Jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan di negara kita semakin membimbangkan kerana sudah beberapa hari ini, angka positif menunjukkan jumlah kes harian sebanyak lebih daripada 3,000 kes sehari.
Wabak ini semakin menular dan tidak mengenal mangsa kerana buktinya, ahli-ahli politik juga turut terkena tempiasnya.
Beberapa ahli politik sebelum ini dilaporkan positif COVID-19 selepas menyertai kempen pilihan raya negeri Sabah dan terbaru, masih ramai dikalangan Menteri juga disahkan positif.
Berikut kami senaraikan antara ahli politik yang menjadi mangsa kepada wabak pandemik ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, disahkan positif COVID-19 pada 9 Januari lalu. Beliau dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pada jam 10.30 malam.
Ads
Pejabat Menteri di JPM (Ekonomi) menerusi kenyataan media, berkata Mustapa menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada 10 Januari 2021. Beliau dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh setelah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga disahkan dijangkiti COVID-19 pada awal minggu lalu. Semua kontak rapat Hamzah Zainudin bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 diarahkan untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjadi anggota Kabinet yang keempat disahkan positif COVID-19. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, berkata Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar disahkan positif selepas menerima keputusan ujian saringan. Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut.
Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah yang juga suami kepada usahawan Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Rita Sosilawati juga telah disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Sabtu lalu.
Terbaru, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19 pula. Beliau menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat Datuk Zaharin Mohd Yassin yang menghadiri sidang medianya pada 12 Januari lalu. Datuk Seri Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan.
Apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa agar kesihatan mereka kembali pulih dan semoga cepat sembuh daripada wabak ini.
Untuk korang semua, pastikan sentiasa mengikut SOP dan jangan keluar rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting. Sama-samalah kita menjadi masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian wabak pandemik ini.
Selepas hampir beberapa bulan sekolah diarah ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, semua sekolah di seluruh negara akan mula dibuka secara berperingkat bermula 4 April 2020 menerusi sidang media sebentar tadi.
Mesti para pelajar teruja nak ke sekolah berjumpa kawan-kawan, setelah lama berkurung di rumah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md. Jidin berkata, ia berikutan sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada hujung Mac ini.
“Dan cuti pertengahan penggal adalah antara 26 dan 27 Mac sehingga 3 dan 4 April.
“Maka murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah sejurus selepas cuti pertengahan penggal,” katanya dalam sidang media hari ini.
Mengikut Zon
Namun perlu diingatkan, semua sekolah di seluruh negara yang dibuka bergantung kepada kumpulan zon sekolah masing-masing, iaitu Kumpulan A meliputi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.
Jelasnya, sekolah-sekolah bagi Kumpulan A akan dibuka semula pada 4 April, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B pula akan dibuka pada 5 April keesokannya.
Sekolah Vokasional
Dalam pada itu, bagi pelajar vokasional yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia tahun satu semester dua dan Diploma Vokasional Malaysia tahun satu semester dua akan hadir semula pada 1 Mac ini.
Manakala bagi semua peringkat pelajar vokasional selainnya akan kembali hadir pada 8 Mac, 4 dan 5 April.
Selain itu, tarikh pembukaan semula sekolah menengah swasta dan sekolah antarabangsa untuk semua peringkat pelajar juga turut akan mengikuti jadual yang sama seperti sekolah kerajaan mengikut kumpulan zon masing-masing.
Manakala, murid bagi pra-sekolah, tahun satu dan tahun dua akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021. Murid bagi tahun tiga, tahun empat, tahun lima dan tahun enam pula akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac 2021.
Welcome back guys!
Sumber: KPM melalui RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taman tema merupakan tempat rekreasi yang menjadi pilihan seisi keluarga untuk datang berlibur. Namun, ia juga kadangkala boleh bertukar menjadi tempat yang paling ‘menyeramkan’ sekiranya berlaku kemalangan.
Sudah banyak kes yang kita lihat berlaku di taman tema dek kerana kecuaian pihak pengurusan menyelenggara permainan mereka dengan baik. Terbaharu, seramai 15 pengunjung sebuah taman tema di negara jiran dilaporkan cedera selepas sebahagian tiub gelongsor air pecah ketika orang ramai sedang leka bermain permainan tersebut.
Menurut Kompas.com, lapan dilaporkan parah dalam kejadian yang berlaku di Kenjeran Park, Surabaya Indonesia. Permainan gelongsor air itu berketinggian 10 meter dan merupakan antara tarikan utama di taman tema itu.
Laporan awal menunjukkan sambungan tiub gelongsor sebelum itu dikatakan bocor tetapi pengunjung tetap bermain sehingga melebihi had tanpa menghiraukan keselamatan diri. Akhirnya, tiub gelongsor itu pecah dan ketika kejadian terdapat kira-kira 15 orang pengunjung yang sedang bermain.
Foto: Kompas.com
Fuh, seram kan?
Video kejadian itu juga turut tersebar di media sosial dan ramai warganet yang mempertikaikan bagaimana orang ramai boleh menaiki gelongsor tersebut sedangkan ia dikawal oleh petugas taman tema.
Seramai tujuh pengunjung telah dikejarkan ke Hospital Soewandhi akibat cedera ringan, manakala lapan lagi dikejarkan ke Hospital Dr Soetomo gara-gara kecederaan parah.
Pihak berkuasa juga telah mengarahkan agar semua kemudahan awam dan taman permainan di taman tema itu diperiksa supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan terjamin sebelum menaiki apa-apa permainan di taman tema.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini viral di media sosial tentang salah seorang juri di sebuah pertandingan dangdut di Indonesia yang memakai hijab wig.
Rupa-rupanya, Iyeth Bustami telah menggayakan fesyen hijab wig ini sejak tahun 2014 yang lalu. Kalau korang tengok dalam akaun instagram miliknya, pelbagai foto gaya hijab berwarna-warni yang unik diperagakan oleh wanita ini.
Jom kita lihat antara fesyen hijab wig yang diketengahkan oleh penghibur dari Indonesia ini.
Kejayaan Airit Rayyan 110 meter lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mencuri perhatian ramai selepas mencipta rekod baharu dan membanggakan keluarga serta Selangor.