Bagi yang tidak pernah ditimpa ujian kehidupan, tidak akan tahu berapa beratnya beban emosi yang perlu ditanggung. Bagi yang memahami, ujian adalah tanda Allah sayang dan mahu kita dekat kepadaNya.
Bagi warga Palestin yang sudah lama ditindas oleh zionis Israel dengan pelbagai masalah namun kehidupan perlu mereka teruskan selagi nyawa dikandung badan. Di saat ada antara kita yang mungkin mengeluh diberi ujian dengan kehilangan pekerjaan tetapi ujian dihadapi oleh penduduk Palestin jauh dari itu. Rumah mereka dibom,anak dibunuh, serangan bertali arus namun semuannya berpegang teguh kepada Allah SWT.
Menyaksikan satu keluarga Palestin yang menjaring ikan di laut dari pesisir pantai dan berjaya menariknya naik ke darat walau jumlah tidak sampai 10 ekor tetapi dari riak wajah mereka begitu gembira dengan hasil tersebut. Mungkin ia makanan untuk dimasak dan dikongsi beramai-ramai dan nyata mereka melompat gembira.
Ads
Dari satu perkongsian dari Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia yang menetap di Palestin berkongsi kegembiraan keluarga ini tiba- tiba terasa mata seperti masuk habuk.
Seronoknya keluarga Palestin ini apabila Allah menghadiahkan kepada mereka hasil tangkapan yang baik di pantai utara Gaza.
Ads
Rezeki di tangan Allah, tinggal kita mahu berusaha atau tidak sahaja menggapinya. Kalau mereka yang dalam kepungan pun Allah tak tinggalkan, pastinya kita lebih upaya untuk mendapatkan hasil lumayan apabila tidak berputus asa.
Ads
Alhamdulillah.
Ya Allah, walau sekecil tu hasil tangkapan mereka tetapi rasa syukur dan seronok mendapat rezeki itu memberikan gambaran kita harus sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki Allah berikan. Moga kita juga akan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat Allah berikan selama ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banjir apabila melanda tidak mengenal siapa. Dato ke Sri Paduka ke, tak kira kaum, tak kita parti, semua akan terlibat dan terjejas. Mahu tak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup.
Mungkin ramai yang sedang pening kepala memikirkan kos yang bakal dikeluarkan untuk membaiki kereta akibat ditengelami air banjir.
Baru-baru ini tular beberapa keping gambar seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir dengan menggunakan beberapa timbunan rim kertas A4.
Hantaran Facebook itu telah meraih ratusan komen dan lebih 2,000 kali perkongsian oleh pengguna media sosial yang lain. Rata-rata ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kebijaksanaan’ pemilik kereta Mercedes tersebut.
Orang ramai menyatakan lebih baik ‘korbankan’ beberapa rim kertas A4 daripada membiarkan keretanya yang bernilai kira-kira RM437,673(tanpa kos-kos lain) ditenggelami air banjir.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan mereka yang ditimpa musibah ketika ini.
Kita tidak tahu bila mana situasi kecemasan berlaku, jadi eloklah sekiranya bersiap sedia sebelum terkena. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sering kali membaca kisah-kisah kemalangan maut menimpa pengguna jalan raya ketika menggunakan lebuhraya di seluruh negara. Bukan saja melibatkan kemalangan maut namun ada yang hilang anggota badan akibat kemalangan menimpa sehingga menjejaskan masa depan mereka.
Ada sesetengah kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu sendiri. Sama ada mengantuk, gagal memotong, memotong di lane berkembar dan sebagainya. Tapi ada juga kemalangan terjadi bukan disebabkan kecuaian pemandu sebaliknya terlanggar objek di atas jalan raya seperti serpihan kayu,tayar pecah, kotak, bekas plastik dan banyak lagi.
Tahukah semua, kita sebenarnya boleh menyaman pihak pengendali jika kecuaian berlaku di lebuhraya yang mereka selenggarakan. Baca perkongsian peguam mengenai tuntutan kemalangan ini.
Bolehkah kita menyaman dan menuntut ganti rugi dari pihak highway sekiranya berlaku kemalangan?
Boleh. Dalam kes Noor Ana Bt Bakri & 3 lagi lawan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad & 1 lagi [2019] 5 LNS 19 mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan tanggungan sebanyak RM 422,400.00 kepada anak dan isteri si mati dan tuntutan sebanyak RM 57,600.00 kepada bapa si mati.
