Klip video yang menunjukkan salji turun di kawasan dalam Masjidil Haram di tanah suci Mekah telahpun tular pada awal tahun baru lantas mengejutkan ramai warganet.

Biarpun kejadian salji dan cuaca sejuk bukanlah satu perkara yang pelik di Arab Saudi, ia selalunya berlaku di kawasan pergunungan di bahagian tengah dan utara Arab Saudi semasa musim sejuk.

Ramai yang tidak mengetahui akan fenomena ini memandangkan ia tidak selalu dilaporkan oleh media antarabangsa.

Video Tular Salji Turun Di Masjidil Haram Hakikatnya Disunting Guna ‘Filter’
Fenomena salji di Arab Saudi terjadi di kawasan pergunungan setinggi 400m di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Salji Turun Di Arab Saudi Bukan Fenomena Luar Biasa, Individu Ini Jelas Sebabnya – REMAJA

BACA LAGI: [FOTO] Penduduk Dunia Terkejut Pemandangan Indah Salji Di Arab Saudi & Gurun Sahara – REMAJA

Namun, kejadian salji di tengah-tengah kota Mekah dan di dalam kawasan Masjidil Haram jarang sekali disaksikan. Justeru tidak hairanlah apabila warganet pantas merasa terkejut dan berkongsi semula klip berdurasi 55 saat di YouTube itu di platform media sosial lain.

Dalam video klip tular itu, sebahagian jemaah dilihat sedang menikmati cuaca salji dengan merakamkan ‘momen salji’ tersebut menggunakan telefon pintar masing-masing. Turut kelihatan, pegawai masjid yang memegang payung seolah-olah bagi melindungi diri daripada ‘salji’ yang sedang turun.

IKLAN

Video Tular Salji Turun Di Masjidil Haram Hakikatnya Disunting Guna ‘Filter’ Video Tular Salji Turun Di Masjidil Haram Hakikatnya Disunting Guna ‘Filter’

Sorry to disappoint you guys tetapi klip tular itu hakikatnya adalah palsu!

Menurut jabatan kaji cuaca Arabia Weather (Sinan Khalaf), video itu telahpun disunting menggunakan teknik ‘filter’ dan tiada fenomena salji dilaporkan di masjid berkenaan.

Ia juga telah disahkan palsu oleh Jabatan Meteorologi Kebangsaan (NMC) Arab Saudi.

IKLAN

Ini kerana suhu di Mekah pada minggi ini mencecah 30 darjah Celcius dan mustahil untuk salji turut.

Malah katanya, rantau ini (kawasan Masjidil Haram) juga tidak bersedia dari aspek iklim untuk salji; berlainan dengan kejadian hujan di Mekah yang dilaporkan normal.

IKLAN

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena salji di Gunung Kinabalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung Kinabalu Dihujani Salji, Kali Terakhir Dilihat Pada 1993 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI