Dunia fesyen antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pereka Itali tersohor, Valentino Garavani, disahkan meninggal dunia pada usia 93 tahun. Pemergian tokoh adibusana ini menandakan berakhirnya satu era penting dalam sejarah fesyen global yang sarat dengan keanggunan, kemewahan dan cita rasa tinggi.
(FOTO FAIL) Valentino Garavani pada 2016. FOTO Reuters
Berita kematian Valentino Garavani dilaporkan oleh agensi berita Itali, ANSA, pada Isnin. Menurut laporan tersebut, beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Rom, bandar yang menjadi saksi kepada kebangkitan jenama fesyen ikonik yang diasaskannya.
Berita pemergian ini disahkan melalui Yayasan Valentino Garavani serta rakan kongsi perniagaannya yang lama, Giancarlo Giammetti. Walau bagaimanapun, pihak syarikat masih belum memberikan maklum balas rasmi selepas waktu operasi ketika cubaan pengesahan dibuat.
Ikon Adibusana Dunia Yang Tidak Lapuk Dek Zaman
Sepanjang lebih enam dekad dalam industri fesyen, Valentino Garavani dikenali sebagai antara pereka paling berpengaruh dalam dunia adibusana. Namanya sinonim dengan kemewahan, keanggunan dan gaya klasik yang kekal relevan merentas generasi.
Gaun ciptaannya pernah menghiasi wanita-wanita paling elegan dan berpengaruh di dunia, termasuk Jackie Kennedy, Audrey Hepburn, Elizabeth Taylor dan Nancy Reagan. Setiap rekaan Valentino memancarkan kehalusan seni, potongan feminin serta penggunaan fabrik mewah yang menjadi tanda tangannya.
Ads
Pilihan Selebriti Hollywood Di Karpet Merah
Bukan sekadar tokoh politik dan ikon sosial, sentuhan Valentino Garavani juga menjadi pilihan selebriti Hollywood terkenal seperti Sharon Stone, Julia Roberts dan Gwyneth Paltrow, terutamanya di acara karpet merah dan majlis berprestij antarabangsa.
Setiap helaian rekaan Valentino sering menampilkan siluet yang menyanjung bentuk tubuh wanita, perincian halus serta sentuhan eksklusif yang menjadikannya simbol status dan keanggunan dalam dunia hiburan.
Gaya Hidup Mewah Jadi Identiti Peribadi
Dalam kehidupan peribadi, Valentino turut dikenali dengan gaya hidup yang mencerminkan kemewahan dan cita rasa tinggi. Penampilannya sentiasa kemas, lengkap dengan gaya rambut rapi berwarna perang karamel yang ikonik, menjadikan beliau mudah dikenali walaupun di luar pentas fesyen.
Beliau juga sering dirakam bersama beberapa ekor anjing pug kesayangannya, yang menjadi sebahagian daripada imej unik dan personaliti tersendiri pereka legenda ini.
Ads
5 Fakta Menarik Tentang Valentino Garavani Yang Ramai Tak Tahu
1. “Valentino Red” Jadi Warna Ikonik Dunia Fesyen
Valentino Garavani dikenali dengan warna merah ikonik yang digelar “Valentino Red”. Warna ini sering muncul dalam koleksi beliau dan menjadi simbol keberanian, kemewahan serta keanggunan, malah terus dikaitkan dengan jenama Valentino hingga ke hari ini.
2. Menubuhkan Rumah Fesyen Valentino Pada Tahun 1960
Valentino menubuhkan rumah fesyennya sendiri di Rom pada tahun 1960 bersama rakan kongsi perniagaannya, Giancarlo Giammetti. Dari sebuah butik kecil, jenama Valentino berkembang menjadi antara nama terbesar dalam industri fesyen dunia.
3. Gaun Perkahwinan Jackie Kennedy Jadi Detik Bersejarah
Antara momen paling ikonik dalam kerjaya Valentino ialah apabila beliau dipilih untuk mereka gaun perkahwinan Jackie Kennedy pada tahun 1968, sekali gus melonjakkan namanya ke peringkat antarabangsa.
4. Bersara Secara Rasmi Pada Tahun 2008
Selepas lebih 45 tahun berkarya, Valentino mengumumkan persaraan rasmi daripada dunia fesyen pada tahun 2008. Persembahan terakhirnya di Paris menjadi salah satu acara paling emosional dalam sejarah adibusana.
Ads
5. Ikon Gaya Hidup Mewah Sepanjang Hayat
Selain dikenali sebagai pereka, Valentino Garavani juga merupakan ikon gaya hidup mewah. Dari seni bina kediamannya, koleksi seni peribadi hingga gaya berpakaian harian, segalanya mencerminkan keanggunan dan cita rasa tinggi.
