termasuklah penulisan novel berjudul Lajja yang ditulis oleh Nasrin yang mengisahkan keluarga Hindu diserang oleh orang Islam.
Masa yang sama, penghinaan terhadap Nabi ini membuatkan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
Dunia juga mungkin tidak boleh melupakan penerbit filem dari Belanda, Arnoud Van Doorn yang turut mencetuskan kontroversi pada tahun 2012.

Ternyata hidayah itu milik Allah. Dari sebuah filem FITNA yang anti Islam, akibat kebenciannya terhadap Islam dari rasa takut yang timbul, Allah akhirnya mencampakkan hidayah di hatinya.
Dalam satu temubual dengan media, Arnoud Van Doorn berkata, dirinya malu dengan tindakan menerbitkan filem Fitna.
“Saya berharap semoga Allah menerima taubat saya di atas perbuatan saya ini, Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan dapat membasuh dosa-dosa saya terhadap Islam selama ini. Saya berasa amat malu ketika menziarahi makam Rasulullah,” katanya yang berpeluang mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Kongsi Van Doorn, ketika penghasilan filem Fitna, dia sudah lama melancarkan propaganda anti Islam. Sebagai ahli politik parti bebas pimpinan Geert Wilders di Belanda, hatinya terbuka memeluk Islam hanya selepas setahun mengkaji tentang ajaran Islam.

Menurut Van Doorn, terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam sehinggalah dirinya membuat penyelidikan sendiri.
“Hati saya memilih Islam sebagai cara hidup setelah menerima layanan yang baik daripada para jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di The Hague, Belanda.
“Ketika berada di Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di The Hague saya dapati layanan cukup baik dari jemaah termasuk mendapat penerangan lengkap dari imam masjid di sana,”katanya mengakui sebelum ini hatinya menolak untuk ke masjid kerana takut dibunuh.
Namun bila mendapati ia tidak seperti disangkanya, Van Doorn terus menafikan Islam itu teruk, jahat dan ganas seperti mana dimomokkan sebelum ini oleh media Barat bahawa Islam itu teruk.
“Saya benar-benar terkejut kerana orang di masjid itu begitu ramah dengan saya. Imam datang dan berjabat tangan dengan saya sambil mengucapkan selamat datang.
“Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan dalam diri mereka. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional buat saya pada ketika itu,” jelasnya.

Mengimbas bagaimana hatinya tertarik pada Islam, kata Van Doorn hatinya terdetik seelepas melihat bagaimana 1.2 bilion umat Islam begitu gembira menjadi orang Islam.
“Sejak itu saya mengkaji dan pemikiran mula berubah. Tiada lagi islamfobia seperti mana difikirkan,” katanya mengaku pernah mempunyai ketakutan terhadap Islam suatu ketika dahulu.
Kesimpulannya, sebegitu banyak yang mula menghina Nabi Muhammad SAW adalah kerana mereka tidak memahami betapa indahnya Islam itu.
Jadi adalah menjadi tugas kita sebagai khalifah dilahirkan di dunia untuk menunjukkan yang baik-baik kepada bukan Islam untuk hati mereka menerima Islam satu hari nanti.
Apa pun, di REMAJA kami cukup mengharapkan tiada lagi provokasi agama demi kehormonian kaum. Islam itu agama syumul dan penuh kasih sayaing. Untuk tidak mempedulikan apa terjadi juga tidak patut kerana kita harus mempertahankan Rasul kita, Nabi Muhammad dari terus dihina.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah Jennie, Seungri dan B.I Punca Yang Hyun Suk Meletakkan Jawatan Dari YG Entertainment?

Berita tergempar untuk peminat dunia hiburan Kpop. CEO YG Entertainment, Yang Hyun Suk secara rasminya telah meletakkan jawatan. Berita ini ditulis sendiri oleh CEO itu di laman rasmi YGE:
“Ini adalah Yang Hyun Suk.
Saya memohon maaf kepada peminat YGE dan artis label kami.
Saya juga minta maaf kepada semua pekerja yang tanpa lelah bekerja meskipun mendapat kritikan.
Saya hanya mendiamkan diri dan bersabar dalam apa jua walaupun ia memalukan. Saya akui saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tidak sanggup melihat artis label atau peminat terus menghadapi kerugian kerana saya.
Selama 23 tahun, saya menghabiskan hidup saya untuk membina YG.
Menyumbangkan muzik terbaik dan artis terbaik adalah kebahagiaan terbesar buat saya. Saya telah berfikir tentang bagaimana ini adalah satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan untuk menyumbang kepada peminat dan masyarakat.
Bagaimanapun, saya akan turun dari semua jawatan dan perniagaan saya di YG bermula hari ini.
Saya sangat berharap tidak ada lagi kemudaratan yang akan datang kepada YG sebagai label atau artis yang saya sayangi dan peminat yang menyayangi mereka kerana saya.
Terdapat lebih banyak mereka yang profesional di YG yang lebih berkebolehan dari saya. Ini akan menjadi peluang yang baik bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ini mungkin satu-satunya harapan untuk menstabilkan YG dengan cepat.
Akhirnya, saya percaya bahawa kebenaran pasti akan terbongkar selepas penyiasatan terhadap semua kes yang melibatkan syarikat ini. fakta semasa dilihat selepas Terima kasih.”

