
Setiap tahun pastinya peminat buku menantikan kemunculan jualan buku besar-besaran di Big Bad Wolf yang menawarkan potongan harga sangat rendah.
Kini, Big Bad Wolf Sale kembali lagi, namun kelainannya pada tahun ini apabila ia dijalankan secara online ekoran wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara. Jualan buku ini bermula pada 4 November sehingga pukul 11.59 malam pada 11 November 2020.
Menawarkan sejumlah lebih daripada 40,000 judul buku dengan potongan harga sehingga 90 peratus, Big Bad Wolf 2020 boleh diakses melalui https://shopbigbadwolfbooks.com/my. Dengan hanya perlu membuat akaun di laman web tersebut, korang boleh memilih mana-mana buku yang menjadi pilihan, seterusnya add to cart dan check out.
Lebih mudah kan?
Tidak perlu bersesak dengan orang ramai, semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.


Pihak Big Bad Wolf Books juga telah memaklumkan bahawa laman web mereka berhadapan dengan kesesakan trafik dan berharap agar pengguna memahami dan bawa bersabar.

Pengguna turut berkongsi pengalaman ketika melakukan pembelian secara online untuk Big Bad Wolf tahun ini. Rata-ratanya mengeluh kerana tidak dapat masuk ke laman web tersebut dan mengalami kesusahan untuk mengakses. Namun, pihak Big Bad Wolf Books turut memberikan respon.




Namun begitu, masih ada pengguna yang sabar dan tetap memberikan semangat buat team mereka.


Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia masih lagi minat membaca buku dan sekiranya korang juga ingin membeli secara online, diharap lebih bersabar dan cuba untuk memahami situasi trafik mereka.
Cubalah waktu pagi-pagi buta, mana tahu time tu tak ramai orang akses kan? Hiks, selamat membeli!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serius La, Air Asia Buat Hal Lagi Tawar Tiket Penerbangan Pergi Balik Separuh Harga!

Bila syarikat penerbangan AirAsia buat promosi, maka ramailah diantara kita yang sanggup berjaga malam gara-gara ingin mendapatkan tiket murah. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan ‘gila’ jugalah.
Baru-baru ini AirAsia buat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila menawarkan harga tidak masuk akal, mulai sekarang hingga 24 Julai nanti, AirAsia menawarkan diskaun 50% untuk tiket penerbangan *!

Lokasi penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi dan Pulau Pinang!
Hanya perlu book tiket penerbangan pergi dan balik domestik dalam tempoh promosi dan dapatkan diskaun 50% untuk tiket penerbangan pergi dan balik!

Bagi membeli pas penerbangan tanpa had itu, korang boleh dapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia.
Amacam guys? Lama tak bercuti kan so jom la cuti-cuti Malaysia. Tapi jangan lupa ikup SOP dan pakai penutup muka tak kira korang berada di mana sahaja, semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
Sumber: Newsroom AirAsia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Internet Kecoh Apabila Pasangan Harry Potter Dan Fault In Our Stars Lakukan Reunion

Anugerah Golden Globes 2018 yang berlangsung pada pagi hari ini telah menyaksikan beberapa nama besar (dan layak) memenangi kategori masing-masing. Antaranya termasuklah Saoirse Ronan, James Franco, Aziz Ansari, Nicole Kidman dan Alexander Skarsgard.
Namun, tiada siapa yang lebih berjaya mencuri perhatian ramai netizen di media sosial melainkan Emma Watson, Robert Pattinson, Ansel Elgort dan Shailene Woodley apabila masing-masing melakukan sesi reunion bersama pasangan lakonan.

(Okay fine. Mungkin Oprah Winfrey lebih menonjol hari ini berbanding mereka berempat disebabkan ucapan Oprah yang cukup signifikan)
But whatever, kami sudah lama menantikan reunion ini.

Hermione Granger & Cedric Diggory
Semasa kami (dan berjuta lagi orang) menyaksikan Anugerah Golden Globes 2018 secara streaming pagi tadi, jujurnya, ada masa di mana kami tidak begitu tumpukan perhatian kepada skrin.
Ia hanyalah acara penganugerahan seperti yang biasa kita tonton setiap tahun.
Emma Watson and Robert Pattinson 2005/2018 #GoldenGlobes pic.twitter.com/Dw6EAbFzKD
— danyelle (@scamand3r) January 8, 2018
Bagaimanapun, magis nyata berlaku apabila pelakon Harry Potter and The Goblet of Fire, Emma Watson dan Robert Pattinson menyampaikan anugerah bersama di atas pentas untuk kategori Best Miniseries or TV Movie.
Muggle di seluruh dunia tercenggang seketika sebelum memuat naik tweet dan status mereka di Internet. Iyalah, tiada langsung perkhabaran bahawa mereka berdua akan dipasangkan. Secara tiba-tiba saja, Emma dan Robert hangat diperkatakan di Internet.

