Wajah Bagaikan Tak ‘Dimamah’ Usia, Angeline Mengenakan Hijab Raih Pujian Ramai

Share

Siapa yang ‘layan’ sitkom popular berjudul Pi Mai Pi Mai Tang Tu, suatu ketika dahulu, pasti mengenali bintang tanah seorang ini.

Memainkan watak sebagai Lucy menerusi sitkom tersebut dengan jayanya, sehingga kini pelakon legenda Angeline Tan dikenali dalam industri tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Tampil Ayu Mengenakan Hijab Kembali, Mila Jirin Pula Syukur Akhirnya Dapat Bersua Muka

Kini usianya sudah menginjak 56 tahun, namun dilihat figura dan raut wajahnya bagaikan bagaikan tidak dimamah usia! Masih cantik dan anggun ya.

Terbaharu menerusi di platform Instagram miliknya, bintang berkenaan berjaya mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab berona hitam.

Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mendakwa raut wajah pelakon itu masih kekal ayu tanpa solekan dan tidak dimakan usia meskipun kini dia sudah melewati usia 50 tahun.

Ujar pengikutnya lagi, kecantikan pelakon naskhah hit Gerak Khas itu menjadi lebih terserlah apabila dia mengenakan hijab.

“MasyaAllah, sebenarnya saya tak tengok capal giant itu, saya lebih terpegun tengok yang bertudung itu,” komen seorang warganet.

“Yang penting kakak nampak cantik bila bertudung,” komen lagi warganet lain.

“Tetap comel macam muda-muda,” komen pemilik akaun peng_ibrahim.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Angeline Tan

IKLAN