Blackpink Jennie
Antara kes yang menjadi viral sejak awal tahun 2019 ini adalah tersebarnya gambar Blackpink Jennie bercinta dengan EXO Kai.
Awal tahun ini, peminat industri Kpop dikejutkan dengan berita percintaan antara Jennie dan Kai. Meskipun ramai peminat gembira dengan hubungan mereka, ada juga yang menyatakan bahawa berita ini akan membawa “bad luck” kepada syarikat itu. (kepercayaan budaya Korea)

Baca juga: Kai Dan Jennie Khabarnya Putus Hubungan Selepas 4 Bulan Bercinta
Big Bang Seungri
Beralih kepada beberapa bulan selepas itu, industri Kpop dikejutkan lagi dengan berita bekas ahli kumpulan Big Bang Seungri yang terlibat dengan skandal kelab Burning Sun yang turut dikaitkan dengan pemerdagangan orang. Berikutan daripada itu, Seungri keluar dari grup Big Bang dan membatalkan kontrak dengan YG Entertainment.

Baca juga: Tuduhan Kes Seksual Seungri Punca Saham YG Turun, JYP & SM Juga Terkesan!
iKON B.I
Tak cukup dengan itu, minggu ini satu lagi skandal dadah berkait dengan iKON B.I yang juga telah membatalkan kontrak dengan YG Entertainment.
Baca juga: Surat Ibu B.I Yang Menyentuh Hati Dan Rupa-Rupanya Ada Kaitan Dengan Skandal Dadah Big Bang TOP
Baca juga: Terpalit Isu Skandal Dadah, B.I Bakal Tarik Diri Daripada iKON
Tak cukup dengan itu, beberapa tahun yang lalu, YG juga terpalit dengan pelbagai skandal dadah.

Big Bang TOP & G Dragon
Pada tahun 2017, TOP terpalit dengan skandal dadah jenis ganja yang menggemparkan peminat kpop khususnya VIP. Ketika itu, TOP dalam persiapan untuk menyertai ketenteraan terpaksa menangguhkan kemasukan pada tahun itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan setelah mendapat pengampunan selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, TOP yang mengikuti khidmat ketenteraan pada November tahun lalu hingga Jun ini.
G Dragon yang merupakan leader kepada Big Bang itu juga ditangkap di salah sebuah kelab kerana mengambil ganja ketika konsertnya di Jepun.
YG Entertainment ketika itu menjelaskan bahawa GD tidak menyedarkan diri ketika mengambil dadah dan ia merupakan satu kesilapan. GD bagaimanapun terlepas dari hukuman kerana disahkan hanya mengambil dalam kandungan sedikit.

2NE1 Park Bom
Park Bom menyeludup 82 pil amphetamine melalui Express Mail Service di lapangan terbang pada tahun 2010, ketika dia masih anggota 2NE1.
Dia yang bercampur dengan jeli ditangkap oleh kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kes itu bagaimanapun digantung.
Park menjelaskan dia tidak menyangka bahawa amphetamine adalah haram di Korea, dan mengatakan dia menggunakan dadah untuk merawat kemurungan dan Attention-Deficit Disorder (ADHD).
Pada tahun 2016, kontrak Park dengan YG Entertainment ditamatkan tanpa pembaharuan dan kumpulan gadis 2NE1 secara rasminya dibubarkan pada tahun itu.

Mungkin ini antara sebab papa YG meletakkan jawatan sebagai CEO Syarikatnya sendiri. YGE mungkin antara syarikat terkenal menghasilkan kpop idol, namun syarikat tersebut sering menghadapi masalah dengan kes penyalahgunaan dadah.
Apa pendapat korang dengan keputusan YG ni? Ataupun YGE perlu tutup terus?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

