
Jika dulu lingkaran gelap bawah mata dianggap musuh utama kecantikan, kini ia berubah jadi aset! Trend solekan baharu Gen Z yang dikenali sebagai “Tired Girl” sedang menguasai TikTok, dengan ribuan tutorial meraih ratusan ribu tontonan.
Trend ini meraikan wajah pucat, mata samar, bibir pucat atau ungu muda, seolah-olah baru bangun tidur namun tetap kelihatan chic dan penuh personaliti. Ia bertentangan dengan standard kecantikan lama yang menekankan kesegaran, wajah bersinar dan serba sempurna.
Ikon terbesar trend ini semestinya Jenna Ortega menerusi watak Wednesday Addams
dalam siri Netflix arahan Tim Burton. Penampilannya dengan mata berbayang, kulit pucat dan bibir natural bukan sahaja memukau di kaca TV, malah dibawa ke karpet merah London baru-baru ini.Ramai mengaitkan gaya ini dengan penampilan ikonik Angelina Jolie dalam Girl Interrupted (1999) dan Natalie Portman dalam Leon (1994). Antara selebriti moden lain yang menghidupkan trend ini termasuk Lily Rose-Depp, Emma Chamberlain, Gabbriette serta influencer kecantikan seperti Danielle Marcan dan Lara Violetta.
@sarahnewsfx
Trying ‘tired girl’ makeup
♬ Righteous x Yummy – Sped Up – Tazzy
Tidak seperti gaya glamor, solekan Tired Girl meraikan keaslian dan ekspresi diri. Lingkaran gelap bawah mata sengaja tidak ditutup, pembayang mata disapu nipis, manakala pemerah pipi dan bibir kelihatan seakan ‘messy’ tetapi cool.
Pengarah kecantikan Kim Brown menyifatkan trend ini sebagai simbol keberanian, penuh sikap, dan jauh daripada tekanan kesempurnaan. Ia juga berbeza daripada solekan goth yang lebih gelap, atau trend aegyo-sal dari Korea yang menyerlahkan bawah mata bengkak untuk wajah lebih muda.
Bagi Gen Z, trend ini bukan sekadar gaya solekan – ia adalah cara meluahkan realiti kehidupan. Dengan jadual akademik yang padat, tekanan kewangan dan masa depan tidak menentu, solekan Tired Girl menjadi lambang kejujuran dan kebebasan.
Seperti kata penulis Dan Hastings-Narayanin, ia mungkin fenomena sementara sama seperti cottagecore atau Barbiecore, tetapi tetap meninggalkan kesan kerana mengangkat wajah ‘seadanya’ sebagai satu bentuk kecantikan.
Menariknya, solekan Tired Girl sangat mudah dilakukan. Cukup dengan concealer, sedikit pemerah pipi, pembayang mata warna kusam dan bibir natural. Tak perlu berus khas atau teknik rumit – sesuai untuk remaja yang suka gaya ringkas tetapi trendy.
BACA LAGI : Jenna Ortega ‘Janjikan’ Wednesday Musim Kedua Lebih Elemen Seram, Menakutkan. Tak Sabarnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.