Legasi Valentino Garavani Akan Terus Hidup
Pemergian Valentino Garavani bukan sekadar kehilangan seorang pereka fesyen, tetapi juga berakhirnya satu era penting dalam sejarah adibusana dunia. Namun begitu, legasi dan pengaruhnya akan terus hidup, menjadi inspirasi kepada generasi baharu pereka serta pencinta fesyen di seluruh dunia.
Nama Valentino akan terus dikenang sebagai simbol keanggunan, kemewahan dan ketelitian seni yang jarang ditandingi.
Penyanyi dan pelakon kacak terkenal, Cha Eun Woo duta serantai Skechers kini sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil sebagai wajah utama kempen bagi koleksi Skechers Foamies bersempena musim panas ini.
Apa yang lebih menarik, rekaan kasut Skechers Foamies yang diperbuat daripada material EVA ringan yang mesra air, bukan sekadar comel digayakan tetapi ia juga praktikal buat anda penggemar fesyen yang cintakan gaya hidup aktif dan kasual.
Selain itu, melalui teknologi Max Cushioning dan ULTRA GO, kasut ini sesuai dipakai sepanjang hari tidak kira ketika anda bercuti ataupun sambil meluangkan masa bersama rakan-rakan. Ia juga mudah dibersihkan, cukup selesa serta memang menjadi pilihan bijak bagi yang suka tampil dengan gaya ‘on-the-go’!
Antara ciri menarik Skechers Foamies termasuk tali belakang boleh laras, lubang udara yang breathable dan tapak luar bertraksi fleksibel, menjadikan kasut ini sesuai dipakai sama ada dalam keadaan basah atau kering.
Pada masa yang sama, Skechers Foamies yang menjadi pilihan Cha Eun Woo ini turut menyuntik elemen warna-warni yang menyeronokkan dan kali ini ia didatangi dalam sembilan rona baharu dalam rangkaian Foamies, khusus untuk lelaki dan wanita.
Buat anda yang gemarkan gaya lebih santai dan selesa, Foamies Max Cushioning didatangi dalam dua bentuk iaitu Inner Strength istimewa buat lelaki yang menjanjikan gaya maskulin yang ringkas tapi impactful dan Dream hadir dengan gabungan warna lembut dan berani sesuai buat wanita. Sememangnya OOTD approved!
Sementara itu, Skechers Foamies juga mempunyai koleksi pastel comel iaitu Foamies Tai Collection yang menyerlahkan lagi gaya si fashionista wanita yang aktif, ceria dan penuh personaliti! Tapak kasut koleksi ini juga ergonomik serta lengkap dengan teknologi anti-bau agar kaki kekal segar sepanjang hari.
Nah! Kalau korang sedang mencari kasut dengan yang selesa, bergaya, fleksibel serta comel dengan sentuhan gaya tropika, Skechers Foamies adalah jawapan yang paling pantas. Just slip on, chill, repeat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai diantara kita yang skip part memakai pelindung matahari SPF atau sunblock. Tapi, korang tahu tak sebenarnya pelindung kulit ini lebih baik jika digunakan setiap hari ketika korang keluar dari rumah.
Sunblock dapat membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah, terutamanya di negara seperti Malaysia yang beriiklim tropika.
SPF biasanya ditentukan oleh jenis kulit dan warna. SPF melindungi kulit daripada keadaan perubatan seperti kanser kulit dan TPF (Tan Protection Factor) menghalang kulit dari pigmentasi dan perubahan warna. Pengawasan matahari harus dipilih mengikut warna kulit. Sebagai contoh, individu berkulit gelap sepatutnya memilih SPF yang lebih rendah, manakala yang cerah pilih krim dengan SPF yang lebih tinggi.
Jadi, kami kongsikan tip bagi korang memilih krim sunblock mengikut jenis kulit yang sesuai.
Berminyak – Kulit berminyak adalah salah satu jenis kulit paling bermasalah. Lagi-lagi di kawasan hidung, dahi, dan pipi. Untuk itu, gel atau formula SPF berasaskan aqua berfungsi dengan baik, malah serbuk juga. Ini mempunyai kesan pengeringan dan tidak menjadikan kulit kelihatan berminyak.
Normal – Jenis kulit paling tidak bermasalah. Kulit tidak berminyak, kelihatan bersih dan sihat sahaja. Pilih krim pelindung matahari berasaskan krim.