Bagaimana caranya? Sebelum ini saya pernah menulis tentang tuntutan yang dibuat kepada lebuhraya dengan membuat laporan dan mengisi borang aduan di pejabat lebuhraya sendiri. Di ruang komen tulisan saya diceritakan tentang pengalaman masing-masing. Ada yang dapat dan ada yang tidak.
Jadi sekiranya anda telah mengambil langkah di atas tetapi masih gagal, anda boleh menyaman pihak lebuhraya bagi menuntut ganti rugi. Tidak kiralah sama ada kemalangan yang melibatkan nyawa atau tidak, anda berhak menyaman.
Saya terangkan lebih lanjut tentang kes di atas supaya anda jelas tentang undang-undang kecuaian lebuhraya ini dan sebagai panduan di masa akan datang. Dalam kes di atas Noor Ana adalah isteri kepada arwah Mohd Aisamuddin. Pada 13.10.2016 jam lebih kurang 8.00 – 8.30 malam di mana Aisamuddin melalui lebuhraya dan terlanggar bongkah kayu di atas lebuhraya di KM 175.4 Lebuhraya Utara Selatan.
.
Sewaktu di Mahkamah pegawai penyiasat menyatakan bahawa bongkah kayu tersebut berada di laluan kecemasan sebelum kemalangan dan terseret ke bahu jalan akibat perlanggaran.
Menurutnya lagi bongkah kayu tersebut digunakan oleh motor/treller untuk menahan tayar dari bergerak. Bermakna arwah telah menunggang motorsikal di laluan kecemasan.
Namun demikian mahkamah berpendapat adalah menjadi tanggungjawab lebuhraya untuk menyelia dan memastikan keselamatan pengguna-pengguna lebuhraya agar ia selamat digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 11(1) Highway Authority Malaysia (Incorporation) Act 1980. Saksi-saksi Defendan (pihak lebuhraya) mengesahkan kali terakhir membuat rondaan di tempat kejadian adalah pada jam 6.05 petang dan kejadian ini dipercayai berlaku pada jam 7.55 malam.
Mahkamah berpendapat tempoh masa 1 jam 50 minit ini adalah satu jangkamasa yang panjang untuk “membiarkan” kewujudan bongkah kayu tersebut di atas lebuhraya.
Dalam kata lain, mahkamah berpendapat ia adalah satu bentuk kecuaian dalam membiarkan bongkah kayu tersebut berada di situ sehingga menyebabkan kemalangan yang membawa kematian simati.
.
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi dari kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan bahawa pihak lebuhraya telah cuai namun demikian mahkamah mendapati simati turut menyumbang cuai 30% di dalam kemalangan ini.
Ini adalah kerana mahkamah mendapati simati telah menggunakan lorong kecemasan semasa kemalangan yang mana lorong itu hanya dibenarkan untuk digunakan oleh kenderaan yang menghadapi apa-apa kecemasan sahaja.
Oleh yang demikian ahli keluarga layak menuntut 70% dari RM422,400.00 bagi anak dan isteri si mati dan 70% dari tuntutan sebanyak RM57,600.00 untuk bapa si mati.
Begitulah sedikit sebanyak tentang undang-undang kemalangan jalan raya. Malah kadar kiraan ganti rugi sehingga memperolehi jumlah RM422,400.00 dan RM57,600.00 juga adalah berdasarkan peruntukkan undang-undang atas kiraan gaji terakhir si mati, umur si mati, bukti tanggungan si mati dan bukanlah kiraan tanpa asas.
Sekian berhati-hati di jalan raya dan sentiasa berwaspada. Ingat orang yang tersayang. Saya kongsikan link di bahagian komen berkenaan post terdahulu langkah-langkah menuntut dari pejabat highway tanpa prosedur mahkamah sekiranya kemalangan akibat kecuaian lebuhraya. Oleh: Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kegilaan anak muda dalam memiliki sneakers ini memang tak dapat disangkal lagi kerana terbukti hingga sekarang, masih ada di antara mereka yang gila mengumpul koleksi ini walaupun usia semakin meningkat.
Viral baru-baru ini apabila, seorang ‘collector’ Jeroong Wia atau Wan Irfayuim Azim terpaksa ‘melepaskan’ kasut berjenama Converse buatan pertama dunia. Hal ini, dilakukan demi kelangsungan hidup, dengan berat hati dia terpaksa ‘melepaskan’ kasut tersebut berdasarkan perkongsiannya di Facebook sebelum ini.
