Jika dulu lingkaran gelap bawah mata dianggap musuh utama kecantikan, kini ia berubah jadi aset! Trend solekan baharu Gen Z yang dikenali sebagai “Tired Girl” sedang menguasai TikTok, dengan ribuan tutorial meraih ratusan ribu tontonan.
Trend ini meraikan wajah pucat, mata samar, bibir pucat atau ungu muda, seolah-olah baru bangun tidur namun tetap kelihatan chic dan penuh personaliti. Ia bertentangan dengan standard kecantikan lama yang menekankan kesegaran, wajah bersinar dan serba sempurna.
Jenna Ortega Jadi Inspirasi
Ikon terbesar trend ini semestinya Jenna Ortega menerusi watak Wednesday Addams dalam siri Netflix arahan Tim Burton. Penampilannya dengan mata berbayang, kulit pucat dan bibir natural bukan sahaja memukau di kaca TV, malah dibawa ke karpet merah London baru-baru ini.
Ramai mengaitkan gaya ini dengan penampilan ikonik Angelina Jolie dalam Girl Interrupted (1999) dan Natalie Portman dalam Leon (1994). Antara selebriti moden lain yang menghidupkan trend ini termasuk Lily Rose-Depp, Emma Chamberlain, Gabbriette serta influencer kecantikan seperti Danielle Marcan dan Lara Violetta.
Tidak seperti gaya glamor, solekan Tired Girl meraikan keaslian dan ekspresi diri. Lingkaran gelap bawah mata sengaja tidak ditutup, pembayang mata disapu nipis, manakala pemerah pipi dan bibir kelihatan seakan ‘messy’ tetapi cool.
Ads
Pengarah kecantikan Kim Brown menyifatkan trend ini sebagai simbol keberanian, penuh sikap, dan jauh daripada tekanan kesempurnaan. Ia juga berbeza daripada solekan goth yang lebih gelap, atau trend aegyo-sal dari Korea yang menyerlahkan bawah mata bengkak untuk wajah lebih muda.
Medium Ekspresi Gen Z
Bagi Gen Z, trend ini bukan sekadar gaya solekan – ia adalah cara meluahkan realiti kehidupan. Dengan jadual akademik yang padat, tekanan kewangan dan masa depan tidak menentu, solekan Tired Girl menjadi lambang kejujuran dan kebebasan.
Ads
Seperti kata penulis Dan Hastings-Narayanin, ia mungkin fenomena sementara sama seperti cottagecore atau Barbiecore, tetapi tetap meninggalkan kesan kerana mengangkat wajah ‘seadanya’ sebagai satu bentuk kecantikan.
Menariknya, solekan Tired Girl sangat mudah dilakukan. Cukup dengan concealer, sedikit pemerah pipi, pembayang mata warna kusam dan bibir natural. Tak perlu berus khas atau teknik rumit – sesuai untuk remaja yang suka gaya ringkas tetapi trendy.
Selebriti asal Singapura yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ini cukup sinonim dengan imej berhijab apabila mula mengambil keputusan untuk berhijrah tahun lalu. Gaya anggun dan manis yang dibawa memukau pandangan mata.
Terbaharu Hannah Delisha telah dipilih untuk menghiasi kempen fesyen lebaran ALIA.B x Naelofar. Menariknya kempen fesyen ini turut menampilkan pengasas Naelofar sendiri, Neelofa. Gandingan dua wanita ini menyerlahkan pesona rekaan busana yang dihasilkan bersesuaian dengan gaya yang memenuhi syariat.
Warna lembut yang memneyerlahkan keanggunan si pemakaiRekaan yang ringkas namun fabrik jenis kilau memberikan sentuhan mewah
Hannah yang tambil berhijab di samping Neelofa yang berniqab menyerlahkan gaya tiada batasan bagi mereka yang menutup aurat,potongan rekaan yang longgar memberi nuansa gaya fesyen nan moden.
Koleksi lebaran yang diberi nama ‘The Essence of Art Nouveau’ ini merupakan inspirasi Alia Bastamam bersama Neelofa dalam memanifestasikan stail, nilai senibina, ikon wanita, kotak perhiasan dan juga pasu yang direka pada era Art Nouveau.
Rekaan yang longgar sesuai buat mereka yang berniqab dan berhijab
Koleksi ini melalui satu proses rekaan yang ketat yang mana ia harus memenuhi kehedak dan tepat untuk memenuhi kehendak dan pasaran yang lebih luas. Alia Bastamam bersama pasukan rekaannya dengan berhati-hati mereka fesyen yang memenuhi keperluan dan garis panduan yang sopan namun dalam masa yang sama ia boleh digayakan oleh mereka yang juga tidak berhijab.
Sumber foto: Alia Bastamam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa tahun tidak muncul di mana-mana program televisyen dan di pentas, penyanyi Inggeris dan pemenang anugerah Grammy, Adele melakukan comeback menerusi program Saturday Night Live sebagai hos jemputan.
Selain mengubat rindu peminat dengan melakonkan beberapa skit jenaka, kemunculan Adele ini juga pantas menarik perhatian apabila tubuhnya kelihatan semakin slim.
“Saya tahu saya kelihata sangat, sangat berbeza berbanding kali terakhir kamu melihat saya. Disebabkan kawalan Covid dan sekatan perjalanan jauh, I had to travel light and only bring half of me (merujuk kepada badannya yang lebih kecil). And this is the half I chose (merujuk kepada perubahan pada dirinya setelah memfailkan penceraian daripada bekas suami).
