Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Terbaru, menurut pejabatnya hari ini, Putera Charles, 71, yang merupakan anak sulung dan pewaris kepada Ratu Elizabeth II sah positif COVID-19.
Pewaris takhta ini dikatakan telah menunjukkan ‘gejala ringan’ tetapi sebaliknya kekal dalam keadaan baik dan telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duches of Cornwall, Camilla yang telah diuji negatif Covid-19.
Ads
“Putera Wales telah diuji positif coronavirus dengan menunjukkan gejala ringan tetapi dalam keadaan baik dan bekerja seperti biasa dari rumah sepanjang beberapa hari lalu, lapor AFP.
Charles dan isterinya, Camilla, bersendirian di rumah di Scotland.
Ads
“Sukar untuk menentukan bagaimana putera itu dihinggapi virus berkenaan kerana banyak pergerakan yang dilakukannya dalam peranan awamnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” menurut kenyataan itu.
Pasangan itu diuji oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Aberdeenshire di timur laut Scotland, jelas kenyataan tersebut.
Ads
Acara umum terakhir Putera Charles adalah majlis makan malam untuk membantu hutan di Australia pada 12 Mac yang berlangsung di Mansion House di London.
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa, kerajaan pula sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.
Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, kuat kuasa undang-undang lebih tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah memberitahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan kompaun RM1,000 kepada mereka yang ingkar mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324).
Bermula hari ini, kompaun berkenaan akan dikeluarkan kepada pesalah PKP mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. Sekiranya pesalah enggan membayar kompaun berkenaan mereka boleh meminta untuk dibicarakan.
25 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKP yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi memastikan jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diputuskan.
Merangkumi enam perkara iaitu:
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara.
Sekatan menyeluruh semua perjalananrakyat Malaysia ke luar negara.
Sekatan kemasukan semua pelancongdan pelawat asing ke dalam negara.
Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT).
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).
Tempoh perintah ini hanya akan tamat apabila kerajaan percaya jangkitan COVID-19 sudah dapat diputuskan daripada menular di Malaysia, dan selagi tahap peratusan kepatuhan rakyat masih rendah maka tidak mustahil ini akan dilanjutkan sehingga ke satu masa lagi, yang mana akan ditentukan pada Jumaat (10 April) ini.
Ha kalau degil sangat pergi la langgar PKP. Tapi nanti kena kompaun jangan menyesal pula.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, sekolah baru je mula beroperasi beberapa hari lepas setelah beberapa bulan ditutup akibat pandemik Covid19 di Malaysia yang akan melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.
Sebentar tadi, Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi perkongsian instagram Istana_Negara berkenan meninjau pembukaan semula sekolah yang bermula sejak dua hari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencerminkan keprihatinan tinggi baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru serta murid di seluruh Malaysia.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah dan para guru atas persediaan rapi bagi menjamin keselamatan selain mengelakkan risiko jangkitan.
Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan norma baharu termasuk penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan.
Berangkat sama, anakanda baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para guru dan murid sebelum mengakhiri lawatan kerja ini.
Ini persoalan anak muda kena bincang dan suarakan.
Sejak semalam Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju kerajaan meneliti untuk meningkatkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun susulan cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Azih Muda bersetuju dengan cadangan menaikkan usia persaraaan di Malaysia
Laporan dari portal Free Malaysia Today (FMT) semalam, Presiden Cuepacs iaitu Azih Muda berkata, cadangan itu adalah wajar, lebih-lebih lagi dalam keadaan beban sara hidup tidak menunjukkan penurunan dan keperluan untuk meneruskan kehidupan berkeluarga semakin berat.
“Justeru, kerajaan perlu melihat isu kekurangan dan kehilangan pendapatan serta ketiadaan simpanan yang cukup bagi menyokong kelangsungan kehidupan.
“Apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara yang tergolong dalam negara “aging society”, jadi perlu dilihat keperluan untuk menyokong kehidupan golongan ini,” katanya kepada FMT.
Bekerja di jabatan kerajaan dilihat menjadi impian ramai anak muda. Gambar hiasan dari internet
Persoalannya, kalau dah asyik nak dinaikkan usia persaraan di kalangan warga emas (adakah benar semakin tua kita semakin bijak?) atau sebenarnya produktiviti sudah menurun sangat-sangat, bila anak-anak muda yang penuh dengan idea diberi peluang untuk berkhidmat pula?
Untuk makluman semua, sejarah perkhidmatan di negara ini sudah empat kali dinaikkan. 4 kali ya dan ada cubaan untuk menaikkannya kepada lima kali. Korang setuju ke?
Bermula pada usia 55 tahun, usia bersara kemudian dinaikkan ke 56 tahun. Memandangkan gaya hidup sihat dan usia rakyat yang panjang seperti dinyatakan, had umur bersara ini kemudian ditukar menjadi 58 tahun dan seterusnya 60 tahun.
Terkini, ada cadangan menaikkannya kepada 65 tahun sekaligus menutup banyak peluang orang muda memberikan idea dan khidmat untuk negara khususnya dalam perkhidmatan awam.
Sebelum ini, kerajaan berkata, ia akan meneliti cadangan meningkatkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun seperti dilakukan beberapa negara maju, termasuk Singapura.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memperhalusi beberapa perkara sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Semalam, MTUC menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian elaun kos sara hidup (Cola) bulanan RM500 atau lebih kepada pekerja swasta menerusi Belanjawan 2020, selain meningkatkan had umur bersara mandatori kepada 65 tahun.
Azih berkata, negara membangun dan maju juga telah meningkatkan tahap umur persaraan mereka.
Katanya, Singapura misalnya telah meluluskan umur persaraan sehingga 65 tahun.
Dalam pada itu, Azih berkata, Cuepacs turut mencadangkan supaya barayan insentif Cola dinaikkan dan diselaraskan.
Beliau berkata, sektor swasta juga wajar mempertimbangkan insentif serupa kepada pekerja mereka.
Dalam pada itu, isu ini mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang jelas tidak bersetuju dengan cadangan ini. Yeay, inilah yang golongan belia ingin dengar sebenarnya.
Kata Syed Saddiq, keutamaan perlu diberikan kepada golongan muda untuk mendapat kerja dan dinaikkan pangkat berdasarkan merit, bukan sahaja faktor umur.
Katanya, terdapat kira-kira 500,000 golongan muda yang menganggur dan kadar pengangguran Malaysia ialah 10.7%.
“Perbandingan dengan dengan negara maju tidak tepat. Pengangguran belia Jepun hanya 3.4%, Singapura 5.9% dan Jerman 6.2%,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.