Di dalam filem Harry Potter yang dibikin 13 tahun lalu itu, watak Hermione dan Cedric tidaklah mempunyai masa skrin yang banyak memandangkan masing-masing menyimpan minat romantis kepada orang berbeza.
Dan seperti yang semua tahu, Cedric yang mewakili Hufflepuff mati di tangan Voldemort. But that does not mean the netizen will not ship these two.
Antara komen yang sempat REMAJA petik dari Twitter termasuklah:
Really disappointed they werent announced as Hermione Granger Diggory & Cedric #GoldenGlobes
— Cher (@thecherness) January 8, 2018
Anyone else geek out over @EmmaWatson & Robert Pattinson’s #HarryPotter reunion at the #GoldenGlobes? ? pic.twitter.com/KqH7hIlq0q
— Access (@accessonline) January 8, 2018
Robert Pattinson juga sempat untuk menyatakan rasa bangganya terhadap apa yang telah dikecapi Emma selama ini.
It was great. Saya memang ingin menyampaikan anugerah bersama-sama dengan Emma Watson. Kerana saya merasakan dia telah melakukan pelbagai usaha hebat untuk menjayakan kempen (#TIMESUP) ini, seperti kempen-kempen lain yang pernah melibatkannya sebelum ini.
Emma seringkali melakukan perkara yang hebat. Dan saya turut gembira untuk bersama-samanya dalam memperjuangkan isu ini.

Hazel Grace & Augustus Waters
Inilah reunion yang paling dinantikan Hollywood!
Pelakon Shailene Woodley dan Ansel Elgort yang membintangi filem Divergent dan The Fault in Our Stars juga berada di Anugerah Golden Globes 2018 sebagai calon untuk Baby Driver dan Big Little Lies.
Berbanding Emma dan Robert, mereka berdua terlebih dahulu bertemu di karpet merah Golden Globes. Shailene sedang ditemu ramah apabila Ansel melambaikan tangannya dan mengatakan hi kepada Shailene.
Shailene Woodley and Calina Lawrence at the red carpet for the Golden Globes 2018.
(She says hi to Ansel at 1:34 and hugs Gal Gadot at the end!) pic.twitter.com/K4LiOqXiS0— Shailene Woodley (@PlanetShailene) January 8, 2018
Pasangan ini berjaya menghasilkan fandom tegar melalui filem The Fault In Our Stars itu sebagai dua orang remaja yang menempuhi penyakit kanser dan jatuh cinta. Ia juga berjaya menjadi batu loncatan kepada Shailene dan Ansel untuk dipandang serius oleh pembikin filem Hollywood.
Dan tentunya, peminat tidak dapat berdiam diri di Twitter:
I just realized Ansel Elgort and Shailene Woodley are in the same room and I just started balling my eyes out. #HazelandGusForever #goldenglobes
— Peppermint Petty (@A_PattyCake) January 8, 2018
I still ship Ansel Elgort & Shailene Woodley #GoldenGlobes ?❤
— Aubrey (@baekyien) January 8, 2018
Tak sabar untuk menantikan sama ada mereka akan terus bertemu di acara anugerah seterusnya sehingga bulan Mac nanti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rugi Tak Puasa Hari Asyura 10 Muharram Ini, Dosa Diampunkan Setahun Lalu

Umat Islam baru saja menyambut Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru 1441 H. Jika kita hanya memikirkan Awal Muharram adalah sekadar hari cuti biasa, sebenarnya ada sesuatu yang lebih daripada itu.
Awal Muharram adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Banyak kejadian-kejadian penting terjadi dalam bulan Muharram ini termasuklah Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah). Jika di zaman sekolah dahulu, kita diajar bahawa segala buka-buku amalan iaitu dosa dan pahala yang kita lakukan selama setahun diangkat ke langit untuk disimpan sebelum dibuka semula pada hari akhirat.
Jika Awal Muharram begitu penting, ada lagi hari penting dalam bulan Muharram yang wajib umat Islam faham dan ambil tahu iaitu 9 dan 10 Muharram atau disebut sebagai Hari Asyura di mana kita digalakkan untuk berpuasa.
Peristiwa berpuasa sunat ini dapat dilihat bila mana Rasulullah SAW sewaktu berhijrah ke Madinah di mana Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Namun bagi membezakan umat Islam dengan orang Yahudi maka Nabi mengajar kita berpuasa pada 9 Muharram atau disebut hari Tasu’a.
Kelebihan berpuasa pada 9 & 10 Muharram atau jatuh pada hari Isnin iaitu 9 September dan Selasa 10 September ini turut dinyatakan dalam beberapa hadis sohih.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
- Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadan.
Malah dalam sebuah hadis riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
KELEBIHAN PUASA ASYURA’
Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.
Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !”.
Ini niat puasa hari Asyura

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