Peminat Adele rata-rata gembira dengan perubahan imej tersebut. Ini kerana Adele tidak lagi kurus sehingga disangkakan tidak sihat yang seperti yang pernah digembar-gemburkan menerusi beberapa foto yang tersebar, awal tahun ini.
Adele di Grammys 2016Adele pada bulan Mei, 2020Penampilan Adele semalam di SNL.
Penyanyi Someone Like You itu masih mempunyai iras wajah asalnya. Cuma bentuk tubuhnya sahaja yang kini lebih sihat, bertenaga dan slim berbanding dahulu. Lalu, ramai peminat tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik penampilan terbaru ini?
Walaupun Adele tidak membuka mulut mengenainya, namun laporan mengatakan bahawa Adele mengikuti diet Sirtfood. Ini berikutan kemunculan penyanyi itu di laman web rasmi diet Sirtfood di samping atlet, Connor McGregor.
Now, apakah yang dimaksudkan dengan diet ini?
*
Sirtfood adalah rangkaian makanan yang dipilih untuk mengaktifkan protein tertentu di dalam badan kita yang dinamakan sebagai sirtuins. Sirtuins pun dipercayai memelihara sel-sel badan daripada mati – terutamanya apabila kita sedang stres. Ia juga mempercepatkan metabolisma badan di samping membantu pembakaran lemak.
Dalam kes Adele, dia mampu menghilangkan 7 paun berat badan dalam masa seminggu. Pada masa yang sama, dia masih mengekalkan otot badan sedia ada.
Ini adalah di antara jenis makanan yang tergolong dalam diet Sirtfood; yang terdiri daripada teh hijau, dark cholocate (pastikan sekurang-kurangnya mengandungi 85 peratus koko), epal, kunyit, daun pasli, sayur kangkung, minyak zaitun dan buah blueberry.
Jenis-jenis makanan ini sebenarnya banyak didapati dalam masakan Mediterranean. Untuk 3 hari pertama setiap minggu, dia akan mengambil hanya 1000 kalori sehari. Diikuti dengan 1500 kalori untuk 4 hari berikutnya.
Namun itu tidak bermakna Adele meninggalkan makanan lain yang mempunyai zat-zat yang diperlukan dalam badan. Cuma dia mengurangkan saja kekerapan pengambilan dan meningkatkan pengambilan makanan dalam diet Sirtfood.
*
Jom tonton salah satu skit membabitkan Adele semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Vera Wang pasti tidak asing lagi di kalangan pencinta fesyen. Dia adalah pereka Amerika yang karya-karyanya dilanggan oleh seniman dunia.
Vera Wang merupakan seorang ikon wanita berdarah Asia kelahiran New York ini tampak begitu awet muda selain menarik perhatian warganet.
Menerusi satu perkongsian gambar sambutan hari jadinya di laman Instagram, Vera Wang yang tampil anggun dengan gaun warna kuning kelihatan seperti masih dalam lingkungan usia 40-an.
Vera Ellen Wang adalah pereka fesyen Amerika yang berpusat di New York City. Dia dilahirkan pada 27 Jun 1949. Vera Wang mempunyai dua anak angkat perempuan bernama Cecilia Becker dan Josephine Becker yang diambil ketika mereka masih kecil.
2. Atlet Sukan Luncur Ais
Ibu bapa Vera Wang berhijrah ke AS pada pertengahan tahun 1940-an. Wang pada mulanya berlatih sebagai pemain luncur ais tetapi dia gagal untuk berjaya ke pasukan Olimpik AS. Kemudian, Vera Wang akhirnya memutuskan untuk memasuki industri fesyen.
3. Bekerja di Vogue selam 16 tahun
Sumber : Kroma Magazine
Pemilik akaun Instagram @verawanggang telah bekerja sebagai editor fesyen kanan di Vogue selama 16 tahun. Dia meninggalkan Vogue pada tahun 1985 setelah gagal mendapatkan jawatan ketua editor dan kemudian beliau bergabung dengan Ralph Lauren sebagai pengarah reka bentuk.
4. Menubuhkan Syarikat Sendiri
Menurut laporan Cat Walk Yourself, setelah bekerja di Ralph Lauren selama dua tahun, Wang pergi untuk menubuhkan syarikatnya sendiri pada tahun 1990. Dengan sokongan kewangan dari ayahnya, Wang membuka butik mewah di Caryle Hotel di New York untuk merancang dan menjual busana perkahwinan yang dibuat mengikut tradisi couture Paris.
5. Perkembangan Karier
Awalnya butik milik Vera Wang menawarkan gaun couture dari Guy Laroche, Christian Dior dan Carolina Herrera. Akan kemudian setelah mengasah penampilannya, dan datang dengan koleksinya sendiri.
Vera Wang sinonim dengan gaun pengantin yang bergaya di dunia antarabangsa. Label ini telah digunakan oleh banyak selebriti terkenal termasuk Ivanka Trump, Chelsea Clinton, Victoria Beckham, Nancy Kerrigan hingga Kate Hudson. Terbaru, bintang sensasi, Ariana Grande dan Gwen Stefeni juga mengunakan khidmat Vera Wang. Hebat betul.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari pentas Hero Remaja 2019/2020 hingga kini bergelar duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen terus melangkah lebih jauh. Bersama REMAJA, dia berkongsi tentang aspirasi, keberanian mengambil risiko, definisi kejayaan serta mengapa kolaborasinya bersama Xiaomi lebih daripada sekadar menjadi wajah sebuah jenama.