Kering – Kulit kering mempunyai tahap sebum yang rendah dan boleh terdedah kepada sensitif. Kulit kelihatan kering kerana ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Kulit biasanya terasa ketat dan tidak selesa selepas mencuci kecuali pelembap atau krim digunakan. Losyen atau pelembab SPF adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Sentiasa pilih krim yang tebal dan tidak ringan (contohnya matte). Semakin tinggi SPF, semakin berminyak formula tersebut.
Apa Jadi Kalau Tak Guna Krim Pelindung Matahari
Menurut satu kajian Australia yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine tahun 2013, sinaran matahari menyebabkan kira-kira 90% penuaan pada kulit.
Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit.
Foto Via Pexels
Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di tempat yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit.
Pendedahan matahari juga boleh membawa kepada jerawat. Ia menyebabkan pembentukan sel-sel mati yang menyumbat liang-liang, dan ini akan memburukkan lagi jerawat.
Kulit tan akibat sinaran matahari hanya sementara menyamarkan kemerahan jerawat dan mengeringkan permukaan kulit, tetapi pendedahan cahaya matahari menyebabkan lebih banyak pertumbuhan jerawat.
Bila Masa Sesuai Guna Krim Pelindung Matahari
Korang dinasihatkan mengguna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah, ini untuk membenarkan waktu pengeringan pada semua kawasan yang terdedah.
Sapu semula setiap 2 jam apabila terdedah kepada matahari pada umumnya, bahkan pada hari-hari berawan ketika 80% sinar UV dapat menembus awan. Apabila keluar di pantai, adalah disyorkan untuk guna krim setiap 15-20 minit. Basuh muka anda atau lap di kawasan dengan tisu basah sebelum dipakai semula.
Ingat keluar rumah sila guna krim pelindung matahari okay!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan seniwati Noorkumalasari di acara Hijab Fashion Award 2024 yang dibawakan oleh Majalah Nona & Hijabista pada minggu ini telah mengubati rindu ramai peminat beliau.
Kini jarang beraksi kaca televisyen mahupun menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan secara lokal, beliau yang mesra dengan panggilan Kak Noor teruja untuk menghadiri acara tersebut demi menggamit minatnya terhadap bidang fesyen. Tambahan pula mengenangkan beliau pernah menjadi salah seorang supermodel tempatan yang menjadi rebutan sekitar era 60-an ke 70-an sebelum bergelar anak seni.
Kak Noor mengambil peluang bergambar bersama Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di acara Hijab Fashion Award 2024.
Kak Noor ketika bercakap kepada rakan media bagaimanapun mengakui ada perbezaan jika melihat kepada persada pentas peragaan dahulu dan sekarang.
“Nak difikirkan fashion show sekarang very straight forward. Tak macam zaman saya dulu, kita memang kena rehearsal dan tiap-tiap kita jalan straight tu kita ada kena pusing ke.. kita swirl ke. Macam-macam stail kita buat, kita pose.
“Tapi sekarang it is just straight catwalking, mudah. Sesiapa yang boleh berjalan lurus dan muka you macam model, you boleh jadi model. Tapi kita dulu tidak. Kita kena ada stail,” ujarnya yang kini sudah menginjak ke usia 67 tahun.
Kenang Kak Noor lagi, stail fesyen dari era 70-an yang lebih ranggi dan eksploratif sedikit sebanyak turut membantu model ketika itu untuk menjiwai karakter di pentas. Mereka bukan sekadar berjalan memperagakan pakaian bahkan perlu ‘beraksi’ dengan mood persalinan yang diberikan oleh pereka fesyen.
“Sewaktu zaman 70-an, bila kita modelling kita ikut feel & mood of the dress. Jika memakai pakaian slim, black & mysterious; (riak) muka kita kita pun kena mysterious.
“Kalau baju kita happy.. sundress, muka kita pun kena senyum. Now, it is all about straight look. Very straight. I think I still prefer those days sebab pada zaman itu, we feel the catwalk. Soaudience pun boleh feel kita.
“Zaman saya dulu lagi terror pakaian nak dibandingkan dengan sekarang. Sekarang fasal Muslimah dan lebih ramai bertudung. Dulu 70-an tiada lagi, orang yang bertudung di tempat awam pun kurang,” kata penerima anugerah Hijabista Legend Award itu.
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Kak Noor mengakui dirinya masih menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi tempatan. Namun beliau memilih untuk menolak tawaran-tawaran yang mendatang dengan cara baik mengenangkan dirinya sudah tidak lagi berminat untuk menceburi industri glamor.
“Sekarang saya selesa sebegini. Jaga kucing.. ada 10 kena jaga di rumah kondo saya. Itulah hiburannya hari-hari, macam anaklah. Lagi teruk daripada anak,” seloroh beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.