Ada yang terkejut, ada yang menyokong, malah tidak kurang juga yang meragui harga kasut tersebut dengan harga bermula RM40,800
Bagaimanapun, penantian mencari ‘tuan baharu’ tidak perlu mengambil tempoh yang panjang apabila seorang ‘collector’ barangan ‘vintage’, dikenali sebagai Dynamo Rasqputin di Facebook tekad membeli kasut tersebut.
Dynamo mengkhabarkan pembelian itu menerusi laman Facebooknya sebentar tadi. Jelasnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai tohmahan kerana perbuatan menghabiskan ribuan ringgit demi barangan ‘vintage’ dianggap perkara yang sia-sia oleh segelintir orang.
“Dulu 1 Malaysia orang mengata ke aku bod*h beli baju Geisha buruk dengan harga RM28K…semua kata aku bang*ng, lembu, tiang api..tapi semua tu senyap apabila aku dapat jual baju tu pada seorang buyer vintage kental dengan harga RM40K. Buyer baru pulak bod*h aku jadi cerdik.. takda bunyi dah yang aku ni bodoh. Semua diam buat tak tahu..” katanya di Facebook.
Jom kita lihat 10 koleksi sneakers old school yang juga menjadi kegilaan remaja 90an dan mungkin korang pernah miliki satu ketika dahulu.
1. Reebok Classics
Sneakers ini telah wujud lebih daripada 30 tahun dan direka sebagai running shoes, namun ia juga digayakan oleh anak muda untuk aktiviti-aktiviti harian mereka.
Reebok Classic memiliki tapak yang bergerigi dan lapisan dalam yang lembut, sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti bersukan.
2. New Balance 574
Merupakan generasi sneakers di akhir tahun 80-an dan sepatu ini direka untuk aktiviti larian dan fitness.
Sepatu yang berasal dari Amerika Syarikat ini juga memiliki permukaan dalam yang selesa untuk perlindungan kaki si pemakai.
3. Converse JV
WeaponsDipasarkan pada tahun 1986, “The Weapons” merupakan salah satu sepatu bagi sukan bola keranjang pada ketika itu. Dua bintang lagenda NBA, Larry Bird dan Magic Johnson juga menggunakan Converse Weapons.
Namun, bukan hanya untuk bermain bola keranjang, sepatu ini juga digunakan untuk berjalan-jalan di shopping mall. Style kan?
4. Nike Cortez
Nike Cortez direka untuk aktiviti larian juga dan sepatu ini dipasarkan pada tahun 1968. Ia sangat selesa untuk disarung dan ketika berlari.
Tapi kami rasa ramai juga yang pakai sepatu ni secara kasual kan?
5. Vans Authentic
Menurut sejarah, pada 16 Mac 1966, Paul Van Doren dan saudaranya, Jim Van Doren serta Gordon Lee dan Serge Dalia membuka syarikat Van Doren Rubber Company di California, AS buat pertama kalinya. Hari ini, Van Doren Rubber Company adalah sebuah kedai pembuat sepatu custom made.
6. Air Jordan I
Nike Air Jordan ini merupakan salah satu model sneakers yang bertahan dan menjadi pilihan hingga ke hari ini. Dipasarkan buat pertama kalinya dengan model Air Jordan I, Nike telah mengambil Michael Jordan sebagai duta sepatu mereka.
7. Adidas Superstar
Direka khas untuk permainan bola keranjang tetapi apa yang menariknya adalah sepatu ini tidak mengikut piawaian kerana rekaan low-top tidak sesuai untuk digunakan semasa bermain bola keranjang.
8. Puma Suede
Puma memilih bahan daripada suede untuk rekaan sepatu yang dipasarkan pada tahun 1968 ini. Rekaan ini menjadi kegilaan anak muda yang gemarkan sepatu dari bahan kanvas dan kulit. Pada tahun 1990, sepatu ini dipasarkan kembali dengan pilihan warna yang lebih menarik.
9. Brooks Vanguard
Pertama kali dilancarkan pada tahun 1976, sepatu ini direka khusus untuk aktiviti larian.
10. Converse Chuck Taylor 1970s
Model sepatu ini merupakan yang tertua kerana ia mulai direka pada tahun 1917. Sepatu ini terus diinovasi sehingga akhirnya bersaing dengan model lain seperti Nike. Salah satu keistimewaan rekaan kasut ini adalah ia telah digayakan oleh penyanyi rock terkenal dunia, The Rolling Stone.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!