[VIDEO]: Pemandu Van Jenazah COVID-19 Menangis Lihat Sikap Tidak Peduli Masyarakat Di Indonesia

Share

Dalam pada kita bimbang terhadap situasi yang melanda negara sekarang, hati ini juga terusik bila mana melihat kejadian yang sama, malah lebih teruk berlaku di negara-negara jiran.

Semalam, Singapura mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 427 kes yang menjadikan kes keseluruhan sebanyak 3,699 di republik itu. Ia adalah jumlah peningkatan yang tinggi dan sangat membimbangkan kerana jika sebelum ini kita mengetahui negara tersebut mempunyai jumlah kes yang sedikit berbanding Malaysia, tetapi semalam mereka merekodkan penambahan yang ketara.

Begitu juga di Indonesia, situasi masyarakat disana menjadi lebih rumit kerana dengan populasi rakyat 269.6 juta penduduk membuatkan kerajaan mereka sukar untuk mengawal pandemik COVID-19 yang semakin menular di negara itu.

Pengacara selebriti popular di Indonesia, Najwa Shihab telah mengupas kisah seorang pemandu jenazah menceritakan situasi masyarakat yang masih berdegil tidak mahu duduk rumah dalam waktu getir seperti ini.

Video yang dimuatnaik dalam IGTV berdurasi 4:05 minit ini telah mendapat tontonan lebih daripada 4 juta penonton dan kami yakin kalau korang menontonnya juga, pasti rasa sebak mengenangkan nasib masyarakat di sana.

Muhammad Nursyamsurya berkongsi cerita setiap hari dia perlu menghantar puluhan jenazah positif COVID-19 dan ketika menjalani tugasnya itu, lelaki ini menjelaskan sebahagian besar masyarakat di Indonesia masih tidak menghiraukan dan mematuhi arahan ‘lockdown’ yang diperintahkan.

“Jalan di Jakarta masih sesak. Saya seperti ingin menaiki trak dan menjerit kepada masyarakat, ‘tolong kalian duduk di rumah! Ikuti perintah yang ditetapkan. Kalau kalian tahu berapa banyak jenazah yang kami makamkan setiap hari, pasti kalian akan sedih’, tambahan lagi kita sudah hampir ke bulan Ramadan dan kami juga ingin menunaikan solat tarawih dan menyambut Aidilfitri,” jelas Pak Syam.

Video tersebut menyaksikan air mata pemandu van jenazah itu mengalir kerana begitu sedih melihat sikap tidak peduli yang ada dalam masyarakat Indonesia. Ia juga turut mengundang sebak kepada pengacara Najwa Shihab yang kelihatannya seperti menahan tangisan air mata.

So guys

, jadikan kisah yang berlaku di negara jiran kita sebagai pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak mahu situasi ini berlanjutan, jadi tolonglah duduk diam-diam di rumah. Tidak perlu sesakkan jalan raya kerana ia mungkin mengganggu kelancaran petugas kesihatan yang ingin pergi bertugas.

Jangan pentingkan diri sendiri, fikirkan tentang keselamatan individu lain.

Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia dan jiran-jiran di negara kita, malah seluruh dunia berjaya menentang dan mengekang wabak ini daripada terus menular.

IKLAN